... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

30.4.12

Aplikasi Pangkalan Data Murid


APDM atau Aplikasi Pangkalan Data Murid merupakan aplikasi dalam talian yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Ia mengandungi maklumat asas murid iaitu Info Murid serta Ibu dan Bapa atau penjaga.


Maklumat asas murid yang dimasukkan ke dalam APDM adalah diambil dari aplikasi SAPS (Murid Tahun 2 hingga Tingkatan 5, 2011) dan SPPBS (Murid Tahun 1, 2011). Ini disebabkan aplikasi ini adalah bebentuk aplikasi atas talian dimana semua nama murid serta maklumat asas sudah ada. Oleh kerana kedua-dua aplikasi ini hanya mempunyai maklumat asas murid tanpa ada maklumat ibu bapa serta penjaga maka maklumat tersebut telah diambil dari aplikasi  SMM (Sistem Maklumat Murid).  Pencatuman ketiga-tiga aplikasi ini menyebabkan beberapa masalah lain wujud iaitu masalah pertembungan ID murid, ibu, bapa serta penjaga yang sangat banyak.Perkara ini menyebabkan Guru Kelas dipohon untuk menyemak semula dari segi kesahihannya. 

Pada peringkat awalnya Guru Kelas diminta memberi tumpuan kepada Info Murid sahaja disebabkan beberapa aplikasi lain sepaerti seperti SAPS dan SPPBS amat memerlukan data ini  dengan segera. Mulai awal April 2012, Guru Kelas telah diminta untuk membuat pengemaskinian Info Ibu, Bapa dan Penjaga sehingga 15 Mei 2012.   Maklumat ibu, bapa atau penjaga misalnya hanya perlu dimasukkan sekali sahaja walaupun dia mempunyai ramai anak yang bersekolah.  Oleh itu andaikan guru kelas tahun 1 sudah memasukkan maklumat bapa murid iaitu POLAN ANAK POLAND (611111-11-5111) ke dalam APDM, maka apabila guru dari kelas anaknya yang lain (sama dari sekolah yang sama atau sekolah lain) hanya perlu memasukkan no kad pengenalannya maka maklumat yang sama akan memaklumkan bahawa maklumat tersebut sudahpun ada dalam pangkalan data APDM.  Apa yang menjadi masalah ialah Ibu, Bapa dan Penjaga yang tidak telus dari segi pengisian data terutama gaji. Jika maklumat gaji sudah diisi oleh guru yang pertama tadi sepatutnya guru yang lain tidak perlu mengisinya. Apa yang menjadi masalah ialah Ibu, Bapa serta penjaga mengisytiharkan gaji yang tidak sama maka apabila guru lain megubahkan gaji tersebut, maka gaji itu akan berubah pada yang terkini.


Mulai 1 Julai, dengan andaian pangkalan data APDM telah lengkap dengan maklumat murid dan ibu/bapa/penjaganya maka KPM akan mengeluarkan aplikasi modul-modul lain yang isi kandungannya diambil dari SSM juga seperti modul bantuan (KWAMP dan RMT), modul SPBT dan beberapa lagi modul yang terdapat dalam SMM.  Pada masa itu, guru AJK modul tersebut (kalau modul RMT maka AJK RMT sekolah) perlu menyemak kesahihan maklumat di dalam modul tersebut. 

Namun demikian, bagi modul penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum Urusetia APDM sedang berbincang dengan bahagian-bahagian yang berkenaan supaya maklumat yang diambil akan mengambil kira keperluan-keperluan bahagian-bahagian berkenaan bagi mengelakkan kerja berulang.  Untuk mengelakkan sebarang masalah pengemaskinian ini masih perlu dilakukan untuk kegunaan dalaman atau untuk keperluan-keperluan lain.Pada masa yang akan datang apabila modul secara atas talian sudah boleh digunakan Guru yang bertanggungjawab memasukkan penglibatan murid ke dalam modul ini ialah guru kokurikulum itu sendiri.


Secara ringkasnya kini tugas mengemaskinikan data murid tidak lagi terbeban sepenuhnya pada guru kelas.  Guru kelas hanya bertanggungjawab terhadap maklumat asas murid dan ibu/bapa/penjaganya saja.   Tugas menyemak dan mengemaskinikan maklumat2 lain diagih-agihkan kepada guru yang menganggotai sesuatu AJK (spt. RMT, SPBT, Bolasepak, Pengakap dsb).  maklumat ini hanya perlu dimasukkan sekali sahaja.

No comments:

Post a Comment