Sebagai Ketua Jabatan, Guru Besar ada kalanya memerlukan guru atau stafnya bertugas di luar masa biasa mereka bertugas. Apakah punca kuasa yang membolehkan Guru Besar berbuat demikian?
Perintah Am Bab G para 17 Ketua Jabatan boleh menghendaki pegawai berkhidmat di luar masa biasa.
Walau apapun perbekalan-perbekalan lain dalam bab ini (G), termasuk Perintah-perintah Am 3 dan 10, seseorang Ketua Jabatan atau pejabat boleh menghendaki mana-mana pegawainya bertugas di luar masa yang ditetapkan apabila pada pandangannya ini adalah untuk kepentingan awam atau kepentingan perkhidmatan. Ini termasuklah kehadiran ke pejabat lebih awal atau tinggal di pejabat lebih lewat daripada masa-masa yang ditetapkan, atau hadir di pejabat pada hari-hari minggu atau kelepasan am.*Perintah Am 3 dan 10 Menunaikan sembahyang Jumaat
Maklumat yang sangat baik. Terima kasih berkongsi
ReplyDelete