... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

10.4.15

Bengkel MERKUR1 2015: Memperkasa Kepimpinan Organisasi

Pengarah Pendidikan Selangor, En. Zainuren Hj Mohd Nor
Gambar kenang-kenangan semua Guru Besar Sepang bersama Pengarah Pendidikan Selangor
En. Sukimin Juki Pengerusi MGB Sepang memyampaikan kata alu-aluan
Cenderamata buat Pengarah
Bengkel MERKUR1: Memperkasa Peranan Guru Besar Dalam Merealisasikan PPPM anjuran MGB Sepang telah diadakan di Bukit Gambang Resort City pada 8-10 April 2015. Selain daripada dipenuhi dengan bengkel dan taklimat, mesyuarat agung tahunan MGB Sepang juga turut diselitkan.  Pada kali ini terdapat pemilihan AJK baru bagi tahun 2015/2016.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, En. Zainuren Hj Mohd Nor. Sebagaimana amalan biasa beliau, sebelum merasmikan sesuatu majlis tuan pengarah akan memberi pengisian. MGB Sepang pada kali ini amat bertuah kerana pengisian 2 jam beliau pada kali ini dengan tajuk "Memperkasa Kepimpinan Organisasi" amat terkesan. Dengan gaya penyampaian yang bersahaja beliau mengadunkan teori, huraian dan contoh amalan yang beliau sendiri pernah lakukan sewaktu menjawat jawatan guru, Pengetua, PPD dan Timbalan Pengarah.


No comments:

Post a Comment