... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

28.12.12

Statistik Bilangan Sekolah, Murid dan Guru di Malaysia


ContactSTATISTIK

Bilangan Sekolah

RendahMenengahJumlah
7,7332,33310,066

Bilangan Murid (Enrolmen)

Prasekolah188,192
Rendah2,814,681
Menengah2,301,328
Jumlah5,304,201

Bilangan Guru

 LelakiPerempuan
Rendah72,266164,047
Menengah55,155121,252
Jumlah127,421285,299
Data dikemaskini pada 26 Dec 2012

17.12.12

Program Professional Up-skilling Of English Language Teachers (Pro-ELT)



Pelajar di Malaysia menghadapi cabaran yang besar dalam menguasai kemahiran berbahasa Inggeris:


Bahasa Inggeris merupakan  mata pelajaran wajib yang paling rendah prestasinya dalam peperiksaan awam:
  • 25% gagal dalam UPSR
  • 23% gagal dalam PMR
  • 22% gagal dalam SPM

Pelajar Malaysia menunjukkan prestasi yang rendah dalam kertas peperiksaan  Bahasa Inggeris peringkat antarabangsa:
  • 50% gagal dalam 1119

Pelajar tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk memasuki bidang pekerjaan:
  • 52% berada di band 1&2  dalam MUET
  • 48% syarikat menolak permohonan pelajar kerana tidak fasih berbahasa Inggeris



MENTRANFORMASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN 2.0 (GTP2.0) 2013 - 2015


Dua tahun lepas, sistem pendidikan Malaysia  mengalami desakan supaya penambahbaikan dilaksanakan segera.

Kejayaan sejak 50 tahun lepas…

Kadar enrolmen: Menghampiri enrolmen peringkat universal bagi sekolah rendah (92%) dan kadar yang tinggi bagi sekolah menengah (85% bagi menengah rendah dan 78% bagi menengah atas)

Pencapaian :  92% kadar literasi dalam kalangan warga dewasa dan memenangi Anugerah Commonwealth Amalan Terbaik Pendidikan.

…namun jurang masih wujud
  1. 20% pelajar gagal mencapai penanda aras minima TIMSS (The Trends in International Mathematics and Science Study)bagi Sains dan Matematik bagi tahun 2007, berbanding hanya antara 5 dan 7% pada 2003
  2. Menduduki tangga ke 52, 57 and 44 untuk Sains, Matematik dan Bacaan masing-masing dalam PISA (Programme for International Student Assessment) pada 2010 daripada 74 negara.  Di bawah GTP1.0,  NKRA Pendidikan memberi fokus kepada 5 sub NKRA. 

Baca selanjutnya di sini.... http://nkra.moe.gov.my/doc/dokumen/SlaidPembentanganGTP2.0.pdf


6.12.12

Sekitar Mesyuarat Agung MGB Sepang Kali Ke-20

Dapatkan gambar di sini
Mesyuarat Agung MGB Kali Ke-20

Mesyuarat Agung MGB Sepang Kali Ke-20

Hari ini berlangsung Mesyuarat Agung Majlis Guru Besar (MGB) Daaerah Sepang buat kali ke-20 di Hotel Concorde Inn, KLIA.  Pembukaannya dirasmikan oleh En. Sharuazuar Yusoff, Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor. Dalam mesyuarat kali ini diadakan pemilihan AJK baru.
   Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa MGB Daerah Sepang sesi 2013 - 2015;

Penasihat               : Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan
                                PPD Sepang
Pengerusi               : En. Yahaya bin Om
                               GB SK BBST
Timbalan Pengeusi  : En. Sukimin bin Juki
                               GB SK Taman Putra Perdana
Naib Pengerusi 1    : En. Low Szee Kee
                               GB SJK(C) Wah Lian
Naib Pengerusi 2    : En. Tamilsekaran a/l Marimuthu
                               GB SJK(T) Dengkil
Setiausaha             : En. Ishak bin Noh
                               GB SK Methodist, Sg. Pelek
Pen. Setiausaha     : Pn. Rohaidah binti Mohd Ali
                               GB SK Kota Warisan
Bendahari              : Pn. Teoh Ai Theng
                               GB SJK(C) Tche Min

