... Sekolah Berprestasi Tinggi ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama...

Tuesday, February 14, 2012

Aplikasi Pangkalan Data Murid


Semua sekolah di seluruh negara diminta mengemaskinikan maklumat murid dalam aplikasi ini. Bagi daerah Sepang, tarikh akhir menyiapkannya ialah selewat-lewatnya pada 24 Februari 2012 (Jumaat).

Data murid yang sedia ada dalam APDM ini ialah data bagi murid daripada Tahun 2 hingga Tahun 6. Data murid Tahun 2 diimport dari SPPBS sementara data bagi murid Tahun 3 hingga 6 pula diambil dari SAPS. Ini bermakna data murid Tahun 1 perlu dimasukkan oleh sekolah masing-masing. Ia perlu dimasukkan oleh guru kelas hanya dengan mengisi nombor MyKid murid dan sistem secara automatik akan mendapatkan maklumat-maklumat lain di pangkalan data JAbatan Pendaftaran Negara.

Bagi data murid Tahun 2 hingga Tahun 6, guru kelas perlu memasukkan nama murid ke dalam kelas masing-masing dan isikan tarikh lahirnya.

Untuk ke aplikasi APDM, sila klik di sini.

0 comments:

Post a Comment