... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

22.3.15

Dialog Akademik: Program The Champion


Pn. hajah Foziah Buang, Ketua Sektor pengurusan Akademik

Pelancaran The Champion Peringkat Daerah Sepang
PPD Sepang Tn Hj Mat Jah Roslan memberi kata-kata aluan
Pengarah Pendidikan En. Zainuren sedang menyampaikan amanat dan harapanya
En. Sukimin Juki mewakili Guru Besar Sekolah-sekolah Kebangsaan secara simbolik menerima amanah pelaksanaan The Champion  daripada Tuan Pengarah Pendidikan Selangor

En. Low mewakili SJKC


Pada hari Isnin, 16 Mac 2015 telah berlangsung pelancaran Program Champion bagi daerah Sepang di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Majlis disempurnakan oleh tuan pengarah En. Zainuren Hj Mohd Nor. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pn Hajah Foziah Buang, Ketua Sektor Pengrusan Akademik JPN dan Tn Hj Mat Jah Roslan, Ketua PPD Sepang.

Program ini dihadiri oleh Guru Besar dan guru Kaunseling seluruh daerah Sepang. Ia bertujuan untuk menghasilkan satu lonjakan saujana pencapaian Selangor dari segi pencapaian akademik khususnya UPSR.

Dalam ucapannya tuan pengarah tidak begitu risau dan bimbang terhadap pencapaian negeri Selangor dalam bidang sukan. Misalnya dalam kejohanan olahraga MSSM, Selangor menjadi johan selama 14 tahun berturut-turut. Begitu juga dengan permainan. Namun beliau kini ingin melihat Selangor mengorak langkah menjadi terbilang pula dalam bidang akademik.

5.3.15

Gelagat Sekitar Mesyuarat Penyelarasan

Sebahagian daripada gelagat ahli mesyuarat sebelum dan semasa berlangsungnya mesyuarat

DTP: Mesyuarat Penyelarasan Sekolah Rendah Bersama PPD

Mesyuarat Penyelarasan Bersama kali pertama ini diadakan di bawah Program Transformasi Daerah mulai tahun 2015. Ia akan dijalankan sebanyak 4 kali setahun yang memberi peluang kepada Guru Besar dan pengurusan tertinggi di PPD berbincang secara dua hala.

Mesyuarat ini dipengerusikan sendiri oleh PPD iaitu Tn Haji Mat Jah bin Roslan dengan membincangkan 4 bidang pengurusan utama iaitu Pengurusan Sekolah, Pengurusan Akademik, Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dan Peerkhidmatan& Kewangan.

18.2.15

Bilangan Laporan Kelajuan Internet Mengikut Sekolah


Untuk menguji kelajuan internet, anda boleh menggunakan mana-mana aplikasi yang berikut:
  1. Ookla
  2. YES
  3. Celcom
  4. Maxis
Sebaik-baiknya lakukanlah ulangan ujian kelajuan ini pada waktu yang berbez-beza misalnya pada pukul 8 pagi (luar waktu puncak), pukul 11 pagi (waktu puncak) dan pukul 3 petang (waktu puncak) pada hari yang sama.  Lakukannya sekerap mungkin misalnya paling kurang seminggu sekali dan jika rajin setiap hari.  Sekiranya kelajuannya kurang daripada 4 Mbps, laporkanlah ke helpdesk/careline dan rekod no tiket laporan tersebut untuk tujuan rujukan pada masa akan datang.

Setelah membuat ujian kelajuan, anda bolehlah membuat laporan ujian tersebut di borang elektronik  di sini.

Bilangan Laporan Kelajuan Internet Yang Telah Dibuat oleh Sekolah