Semalam sewaktu Mesyuarat Pengurusan Aktiviti PKG Salak ada dibangkitkan mengenai perkara ini. Jawapan untuk permasalahan itu terdapat dalam surat siaran daripada KPM KP.BPM/1/06/038/01/Jld.9 (7) bertarikh 2 Oktober 2009 yang terdapat dalam laman web PKG Sepang. Berikut ialah ringkasan mengenainya:
- Kontrak SchoolNet telah tamat pada 24 Ogos 2009 dan kini disambung sebagai Projek SchoolNet Fasa 2 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi(PRE) bermula pada 25 Ogos 2009 hingga 31 Disember 2010. Ia masih lagi di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan bukannya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
- Bajet yang diperuntukkan untuk projek Fasa 2 ini hanya RM104 juta yang dikhususkan untuk penyenggaraan dan pembayaran bil berulang sahaja.
- Pada masa ini KPM telah menerima banyak permohonan dari sekolah-sekolah untuk memohon pertukaran teknologi. Namun demikian ia tidak dapat diluluskan dan dilaksanakan buat masa ini akibat kekangan bajet Kerajaan.
- Sebarang kerosakan SchoolNet (hubungi 1300882888) masih disenggarakan oleh pihak GITN Sdn.Bhd. (GSB) sehingga 31 Disember 2010.
- Sebagai alternatif pihak Kementerian juga memberi cadangan sekiranya masalah talian SchoolNet berlarutan melebihi 3 bulan dan tidak mampu dibaiki oleh pihak GSB, maka pemasangan talian lain dibenarkan dengan syarat semua kos ditanggung oleh pihak sekolah.
No comments:
Post a Comment