Majilis Guru Besar (MGB) Sepang dianggotai oleh 24 orang Guru Besar (GB) Sekolah Kebangsaan (SK), 7 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 8 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Ini bermakna MGB terbahagi kepada 3 iaitu MGB SK, MGB SJKC dan MGB SJKT. Namun ketiga-tiganya bergabung di bawah satu bumbung MGB Sepang yang mana secara automatiknya ia diketuai oleh Pengerusi MGB SK dan dibantu oleh dua orang Naib Pengerusi iaitu Pengerusi MGB SJKC dan Pengerusi MGB SJKT.
21.9.11
e-gTukar
ePerlu
Sila klik di sini untuk masuk ke Aplikasi ePerlu.
ID Pengguna: Kod Sekolah
Kata Laluan: sekolah
*Taipkan perkataan sekolah dalam ruang Kata Laluan
20.9.11
Senarai Pengurusan Tertinggi Pendidikan
Timbalan Menteri Pelajaran II
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 10, Blok E8, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.
Prinsip Kerja X-PLUS
19.9.11
Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi
- Baju kemeja berlengan panjang (Syarat: berseluar panjang. Lengan baju jangan dilipat. Kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam/tuck in)
- berkolar baju Melayu cekak musang berbutang tiga
- berkolar baju Melayu cekak musang berbutang lima
- berkolar Nehru berbutang terselindung
- berkolar Mandarin berbutang tiga
- Nehru suit (Syarat: diperbuat dari jenis kain dan warna yang sesuai)
- berbutang hadapan
- berbutang terselindung
- Baju kemeja batik Malaysia berlengan panjang (Syarat: Hari Khamis. Berseluar panjang. Lengan baju jangan dilipat. Sekiranya dipadankan dengan kot, baju kemeja batik hendaklah dimasukkan ke dalam/tuck in.)
- berkolar baju Melayu cekak Musang berbutang tiga
- berkolar baju Melayu cekak Musang berbutang lima
- berkolar Nehru berbutang terselindung
- berkolar Mandarin berbutang tiga
Teknologi Maklumat: Pembangunan Sistem Aplikasi
Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
300 Bantu Pembelajaran BI
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia adalah kesinambungan pertemuan Datuk Seri Najib Razak dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton, di New York dan di Kuala Lumpur sebelum ini.
Pada peringkat awal, pegawai kanan AS yang dalam pertemuan dengan Muhyiddin berjanji menghantar 50 pengajar mulai Januari depan dan ditambah secara berperingkat.
“Program ini bukan saja dapat mengeratkan hubungan kedua-dua negara, malah membantu Kementerian Pelajaran meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris di kalangan pelajar,” katanya pada sidang media, di sini semalam.
Beliau berkata, program menghantar tenaga pengajar sukarela itu sudah lama dilaksanakan oleh AS dan ditanggung oleh negara itu tetapi bagi program di Malaysia, kerajaan turut memberi peruntukan RM1.4 juta bagi memberi sedikit imbuhan kepada tenaga pengajar.
Program tidak akan mengganggu kurikulum pengajaran bahasa Inggeris sedia ada, sebaliknya mereka menggunakan masa luar sekolah dengan teknik pembelajaran menyeronokkan.
“Kita akan memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) bagi program berkenaan dan diharap dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun. Tenaga pengajar akan diberikan orientasi supaya dapat mengenali adat resam dan budaya rakyat Malaysia sebelum ditempatkan di hantar, termasuk Sabah dan Sarawak serta dipantau seorang penyelia,” katanya.
Muhyiddin berkata, Terengganu sebenarnya sudah memulakan program berkenaan dan setakat ini maklum balasnya amat memberangsangkan sama ada daripada pelajar mahupun guru berkenaan.
“Pelajar sangat gembira dan lebih mudah menguasai bahasa Inggeris, manakala guru terbabit pula sangat bersungguh-sungguh. Setakat ini Terengganu sudah melaksanakan 17 program seumpama itu. Kejayaan itu mungkin kerana teknik yang mereka ajar lebih menyeronokkan. Berikutan itu, kerajaan tidak akan mengadakan lagi projek perintis dan akan terus meletakkan tenaga pengajar itu di sekolah yang akan dikenal pasti,” katanya.
