Majilis Guru Besar (MGB) Sepang dianggotai oleh 24 orang Guru Besar (GB) Sekolah Kebangsaan (SK), 7 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 8 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Ini bermakna MGB terbahagi kepada 3 iaitu MGB SK, MGB SJKC dan MGB SJKT. Namun ketiga-tiganya bergabung di bawah satu bumbung MGB Sepang yang mana secara automatiknya ia diketuai oleh Pengerusi MGB SK dan dibantu oleh dua orang Naib Pengerusi iaitu Pengerusi MGB SJKC dan Pengerusi MGB SJKT.
14.10.14
10.10.14
ToV UPSR 2015
Majlis Guru Besar Selangor mengambil inisiatif mengadakan peperiksaan khas untuk mendapatkan nilai awal (Take Off Value) calon UPSR 2015. Ini bagi membolehkan strategi dirancang lebih awal bagi membantu meningkatkan pencapaian UPSR Negeri Selangor. Bagi Daerah Sepang, tiga sekolah dijadikan pusat agihan set-set soalan untuk diedarkan kepada semua Sekolah Kebangsaan. Sekolah-sekolah tersebut ialah:
- Sekolah Kebangsaan Dengkil
- Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi
- Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra
Soalan-soalan ini dibina oleh guru-guru berpengalaman luas dan guru pakar bagi memastikan kualitinya dapat dipenuhi. Terdapat lebih daripada satu set soalan yang disediakan namun ia merujuk kepada Jadual Spesifikasi Ujian yang sama. Ini adalah untuk membolehkan sekolah mengadakan peperiksaan tersebut mengikut tarikh yang mereka kehendaki. Walaupun set soalan sekolah tidak sama namun kualitinya tetap sama kerana merujuk JSU yang sama.
Semoga usaha kecil ini dapat membantu Negeri Selangor, Daerah Sepang dan Kementerian Pendidikan Malaysia meningkat pencapaian UPSR 2015. Terima kasih kepada individu mahupun sekolah yang terlibat dalam urusan TOV 2015 ini sejak mula hingga tamat.
*Gambar kiriman En. Ishak Noh bagi pusat SKTPSP, Pn. Hajah Sadiah Husin bagi pusat SKBBST dan En. Mohd. Latif Shaari bagi pusat SKD.
*Gambar kiriman En. Ishak Noh bagi pusat SKTPSP, Pn. Hajah Sadiah Husin bagi pusat SKBBST dan En. Mohd. Latif Shaari bagi pusat SKD.
Subscribe to:
Posts (Atom)