... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

16.5.14

16 Mei 2014: Sambutan Hari Guru

Pada hari ini, 16 Mei 2014 maka berlangsunglah sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan dan serentak semua sekolah di seluruh negara.  Sambutan peringkat kebangsaan diadakan di PWTC Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Haji Yassin.
Ucapan Menteri Pendidikan

Delegasi Sepang

Exco MGB Selangor

Berikut ialah corat-coret berita sekitar majlis sambutan tersebut.

Tengku Azuan Tokoh Guru Kebangsaan
Penasihat Kluster Johor, Tengku Azuan Tengku Mohamed dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2014 atas sumbangan beliau dalam bidang pendidikan selama lebih 30 tahun.
Berasal dari Kota Bharu, Kelantan, Tengku Azuan memulakan karier sebagai guru pada 1976 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab sebelum bersara pada 9 Oktober 2007.
Persaraan tersebut tidak menghalang beliau untuk terus menyumbang kepada bidang pendidikan melalui penglibatan dalam Institut Integriti Malaysia dan kini dilantik sebagai Penasihat Kluster Johor oleh anak syarikat Khazanah Nasional Berhad bagi menjaga lima sekolah Amanah di negeri itu



Alimuddin Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dianugerahkan Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan atas sumbangan beliau membangunkan pendidikan negara sejak 1976.
Alimuddin yang berasal dari Teluk Intan, Perak menerima anugerah tersebut daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan di sini hari in

Muhyiddin  sebak  bertemu  bekas  gurunya

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebak apabila bekas gurunya ketika di Sekolah Tinggi Muar, Johor iaitu Yusof Karto, 80, hadir ke sambutan Hari Guru Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Muhyiddn yang tidak menjangka kejutan itu segera bangkit dari tempat duduknya untuk berjumpa Yusof yang berkerusi roda lalu mencium tangan dan berbual dengannya



KUALA LUMPUR 16 Mei - Netbook 1Malaysia akan turut diberikan kepada warga pendidik bagi menghargai golongan itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Dalam catatan laman Facebooknya, beliau berkata, perkara itu telah dipersetujui Kabinet dalam mesyuarat mingguannya Rabu lalu.
Buat permulaan kira-kira 400,000 guru di seluruh negara akan menerimanya. "Ini adalah hadiah Hari Guru kami untuk guru-guru seluruh negara. Guru tonggak kemajuan negara. Selamat Hari Guru," katanya merujuk kepada sambutan Hari Guru hari ini.

Program pemberian Netbook 1Malaysia diperkenalkan pada 2010 yang bertujuan meningkatkan kadar celik teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat luar bandar.  Sehingga kini, lebih 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar sekolah dan universiti daripada keluarga kurang berkemampuan. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment