Dalam Mesyuarat Agung baru-baru ni ada dibangkitkan mengenai hal di atas. Berikut ialah cabutan daripada surat edaran MGB Negeri Selangor Bil(36)dlm.SU/MGBS/AM/05 bertarikh 14 September 2005. Namun begitu sekiranya terdapat surat yang lebih terkini mengenai hal ini, maka harap dapat dimaklumkan agar ia dapat dikemaskini.
"6. Dengan itu, Majlis Guru Besar Selangor menyarankan supaya tuan datang ke sekolah dan mengajar serta bertugas seperti biasa pada hari-hari Sabtu yang ditetapkan untuk cuti ganti. Dalam cuti penggal persekolahan hujung tahun yang panjang itu, tuan berhak mendapat cuti gantian seperti diperuntukkan di bawah Perintah Am Bab C no 40 yang berbunyi "Seseorang pegawai yang tidak berkelayakan mendapat bayaran kerana bekerja lebih masa atau sebarang bayaran khas lain boleh diberi cuti gantian oleh Ketua Jabatan kerana dipanggil bertugas lebih masa pada hari bekerja, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan. Cuti gantian, hendaklah sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa itu."
7. Tuan tidak perlu memohon cuti kerana itu adalah hak tuan, memadailah dengan memberitahu Pegawai Pelajaran Daerah mengenai perkara ini."
No comments:
Post a Comment