... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

15.4.14

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan telah diadakan di PWTC pada 16 Mei 2014 (Jumaat). Dalam majlis yang disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Dato' Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin. 
Dalam sambutan tahun 2014 ini,  Tan Sri Alimuddin Mohd Dom telah dipilih sebagai Tokoh Kepemimpinan Pendidikan sementara Penasihat Kluster Johor, Tengku Azuan Tengku Mohamed pula dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2014 atas sumbangan beliau dalam bidang pendidikan selama lebih 30 tahun.



Berasal dari Kota Bharu, Kelantan, Tengku Azuan memulakan karier sebagai guru pada 1976 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab sebelum bersara pada 9 Oktober 2007. Beliau merupakan bekas Pengetua Kolej Tunku Kurshiah dan juga pernah menjadi pengetua di Sekolah Seri Puteri dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki.
























No comments:

Post a Comment