... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

3.12.10

Sepintas lalu tugasan sepanjang cuti ini

Dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada Tahun 1 mulai sesi persekolahan 2011, sudah pasti Guru Besar perlu bekerja keras untuk memahami, menghayati dan melaksanakan dasar baru tersebut. Sebagai sesuatu yang baru sudah pasti masih banyak perkara yang kabur sama ada kerana tertinggal sewaktu dalam perancangan mahupun terdapatnya kekangan dalam melaksanakannya. Namun itu semua bukan menjadi alasan untuk kita terus menjalankan tugas dan tanggungjawab.
Dalam pada itu, jangan lupa perkara-perkara yang perlu kita selesaikan sebelum menjelangnya tahun baru. Antara lain ialah:
  1. Penyediaan Laporan Nilaian Prestasi diri sendiri, PK, guru dan staf
  2. Pengisian SKPM
  3. Membuat sokongan terhadap Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) secara online mulai 25 Disember 2010 hingga 7 Januari 2011 di laman sesawang http://apps.moe.gov.my/main/main_sokongan.cfm/kdp Guru Besar tidak perlu mendaftar katalaluan, nama pengguna dan katalaluan adalah kod sekolah masing-masing. Selepas log masuk, sebaiknya tukar katalaluan tersebut
  4. Menerima buku-buku teks termasuk buku baru untuk KSSR Tahun 1
  5. Menyediakan jadual waktu - pastikan pecahan masa dan agihan harinya mengikut seperti yang disarankan oleh KPM. Misalnya subjek bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 perlu pecahan masa 3, 2, 2, 3 dan mengikut susunan tersebut di dalam jadual waktu. KPM mencadangkan agar ia disusun dari hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. 3 masa yang pertama tersebut perlu dikhususkan untuk Listening & Speaking, 2 masa yang berikutnya untuk Reading, 2 masa lagi untuk Writing dan 3 masa terakhir pula untuk Language Art. Hari Jumaat guru-guru BI Tahun 1 ini dicadangkan agar berbincang tentang penyediaan bahan P&P untuk minggu berikutnya.
  6. Membuat sesi orientasi guru-guru baru (jika sama seperti tahun lepas)
  7. Menyediakan takwim 2011. Jangan lupa untuk tetapkan tarikh sukan mengikut seperti yang diarahkan dalam surat arahan baru-baru ni. Pastikan juga bilangan aktiviti pada hari Sabtu memenuhi surat arahan dari KPPM. Jangan lupa untuk rancang pengambilan Cuti Perisitiwa dan Cuti Sekolah Ganti - rujuk siaran KPPM.
  8. Touch points Menteri Pelajaran
  9. Semak NKRA
  10. Bayaran Tambahan - mohon kebenaran dari ke JPN melalui PPD (permohonan perlu sampai ke PPD pada 6 Disember 2010 jam 9.30 pagi). Jangan lupa sertakan minit mesyuarat PIBG yang meluluskan amaun kutipan, maklumkan kepada ibubapa, sediakan dokumen untuk urusan pengutipan bayaran ini (seperti buku resit, borang dsb)
  11. Dokumen kewangan 2011 adalah yang baru. Kalau masih berbaki masih boleh digunakan yang lama. Kepada yang dah habis stok, pastikan beli keluaran yang terbaru.

1 comment:

  1. TQ Min for the info. U memang express n hebat! Keep it up.

    ReplyDelete