... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

9.5.13

1BestariNet: Melompat Masuk ke Alam Maya




Klip video khas mengenai 1BestariNet Awareness Roadshow oleh Puan Yasmin Mahmood, Pengarah Eksekutif YTL Communications.  Karnival 1BestariNet Virtual Learning Environment ini akan berlangsung di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara.  Siri penjelajahannya akan bermula  di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana, Sepang pada hari Sabtu ini, 11 Mei 2013 yang turut disertai oleh 21 buah sekolah berhampiran.

Apa yang anda boleh perolehi daripada karnival ini:

  1. Pengalaman hands on kepada Frog VLE
  2. Bagaimana cara untuk mengakses ke Frog VLE secara percuma dari luar kawasan sekolah dengan melalui interet YES 4G
  3. Alami status permainan yang menyeronokan
  4. Menyertai projek bersama rakan-rakan melalui sudut kolaborasi 
  5. Membuat ujian psikometrik untuk mengetahui cara pembelajaran anda yang paling baik
  6. Mendapat kredit RM50 untuk akaun YES anda sekiranya membuat pendaftaran awal.  Klik di sini untuk membuat pendaftaran. Sekiranya mendaftar sewaktu di karnival, anda hanya kan mendapat kredit RM20.
  7. Hadiah dan cenderamata yang diberi percuma.

Terbuka kepada orang ramai mulai jam 11 pagi hingga 2 petang di Dewan Taman dan Dewan Putra Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana pada 11 Mei 2013.

No comments:

Post a Comment