Sumber: Berita Harian |30 Jun 2011|
15.9.11
Kutipan Yuran Melalui Bank
Syarat-syarat permohonan adalah:
- Dapatkan persetujuan daripada ibu/bapa
- Dapatkan persetujuan bank
- Dapatkan kelulusan bertulis dari KPMI PTJ
- Slip bayran masuk bank perlu diubahsuai
- Resit dikeluarkan selepas perakauan bank diterima
- TPKPKWS 5.5
- Guru kelas menerima slip masuk bank dankeluarkan resit
- Rekod ke dalam Daftar Kedatangan Mood
- Lain-lain prosedur seperti tatacara merekod penerimaan
Laluan Kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
“Mengajar ialah pekerjaan profesional. Tugas yang dilakukan oleh guru adalah bersifat intelektual, memerlukan amalan pertimbangan yang konsisten, tidak boleh disamarata atau dirutinkan, dan menuntut persediaan yang berpanjangan melalui pendidikan.”
Di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuatkuasa pada tahun 2002, guru akan diberi kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan mereka. Seorang guru yang berada pada gred DGA29 akan menikmati kenaikan pangkat ke gred DGA32 setelah berkhidmat bagi tempoh 10 tahun. Begitu juga dengan guru yang berada pada gred DG41 dan telah berkhidmat selama 10 tahun akan menerima kenaikan pangkat secara time-based pada gred DG44
Laluan Cemerlang
Guru novis mempelajari fakta dan menimba pengalaman serta diajar peraturan umum yang dikatakan sesuai untuk semua konteks;
Peringkat 3 – Peringkat cekap atau competent
Guru mampu membuat pilihan secara sedar tentang tindakan, membuat keutamaan dan membuat perancangan. Berdasarkan pengalaman yang diperoleh, guru menjadi lebih peka terhadap perkara yang penting atau remeh . Namun, kemahiran mengajar masih lagi kaku dan tidak fleksibel;
Bukan semua guru mampu untuk mencapai tahap ini. Pengajaran guru adalah lancar dan segala tugas dapat dilaksanakan dengan mudah.
Menurut model ini, seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum ia dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan.
Urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Laluan Cemerlang PPPS terdiri daripada tiga jenis laluan iaitu Pengetua Cemerlang, Pegawai Cemerlang dan Guru Cemerlang. Sementara Laluan Cemerlang PPPLD pula ialah Guru Besar Cemerlang, pengelola Cemerlang dan Guru Cemerlang.
Pengetua Cemerlang dan Pegawai Cemerlang boleh mencapai sehingga ke JUSA C sementara bagi Guru Cemerlang PPPS pula Khas C. Guru Besar dan Pengelola Cemerlang boleh meningkat sehingga gred DGA38 sementara Guru Cemerlang PPPLD pada gred DGA34.
9.9.11
Cuti Am Persekutuan dan Negeri Selangor 2012
PERKARA | TARIKH | HARI |
* TAHUN BARU | 1 JANUARI | AHAD |
*TAHUN BARU CINA | 23 & 24 JANUARI | ISNIN & SELASA |
# MAULIDUR RASUL | 5 FEBRUARI | AHAD |
#HARI THAIPUSAM | 7 FEBRUARI | SELASA |
* HARI PEKERJA | 1 MEI | SELASA |
#HARI WESAK | 17 MEI | KHAMIS |
* HARI KEPUTERAAN SPBYDA | 2 JUN | SABTU |
# NUZUL AL QURAN | 6 OGOS | ISNIN |
*HARI RAYA PUASA | 19 & 20 OGOS | AHAD & ISNIN |
* HARI KEBANGSAAN KE 54 | 31 OGOS | JUMAAT |
*HARI MALAYSIA | 16 SEPTEMBER | AHAD |
*HARI RAYA HAJI | 26 OKTOBER | JUMAAT |
*HARI DEEPAVALI | 13 NOVEMBER | SELASA |
*MAAL HIJRAH | 15 NOVEMBER | KHAMIS |
#KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR | 11 DISEMBER | SELASA |
*HARI KRISMAS | 25 DISEMBER | SELASA |
7.9.11
Persekolahan Tahun 2012
| CUTI & HARI PERSEKOLAHAN | | | BIL HARI | |
| Cuti Pertengahan Penggal Hari Persekolahan | 04.01.2012 10.03.2012 19.03.2012 | 09.03.2012 18.03.2012 25.05.2012 | 48 9 50 | |
| | 26.05.2012 | 10.06.2012 | 16 | |
II | Cuti Pertengahan Penggal Hari Persekolahan | 11.06.2012 27.08.2012 | 17.08.2012 26.08.2012 09.11.2012 | 50 9 55 | |
| 01.01.2012 | ||||
Jumlah | | ||||
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am | 203 | ||||
Jumlah Hari Cuti Penggal | 87 |