SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM
- Sistem Saraan Malaysia telah bermula sejak tahun 2002 dan SBPA menggantikannya mulai 2012.
- Dalam SBPA struktur gajinya ada tiga jenis iaitu Gaji Single Point (ini untuk jawatan premier), Gaji Minimum-Maksimum (untuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi JUSA dan JGK), dan Gaji Sebaris (untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana)
- Apabila menerima SBPA, dalam pemindahan gaji dari SSM/SSB/JKK ke SBPA perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal (SSM/SSB/JKK). Ini termasuk mereka yang sudah berada di tangga gaji maksimum.
- Di bawah SBPA hanya satu (1) jenis Pergerakan Gaji Tahunan diberikan iaitu Pergerakan Gaji Biasa. Pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan tidak layak menerima pergerakan gaji.
- Tiada lagi Jadual Gaji KUP diwujudkan untuk kes-kes kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan, pertukaran sementara, peminjaman, pertukaran tetap dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL).
- Prinsip, kadar dan syarat-syarat bayaran Imbuhan Tetap yang berkuat kuasa dikekalkan di bawah SBPA.
- Kemudahan adalah diberi atas prinsip keistimewaan dan bukan merupakan hak seseorang pegawai. Ia boleh ditarik balik pada bila-bila masa jika perlu. Semua kemudahan yang berkuat kuasa dikekalkan
- SBPA memperkenalkan dasar bekerja dari rumah
- Calon yang dilantik secara tetap dikehendaki berkhidmat dalam percubaan antara enam (6) bulan hingga 24 bulan. Pegawai boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah melalui tempoh percubaan sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan memenuhi syarat pengesahan lain yang ditetapkan.
- SBPA memperkenalkan Program Transformasi Minda (PTM) sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam Perkhidmatan Awam. Ia menggantikan Kursus Induksi.
- Sukatan peperiksaan bagi Subjek Umum dalam Peperiksaan Perkhidmatan diklasifikasikan kepada tiga (3) tahap keperluan penguasaan iaitu asas, pertengahan dan lanjutan.
- Penilaian Prestasi meliputi penggunaan kaedah pelbagai penilai (multi-rater) dan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators).
- Selain daripada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pingat Perkhidmatan Cemerlang diperkenalkan bagi mengiktiraf sumbangan pegawai yang melangkaui kebiasaan kepada perkhidmatan, masyarakat dan negara.
- Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.
- SBPA memansuhkan dasar pelepasan dengan izin dan menggantikannya dengan dasar pelepasan jawatan berkuat kuasa 1 Januari 2012.
- Opsyen yang dibuat oleh pegawai adalah muktamad.
- Jika anda dilantik pada atau sebelum 12 April 1991 dan masih bekerja pada usia 50 tahun, hakikat sebenarnya anda hanya dibayar 'separuh gaji'
- Laluan Cemerlang tidak akan dilaksanakan lagi di bawah SBPA
- PPP DG2-2 (DGA34) adalah juga layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke jawatan PPP Gred DG2-3 (Guru Kanan)