... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

26.9.12

e-Mel dari JPN: Pengesahan Permohonan Pertukaran Guru Melalui Sistem e-GTukar sesi Januari 2013




e-Mel dihantar pada 25 September 2012 jam 5:46 PM dengan tajuk 

[sekolah:202] Pengesahan Permohonan Pertukaran Guru Melalui Sistem eG-Tukar sesi Januari 2012




Tuan,

PENGESAHAN PERTUKARAN GURU MELALUI SISTEM e-GTukar

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Untuk makluman, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah menetapkan beberapa penambahbaikan untuk Pengetua dan Guru Besar membuat pengesahan permohonan guru melalui sistem e-GTukar bagi memenuhi keperluan Audit MS ISO. Di antaranya ialah:

  1. Pengetua/ guru besar mesti membuat ulasan di ruang ulasan
  2. Lampiran laporan polis hendaklah beserta dengan laporan siasatan polis

3.       Tarikh akhir pengesahan permohonan pertukaran ini adalah pada 2 OKTOBER 2012. Sebarang masalah berkaitan pengesahan ini perlu merujuk ke PPD masing-masing atau JPN Selangor (Unit Rendah & Menengah) untuk bantuan.

4.        Kegagalan untuk mengesahkan permohonan pertukaran guru akan menyebabkan surat tunjuk sebab dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM dikeluarkan kepada pihak sekolah. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amatlah kami hargai bagi melancarkan perjalanan proses pertukaran guru ini dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dimaklumkan, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya Yang Menurut Perintah,


Mohd Hanizzan bin Mohd Hanafiah
Penolong Pengarah Data & ABM (Menengah)
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pelajaran Selangor

24.9.12

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Sudah PBSkah Kita?


Taklimat PBS di Masjid Putra, Putrajaya kepada guru-guru Tahun 1 dan 2 semua sekolah di Putrajaya.
Untuk memuat turun bahan persembahan, sila klik di sini.

23.9.12

KSSR: Perkongsian Pengalaman

Pada tahun 2012 ini, pelaksanaan KSSR dalam sistem pendidikan di negara kita telahpun memasuki tahun 2.  Di dalam KSSR tiada lagi dokumen Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan.   Sebaliknya kini Dokumen Standard Kurikulum pula mengambil alih sebagai dokumen rujukan rasmi.  Guru perlu menggunakan Standard Kurikulum ini untuk merancang Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Mengajar Harian.  Standard Kurikulum ini disediakan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.  Berdasar dan berpandukan Standard Kurikulum ini, Lembaga Peperiksaan membina Standard Prestasi dan Bahagian Buku Teks pula menyediakan buku teks/aktiviti.

Hasrat KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,  kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan  Dasar Pendidikan Kebangsaan.  KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).

Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:
- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
- Warganegara yang bertanggungjawab
- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)
- Pekerja berilmu




Buku teks digunakan oleh guru untuk memastikan tidak terpesong dari kehendak Standard Kurikulum.  Pencapaian murid pula ditaksir dengan menggunakan instrumen yang dibina oleh guru.  Instrumen ini hendaklah dibina agar mematuhi kehendak Standard Prestasi.  Instrumen ini mudah untuk diurus jika ia dilabel mengikut nombor band, deskriptor dan eviden yang terdapat di Standard Prestasi.

Sekiranya kita benar-benar melaksanakan KSSR dan PBS sudah pasti banyak perkara baru yang ditemui.  Perkara baru sinonim dengan isu, masalah dan penyelesaiannya. Apakah isu dan masalah yang telah kita lalui dan harungi?  Bagaimanakah cara kita menangani dan menyelesaikannya?

Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Sesi Akademik 2012 - 2015

Permohonan bagi mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Anjuran Institut Aminuddin Baki dan Institusi Pengajian Tinggi Awam Sesi 2012 - 2015. Permohonan kini dibuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah yang layak bermula dari 9 September sehingga 1 Oktober 2012.



Untuk keterangan lanjut, sila layari Portal Rasmi Institut Aminuddin Baki atau klik di sini.



Senarai e-Perkhidmatan di KPM


22.9.12

Hukum dan Syarat Mandi Jenazah




HUKUM MANDI

Hukum syarak mengenai mandi mayat adalah wajib, ini diterangkan dalam hadith berikut, yang bermaksud :
Dari Umu 'Athiah al-Ansariah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat kami ketika anak perempuannya* wafat lalu bersabda: "Mandikanlah dia dengan tiga kali, atau lima kali atau lebih dari itu - jika kamu pandang elok tambahan yang demikian - iaitu dengan air, dan serbuk daun bidara, dan campurkan sedikit kapur barus pada kali yang akhir, setelah kamu selesai memandikannya beritahu kepadaku."

Setelah selesai, kami pun memberitahu kepada baginda, lalu baginda memberi kepada kami kain sarungnya sambil bersabda,"Balutlah badannya dengan kain ini." **(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nota
Setelah mereka memandikan jenazah puterinya, baginda melucutkan kain sarung (azar) yang dipakainya dan meminta mereka membalut tubuh mayat puterinya. Sesudah itu barulah mayat puterinya dikafan dengan kain kafan yang disediakan.

 Alhafiz Ibni Hajar rah.a. berkata, "Perbuatan baginda yang demikian menjadi dasar (bagi amalan orang Islam) mengambil berkat daripada benda-benda pemberian atau peninggalan orang salih."
(Fathul Bari 3:37)

SYARAT MANDI
Mandi dengan merata air ke seluruh anggota badan jenazah.

Syarat mayat dimandikan.
1 Hendaklah mayat orang Islam.
2 Cukup anggota atau sebahagian badannya.
3 Berumur enam bulan atau kurang, tetapi telah lengkap anggotanya.
4 Mayat itu bukan mati syahid.



20.9.12

Bahan Pembentangan Kolokium Pengurusan PBS di IAB

Ini ialah bahan  pembentangan bertajuk "Dari Teori Kepada Amalan di Bilik Darjah: Pelaksanaan PBS di SK Taman Putra Perdana, Sepang" dalam KOLOKIUM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH, INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2012 petang tadi.
Untuk muat turun, sila klik di sini

19.9.12

Bahan Persembahan PBS

Ini ialah pautan bahan Taklimat PBS untuk Guru Besar Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan yang telah disampaikan oleh En. Sukimin bin Juki, Guru Besar SK Taman Putra Perdana pada 18 September 2012.