AJK :
1. Tn. Hj. Mohd. Rasid bin Hamid (GB SK Sg. Rawang)
2. En. Azman bin Mokhtar (GB SK Salak)
3. En. Zanuddin bin Sanuan (GB SK Sg. Melut)
4. En. Jaludin bin Buang (GB SK Bukit Bangkong)
5. En. Mohd. Rahman bin Rabingan (GB SK Bukit Tampoi)
6. Pn. Noredzan binti Abu Bakar (GB SK Taman Seroja)
7. Pn. Raja Maimunah binti Raja Harun (GB SK Jenderam)
8. Pn. Saniah binti Sulaiman (GB SK Sg. Merab Luar)
9. En. Pat Yoon (GB SJK(C) Sin Ming)
10. Pn. Lim Swee Eng (GB SJK(C) Sepang)
11. Pn. Parothy a/p Rajoo (GB SJK(T) BBST)
12. Pn. Pavayee a/p Varudhappan (GB SJK(T) Sepang)

Juruaudit :
1. Pn. Siti Amarah binti Hj. Adnan (GB SK Pulau Meranti)
2. Pn. Sa'diah binti Hussin (GB SK Cyberjaya)

12.11.12

E-mel dari PPD: Penempatan Tingkatan 1 2013

Salam Sejahtera. PERHATIAN PK HEM. Berita terkini untuk penempatan TINGKATAN 1. Jika ada diantara murid yang mahu bertukar sekolah dalam daerah,luar daerah dan luar negeri mohon arahkan pelajar ini ke sekolah menengah yang ditempatkan untuk membuat urusan.RAYUAN juga dilakukan di sekolah menengah murid itu ditempatkan. Selepas ini sekolah rendah tidak terlibat lagi dengan pertukaran/rayuan  murid. Teima Kasih .Selamat bercuti.Happy Deepavali ISMAIL HUSIN PPD MENENGAH (MURID)

- Petikan e-mel asal yang dikirimkan oleh PPD Sepang (ppdsepang@gmail.com, Mon, Nov 12, 2012 at 9:18 AM)

29.10.12

Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh

Semua Guru Besar diminta membuat pengesahan permohonan murid-muridnya ke SBP selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2012 (Rabu).

Mungkin ramai yang terlupa alamat laman web untuk melakukannya sila klik pautan tersebut di sini.

Kepada ibubapa yang masih belum memohon, sila klik di sini.  Kepada ibubapa, pastikan hanya memilih satu SBP.  Sememangnya selagi Guru Besar belum membuat pengesahan, tuan/puan boleh mengubah pilihan tersebut.  Walau bagaimanapun perlu diingat walau seberapa banyak sekalipun kita memasukkan nama SBP di dalam sistem ini namun hanya satu SBP yang kekal iaitu sekolah terakhior yang dipilih. Elakkan daripada membazir kertas untuk mencetak.


Sebagai rujukan, berikut ialah kiriman e-mel daripada PPD dan JPN sebagai peringatan bersama:

ismail husin ismailhusin63@gmail.com
Oct 25 (4 days ago)
to sksungairawangskbukitbangkongSkskSKSkSKSkSKd.putraSKSkskbkttampoiskbbbsalakting.sktamanserojasktpsputrasktmnputraperd.SKskcyberjayaSKsktmnputraperd.SKsksungaimelut
 
Translate message
Turn off for: Malay
Assalamulaikum, Selamat Hari Raya Aidil Adha,semoga sihat sejahtera.Setelah semakan dilakukan ( pada 25 Oktober) masih terdapat lagi sekolah yang masih belum mengemaskini maklumat akademik pelajar.Kegagalan ini akan menyebabkan pihak GB atau PK HEM tidak boleh mengesahkan permohonan.Adalah dikhuatiri talian akan mengalami kesesakan jika dilakukan pada saat akhir. Pihak pentadbir boleh mengesahkan dengan menggunakan no kad pengenalan dan katalaluan gurubesar jika belum ditukar.. Kerjasama amat diperlukan untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Maaf zahir dan Batin .ISMAIL HUSIN PPPD MENENGAH MURID..Terima kasih

