... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

31.3.11

Cabutan Pekeliling Ikhtisas: SPI 12/1988 - Larangan menjalankan jualan terus di sekolah-sekolah



SPI 12/1988 - Larangan menjalankan jualan terus di sekolah-sekolah
Tidak boleh
  1. sesiapa datang jual barang terus kepada pelajar dan guru dalam waktu persekolahan
  2. mengadakan pameran, demonstrasi dan seumpamanya di sekolah sebagai promosi kepada guru dan murid
  3. melantik sekolah menjadi wakil pengedar atau penjual tanpa permintaan dari pengurusan koperasi sekolah atau JK PIBG

Yang boleh adalah
  1. pameran, demonstrasi, promosi dan jualan dilakukan pada hari tertentu seperti pada hari sukan, hari guru, mesyuarat agung PIBG dsb
  2. Promosi, Demonstrasi adalah untuk perhatian pentadbir sekolah, pengurusan koperasi dan JK PIBG untuk perhatian dan pertimbangan tanpa melibatkan guru dan pelajar
  3. Surat kebenaran daripada KPM/JPN/PPD

Cabutan Pekeliling Ikhtisas: PI 3/1981 - Penggunaan waktu tidak mengajar/waktu luang (free period) oleh Guru-guru

PI 3/1981 - Penggunaan waktu tidak mengajar/waktu luang (free period) oleh Guru-guru

Waktu luang adalah waktu bekerja.
  1. Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah kelas
  2. Buat persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan, buat nota mengajar, sediakan alat mengajar dsb
  3. Memeriksa buku latihan murid
  4. Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar
  5. Menyediakan aktiviti gerkerja kokurikulum
  6. Lain-lain tugas yang fikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar

KPI UPSR 2011

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan salah satu petunjuk prestasi utama (KPI) adalah pencapaian akademik seluruh negara bagi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.  Sasaran pencapaian Gred Purata (GP) peringkat nasional bagi peperiksaan tersebut pada tahun 2011 ialah:

  1. GP UPSR: 2.30
  2. GP PMR : 2.72
  3. GP SPM : 5.30
  4. PNGK STPM: 2.38
Bahagian yang bertanggungjawab memantau dan melapor ialah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.  Semua sekolah dalam daerah Sepang perlu mengembalikan borang maklumat  (Lampiran 1 dan Lampiran 10 iaitu Gred Purata Tahun 1 hingga 6 sekolah - AR1 merujuk kepada PBS/setara negeri Mac) yang lengkap kepada PPD Sepang melalui emel unitakademikppds@gmail.com selewat-lewatnya pada 6 April 2011 (Rabu).  Sebarang masalah atau kemusykilan sila hubungi:

  1. Dr. Roziah Abdullah (BPSH, KPM): 03-88849555
  2. KP Matematik (JPN Selangor): 03-55105035
  3. Pen. PPD Penguruan Akademik (PPD Sepang): 03-87069427
Lampiran 2 dan Lampiran 11, AR2 - merujuk kepada keputusan peperiksaan pertengahan tahun pada bulan Mei.  Perlu dihantar selewat-lewatnya 18 Jun 2011
Lampiran 3 (Tahun 6), AR3 - merujuk kepada keputusan peperiksaan percubaan Ogos.  Perlu dihantar selewat-lewatnya 30 Ogos 2011
Lampiran 12 (Tahun 1-5), AR3 - merujuk kepada keputusan peperiksaan akhir tahun bulan Okt/Novs.  Perlu dihantar selewat-lewatnya (tidak dinyatakan)


30.3.11

Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Taklimat ini telah diadakan kepada Guru Besar dari 5 daerah iaitu Sepang, Kuala Langat, Klang, Petaling Utama dan Petaling Perdana di Permaisuri Beach Resot, Port Dickson.  Ia dianjurkan oleh unit Peperiksaan dan Penilaian Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.  

Peserta merasa bertuah kerana dua orang pengarah iaitu En. Sulaiman bin Wak yang merupakan Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor dan Tuan Haji Sufaat bin Tumin Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia telah memberi taklimat pada malam 24 Mac 2011.

16.3.11

Cara Mengemaskini Maklumat Diri di eOperasi

Setiap guru PERLU melakukan 2 perkara ini sebelum 27 Mac 2011:
  1. Daftar diri di egTukar - jika pernah mendaftar sebelum ini tidak perlu daftar baru. Gunakan saja ID Pengguna dan Kata Laluan yang lama.
  2. Kemaskinikan data di eOperasi
Mendaftar di egTukar bukan bermakna kita mahu mohon bertukar sekolah.  Sebaliknya ia hanya semata-mata untuk kita mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang akan kita gunakan dalam sistem eOperasi.  Namun demikian jika kita nak mohon bertukar sekolah, maka ID Pengguna dan Kata Laluan yang sama juga perlu digunakan.

