... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

14.5.14

Mesyuarat Pengurusan Sekolah dan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor Bil 3/2014


Mesyuarat kali ketiga diadakan pada hari ini 14 Mei 2014 di Bilik Gemilang Puri, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang.  Ia turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Kanan Perhubungan dan Pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri, En. Johari Mohd Noh.
Sambutan peringkat negeri ini akan diadakan di Hotel Sama-Sama yang dijangka akan dirasmikan oleh KPPM, Datuk Dr Khair bin Mohamad Yusof.  Lagu tema kali ini masih menggunakan lagu lama iaitu Transformasi Pendidikan Negara.

Sambutan di peringkat sekolah mesti disambut pada 16 Mei 2014 (Jumaat) - perlu ada bacaan perutusan  teks ucapan dari menteri dan KPPM. Ia boleh didapatkan daripada portal KPM.

Aktiviti perayaan Negeri selangor:
  1. Anugerah Tokoh Guru - Unit Perhubungan Awam JPN
  2. Anugerah Tokoh Kepimpinan
  3. Anugerah Tokoh Swasta
  4. Pendidikan Khas
  5. Kurang Upaya
  6. Inovatif
  7. Kepimpinan ICT
  8. Ikon Guru
  9. Bacaan Yasin, Tahlil dan Solat Hajat - 8 Mei 2014 di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA
  10. Khutbah Jumaat - akan dibacakan pada 16 Mei 2014
  11. Kebajikan Guru - Isnin lalu Pengarah telah datang ke PPD dan ke SK Salak, rumah di Kg Bukit Bangkong serta SJK (C) Tche Min
  12. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah - 16 Mei 2014
  13. Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah
  14. Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan - 16 Mei 2014 di PWTC
Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru: Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi.  

En. Johari Mohd. Noh - Penolong Pengarah Kanan, Unit Pendaftaran dan Perhubungan
  1. KPM menyarankan agar sambutan Hari Guru peringkat sekolah disambut pada 16 Mei 2014.  Ini adalah amalan biasa kecuali ia jatuh pada hari tidak bersekolah maka akan disambut pada hari sekolah yang berikutnya.  
  2. Cara sambutan adalah terpulang kepada Guru Besar.  Pendaftar tidak terlibat dengan sambutan kecuali jika  sekolah bercadang untuk tidak bersekolah langsung maka ia perlukan kelulusan dari Pendaftar.
  3. Pemakluman kepada ibu/bapa / penjaga hendaklah jelas tentang perjalanan sambutan misalnya diadakan sebelah pagi bagi sesi pagi dan petang, diadakan sebelum rehat dan selepas rehat PdP seperti biasa.  Namun pihak Jabatan lebih cenderung agar sambutan sesi pagi dan petang dibuat secara berasingan.
  4. Sambutan di peringkat negeri dan daerah hendaklah selepas sambutan peringkat kebangsaan
  5. Tuan PPD, Hj. Mat Jah bin Roslan - Cara mana sambutan dibuat adalah terpulang kepada pengurusan sekolah. Sambutan hari guru itu sendiri adalah merupakan PdP.  Apa yang penting ialah ibubapa dimaklumkan dengan jelas.
Pada tahun ini seramai tiga orang akan dinobatkan sebagai Tokoh Guru Selangor 2014.

Semua laporan JK Kecil hendaklah disiapkan dan dihantar kepada JK Dokumentasi selewat-lewatnya pada 25 Mei 2014.

No comments:

Post a Comment