[sekolah:224] Pengesahan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan
Inbox
x

Shamsul Bahriah Bahardin sbahriah.bahardin@moe.gov.my
Oct 23 (6 days ago)
to sekolah
Salam 1Malaysia,

Tuan,

Untuk makluman pengesahan permohonan murid ke sekolah berasrama penuh dan sekolah kawalan boleh dibuat dengan menggunakan:

ID : Kad Pengenalan Guru Besar/Pengetua
Password : gurubesar/pengetua

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Hajah Shamsul Bahriah binti Bahardin
Penolong Pengarah Kanan (Projek Khas/SBP/Kluster)
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pelajaran Selangor
Kementerian Pelajaran Malaysia is fully Exchange 2010

9.10.12

Guru: Kesan Kualiti Seorang Guru



Pada tahun 2011, Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Kementerian Pengajian Tinggi telah menjalankan kajian kualitatif tentang pengajaran guru. Daripada pemerhatian terhadap 125 pengajaran di 41 buah sekolah di seluruh Malaysia, didapati bahawa hanya 12% daripada pengajaran disampaikan pada standard yang tinggi, iaitu melaksanakan lebih banyak amalan terbaik pedagogi,

manakala 38% lagi berada pada standard yang memuaskan. Sebaliknya, 50% daripada pemerhatian kajian menunjukkan bahawa pengajaran yang disampaikan tidak memuaskan. Pengajaran tidak menarik minat murid sepenuhnya apabila guru lebih bergantung pada kaedah syarahan yang pasif dalam menyampaikan kandungan mata pelajaran. Guru lebih berhasrat untuk memastikan murid memahami kandungan asas mata pelajaran untuk tujuan pentaksiran sumatif daripada menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi. Sebagai contoh, murid lebih berkemungkinan diuji keupayaan mengingati fakta (70% daripada semua pemerhatian pengajaran) berbanding menganalisis dan menginterpretasi data (18%), atau mensintesis maklumat (15%).

Persepsi tentang takrifan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti antara pihak sekolah dengan JNJK didapati berbeza. Sebagai contoh, 63% sekolah menyatakan amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah Baik atau Cemerlang, berbanding penaziran JNJK yang menyatakan hanya 13% daripada sekolah mencapai tahap tersebut. Gabungan kedua-dua data ini menunjukkan bahawa lebih banyak usaha diperlukan bagi meningkatkan kemahiran pedagogi guru sedia ada untuk memastikan mereka dapat menyampaikan pengetahuan dan kemahiran baharu yang dihasratkan.

Petikan daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025
Bab 5  Guru dan Pemimpin Sekolah

PPPM 2013-2025: Kemahiran Khusus Setiap Murid


 Pengetahuan: Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai kemahiran literasi dan numerasi.  Selain itu, adalah penting bagi setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan dengan pengetahuan am yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia dan dunia menerusi mata pelajaran Sejarah, Kemanusiaan dan Geografi. Murid juga digalakkan untuk menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang lain seperti Seni, Muzik dan Sukan.

Kemahiran Berfikir: Setiap murid belajar cara untuk memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan murid menghubungkan pelbagai disiplin ilmu. Lebih penting lagi, dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, mereka mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah, penaakulan dan pemikiran kreatif dan inovatif. Dalam sistem pendidikan, bidang ini kurang diberi perhatian menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kreatif di luar konteks akademik.

Kemahiran Memimpin: Dalam dunia yang saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan bukan formal, bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.

Kemahiran Dwibahasa: Setiap kanak-kanak menguasai sekurang-kurangnya bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan, serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komuniksai antarabangsa. Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid untuk mempelajarai bahasa lain sebagai bahasa tambahan.

Etika dan Kerohanian: Sistem pendidikan akan menyediakan pengalaman kepada setiap kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran yang bakal ditempuhi ketika dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang pada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.

Identiti Nasional: Identiti nasional yang kukuh terikat dengan prinsip Rukunegara yang diperlukan untuk kejayaan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti nasional yang sebenar, semangat kukuh cintakan tanah air diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya melalui belajar memahami, tetapi juga menerima serta menghayati hakikat kepelbagaian.

