Pada sesi persekolahan 2015 Kementerian Pendidikan telah membuat perubahan dari segi cuti sempena musim perayaan. Jika dalam tahun-tahun terdahulu, sekolah boleh memohon cuti ganti untuk memanjangkan musim perayaan dan ia diganti pada hari Sabtu. Namun pada tahun ini setiap sekolah diperuntukkan sebanyak 5 hari CUTI PERAYAAN yang boleh digunakan pada mana-mana perayaan yang bersesuaian dengan sekolah. 5 hari cuti perayaan ini telah dimasukkan dalam takwim persekolahan pada hujung tahun iaitu 16 hingga 20 November 2015. Ini menjadikan tiada lagi sekolah ganti pada hari Sabtu sebaliknya semuanya dilonggokkan pada minggu penghujung tahun.
Walaupun dalam surat siaran ini Kementerian Pendidikan ada mengemukakan cadangan tarikh untuk Cuti Peristiwa dan Cuti Perayaan namun pihak sekolah masih boleh menggunakan pada hari selain daripada yang dicadangkan tersebut. Misalnya sekolah di Sabah dan Labuan mungkin mahu Cuti Peristiwa dan Cuti Perayaan sewaktu Perayaan Deepavali yang dicadangkan ini digunakan untuk memanjangkan Cuti Hari Kaamatan (pesta Menuai) yang jatuh pada 30 dan 31 Mei 2015 (Sabu dan Ahad). Begitu juga mungkin sekolah di Sarawak mahu menggunakannya untuk memanjangkan cuti Perayaan Hari Gawai Dayak yang jatuh pada 1 dan 2 Jun 2015 (Isnin dan Selasa).
Bagi sekolah-sekolah yang tidak terlibat dengan sesuatu perayaan misalnya Sekolah Agama yang tidak terlibat dengan Deepavali, mereka masih boleh memohon cuti yang dicadangkan ini dengan alasan untuk memudahkan ibubapa dan penjaga yang mungkin ada anak di sekolah biasa lain yang sekolah anaknya itu bercuti sempena Deepavali. Ini memudahkan untuk keluarga tersebut cuti bersama selain memberi ruang kepada penguasaha bas dan van sekolah turut bercuti. Namun jika sekolah ini tidak mahu mengambil cuti sempena Deepavali, mereka boleh menggunakan Cuti Perayaan Deepavali ini pada perayaan lain seperti pada Awal Muharram (14 Oktober, Rabu), Nuzul Quran (15 Julai 2015, Selasa) dan sebagainya. Begitu juga dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang mungkin ingin memanjangkan Cuti Sempena Tahun Baru Cinanya dengan mengambil kuota Cuti Perayaan pada Hari Deepavali.
Pihak sekolah perlu membuat permohonan ke Pejabat pendidikan daerah masing-masing lebih awal dan menunggu kelulusan terlebih dahulu sebelum dibenarkan bercuti.
Tarikh-tarikh cadangan cuti perisitiwa dan cuti perayaan 2015
Perayaan Tahun Baru Cina 19 & 20 Februari 2015 (Khamis dan Jumaat) |
Perayaan Hari Raya Aidil Fitri 17 & 18 Julai 2015 (Jumaat dan Sabtu) |
Perayaan Deepavali 10 November 2015 (Selasa) |
alhamdulillah terima kasih untuk maklumat ini...sangat membantu!
ReplyDelete