Langkah-langkah untuk mendaftar dan mengemaskini:
  1. Masuk ke laman web egTukar (http://apps.moe.gov.my/epgo)
  2. Daftar diri - pastikan ada bersama anda nombor gaji. Sebaiknya pilihlah ID Pengguna yang mudah diingati dan dikenali. Dicadangkan guna nama sendiri kerana ID Pengguna ini akan digunakan sepanjang perkhidmatan kita selagi sistem seumpama ini masih relevan. Bagi Kata Laluan, barulah dirasakan sesuai untuk memilih sesuatu yang sukar diteka oleh orang lain.   
  3. Setelah berjaya mendaftar, keluar daripada egTukar.  
  4. Masuk ke laman web eOperasi (http://apps.moe.gov.my/eoperasi).  Login menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan dari egTukar tadi.
  5. Kemaskinikan maklumat berikut:
    1. Maklumat Alamat Semasa dan alamat surat-menyurat (alamat dan no telefon)
    2. Maklumat Pasangan
    3. Maklumat Latihan/Kursus
    4. Maklumat Sejarah Perkhidmatan
  6. Semak semua maklumat-maklumat lain seperti:
    1. Maklumat Peribadi
    2. Maklumat Akademik
    3. Maklumat Ikhtisas
    4. Maklumat Perkhidmatan
  7. Sekiranya terdapat maklumat-maklumat pada para (6) di atas yang tidak tepat atau belum berisi, sila maklumkan kepada PK1 untuk mengemaskinikannya.
  8. PK1 setelah mengemaskinikan semua maklumat guru (para 6), maklumkan kepada guru besar untuk dibuat pengesahan

Skrin di egTukar. Untuk mendaftar klik DI SINI 

Maklumat yang diperlukan untuk mendaftar di egTukar

15.3.11

Aplikasi eOperasi


Aplikasi eOperasi

Aplikasi atas talian eOperasi  akan menjadi salah satu aplikasi utama dalam pengurusan di Kementerian Pelajaran Malaysia.  Sehingga kini terdapat empat submodul di dalam aplikasi tersebut iaitu:

  1.  Pertukaran guru (dalam dan luar daerah, luar negeri) - e-GTukar
  2. ABM Perjawatan 2013
  3. Sistem Maklumat Murid (SMM)
  4. ePangkat (pautan e-Pangkat ini ditambah pada 29 Jun 2011)

Mengemaskini Maklumat Diri

*SEMUA GURU kecuali Guru Sandaran Tidak Terlatih dikehendaki mendaftar dan mengemaskinikan maklumat peribadi masing-masing.  Untuk mendaftar, sila masuk ke Sistem Pertukaran Guru dahulu (e-GTukar).  Setelah mendaftar di situ, anda akan memperoleh ID dan kata laluan.  Gunakan ID dan kata laluan ini untuk masuk ke dalam sistem eOperasi bagi mengemaskinikan maklumat masing-masing.  Tarikh pengemaskinian maklumat bermula pada 1 hingga 27 Mac 2011.  Selepas jam 12 tengah malam 27 Mac 2011, tiada sebarang kerja pengemaskinian dibenarkan.  Oleh itu semua maklumat yang terdapat di dalam sistem mulai saat itu akan dianggap sebagai rasmi.

Untuk mengemakinikan maklumat diri, para guru perlu mendaftar diri di eGTukar sama ada guru tersebut ingin mohon tukar ataupun tidak.  Setelah mendaftar, masuk ke dalam sistem untuk menyemak butir diri dan mengemaskinikan sesetengah maklumat seperti alamat rumah dan nombor telefon.  Bagi maklumat lain seperti ikhtisas dan gred gaji, guru perlu maklumkan kepada PK1 (BUKAN Guru Data!).  Mengemaskinikan butiran tersebut ialah tugas PK1 dan selepas dikemaskini, PK1 perlu memaklumkan kepada Guru Besar.  Guru Besar perlu mengesahkannya untuk memastikan maklumat itu adalah tepat. Semua kerja-kerja mengemaskini dan pengesahan  perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada 27 Mac 2011.
* Semua guru bermaksud termasuk guru kontrak, KDC dan "praktikum".

Jika masih menghadapi masalah untuk membuat pengemaskinian data, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dengan menghantar emel kepada:
En. Fauzi di fauzirv@yahoo.com atau Pn. Roslina di ros_ellyna@yahoo.com

Pertukaran Guru Jun 2011

Tiada sebarang proses pertukaran guru yang dibuat selain daripada dua musim pertukaran yang sedia ada iaitu Januari dan Jun.  Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di e-gTukar.  Sehubungan itu, pastikan semua maklumat peribadi masing-masing telah dikemaskini terlebih dahulu seperti yang dinyatakan di sini.  Sila semak dan kemaskininya dengan Guru PK1 sebelum 27 Mac 2011.