26.9.12

e-Mel dari JPN: Pengesahan Permohonan Pertukaran Guru Melalui Sistem e-GTukar sesi Januari 2013




e-Mel dihantar pada 25 September 2012 jam 5:46 PM dengan tajuk 

[sekolah:202] Pengesahan Permohonan Pertukaran Guru Melalui Sistem eG-Tukar sesi Januari 2012




Tuan,

PENGESAHAN PERTUKARAN GURU MELALUI SISTEM e-GTukar

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Untuk makluman, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah menetapkan beberapa penambahbaikan untuk Pengetua dan Guru Besar membuat pengesahan permohonan guru melalui sistem e-GTukar bagi memenuhi keperluan Audit MS ISO. Di antaranya ialah:

  1. Pengetua/ guru besar mesti membuat ulasan di ruang ulasan
  2. Lampiran laporan polis hendaklah beserta dengan laporan siasatan polis

3.       Tarikh akhir pengesahan permohonan pertukaran ini adalah pada 2 OKTOBER 2012. Sebarang masalah berkaitan pengesahan ini perlu merujuk ke PPD masing-masing atau JPN Selangor (Unit Rendah & Menengah) untuk bantuan.

4.        Kegagalan untuk mengesahkan permohonan pertukaran guru akan menyebabkan surat tunjuk sebab dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM dikeluarkan kepada pihak sekolah. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amatlah kami hargai bagi melancarkan perjalanan proses pertukaran guru ini dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dimaklumkan, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya Yang Menurut Perintah,


Mohd Hanizzan bin Mohd Hanafiah
Penolong Pengarah Data & ABM (Menengah)
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pelajaran Selangor

24.9.12

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Sudah PBSkah Kita?


Taklimat PBS di Masjid Putra, Putrajaya kepada guru-guru Tahun 1 dan 2 semua sekolah di Putrajaya.
Untuk memuat turun bahan persembahan, sila klik di sini.

23.9.12

KSSR: Perkongsian Pengalaman

Pada tahun 2012 ini, pelaksanaan KSSR dalam sistem pendidikan di negara kita telahpun memasuki tahun 2.  Di dalam KSSR tiada lagi dokumen Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan.   Sebaliknya kini Dokumen Standard Kurikulum pula mengambil alih sebagai dokumen rujukan rasmi.  Guru perlu menggunakan Standard Kurikulum ini untuk merancang Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Mengajar Harian.  Standard Kurikulum ini disediakan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.  Berdasar dan berpandukan Standard Kurikulum ini, Lembaga Peperiksaan membina Standard Prestasi dan Bahagian Buku Teks pula menyediakan buku teks/aktiviti.

Hasrat KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,  kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan  Dasar Pendidikan Kebangsaan.  KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).

Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:
- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
- Warganegara yang bertanggungjawab
- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)
- Pekerja berilmu




Buku teks digunakan oleh guru untuk memastikan tidak terpesong dari kehendak Standard Kurikulum.  Pencapaian murid pula ditaksir dengan menggunakan instrumen yang dibina oleh guru.  Instrumen ini hendaklah dibina agar mematuhi kehendak Standard Prestasi.  Instrumen ini mudah untuk diurus jika ia dilabel mengikut nombor band, deskriptor dan eviden yang terdapat di Standard Prestasi.

Sekiranya kita benar-benar melaksanakan KSSR dan PBS sudah pasti banyak perkara baru yang ditemui.  Perkara baru sinonim dengan isu, masalah dan penyelesaiannya. Apakah isu dan masalah yang telah kita lalui dan harungi?  Bagaimanakah cara kita menangani dan menyelesaikannya?

Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Sesi Akademik 2012 - 2015

Permohonan bagi mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Anjuran Institut Aminuddin Baki dan Institusi Pengajian Tinggi Awam Sesi 2012 - 2015. Permohonan kini dibuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah yang layak bermula dari 9 September sehingga 1 Oktober 2012.



Untuk keterangan lanjut, sila layari Portal Rasmi Institut Aminuddin Baki atau klik di sini.



Senarai e-Perkhidmatan di KPM