ID dan kata laluan adalah kekal kepada mereka (Guru dan Guru Besar) yang sudah sedia mendaftar dengan sistem e-gTukar ini.  Bagi Guru Besar baru, sila mendaftar di eGTukar. Setelah memperoleh ID dan kata laluan, barulah boleh boleh bertindak sebagai pengesah dalam permohonan pertukaran ini.

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.  Adalah diingatkan bahawa pada waktu ni tiada lagi kerja pengemaskinian data boleh dilakukan.

Guru Besar perlu membuat pengesahan sebelum 1 Mei 2011 dan JPN dan PPD mula bermesyuarat pada 2 Mei 2011.  Pastikan para guru yang ingin bertukar agar membuat permohonan awal agar dapat mengelakkan kesesakan talian pada saat-saat akhir. Setelah permohonan dibuat, segera hantar cetakan borang kepada Guru Besar untuk dibuat pengesahan.

Kali ini tiada disediakan CD dan manual panduan. Sila muat turun dari sistem sendiri


Taklimat Pengisian ABM Perjawatan Sekolah Rendah Negeri Selangor 2012



Taklimat Pengisian ABM Perjawatan Sekolah Rendah Negeri Selangor 2012

Tarikh: 15 Mac 2011, Selasa (9 pagi)
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama PPD Sepang 
  1. Tuan Haji Mutalib b. Tomran (Pengerusi, PPD Sepang)
  2. En. Mohd. Fauzi b. Abdullah (Pen. Pengarah Pengurusan Guru, JPN)
  3. Pn. Roslina (Pen. Pengarah Data dan ABM, JPN)
  4. Ustaz Muez (SPPIM, JPN)
  5. Tn. Hj. Ahmad b. Karim (PPD)
  6. En. Rosli (PPD)

Sasaran: Semua Guru Besar SK dan SJK Daerah Sepang

Taklimat adalah berkaitan pengisian Borang SR-01 2012 - SEKOLAH pindaan 2 mac 2011-2.xlsx oleh setiap sekolah.  Ia perlu dihantar ke PPD Sepang dalam bentuk CD dan cetakan kertas selewat-lewatnya pada hari Khamis, 17 Mac 2011.


Borang ini merupakan asas bidaan sekolah untuk mendapatkan perjawatan bagi ABM Perjawatan tahun 2012.


Asas pengisian borang:
  1. Isi maklumat berdasarkan bilangan murid dan bilangan bilik darjah fizikal yang ada di sekolah semata-mata dan BUKAN berdasarkan bilangan guru atau lain-lain.
  2. Isikan hanya pada bahagian yang berwarna kuning
  3. Perlu berdasarkan surat kelulusan ABM 2011 dari BSM dan surat kelulusan bilangan kelas dari JPN
  4. Mulai 2011 adalah dapat ABM berasaskan bidaan sekolah
  5. Jangan ubah maklumat dengan tujuan permohonan sesuatu misalnya pada masa ini gred sekolah ialah B namun diisi sebagai gred A memandangkan telah layak.
  6. Jika ingin membuka sesi petang, sertakan minit mesyuarat AJK/Agung PIBG yang menunjukkan ia telah dimaklum dan dipersetujui.
  7. Setiap 1 bay kelas pendidikan khas dikira sebagai1 bilik darjah.
  8. Saiz kelas PPKI puratanya ialah 6.5 murid/kelas
  9. Purata kelas kerdana ialah 35 orang dan tidak lebih dari 46.  Jika bilik darjah 2 bay, tidak lebih 30 murid.
  10. Penempatan guru BCSK dan BTSK masih berjalan dalam proses redeployment.  Redep yang akan datang ialah pada 21 Mac dan 1 Jun.  Proses redep akan berterusan sehingga tahun 2013
  11. Semua bidaan ini akan disemak pada 1 Oktober 2011 untuk memastikan ketepatan 
  12. Disleksia dimasukkan sebagai masalah pembelajaran







8.3.11

Sekolah Selamat 2011


Jangan lupa untuk menggantung banner Program Sekolah Selamat di sekolah masing-masing seperti yang diarahkan oleh PPD dalam Mesyuarat Kurikulum 1/2011 pada 17 Januari 2011 di SK KLIA.  Antara elemen wajib yang perlu ada dalam banner tersebut ialah gambar pengarah, logo 1Malaysia dan slogan "Bersama Kita Membina Sekolah Selamat dan Ceria"