... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

25.9.21

TAKLIMAT PELAKSANAAN MODUL PEMUGARAN LITERASI DAN NUMERASI PPD DAERAH SEPANG BERSAMA-SAMA PGB DAN GURU PEMULIHAN KHAS

TAKLIMAT PELAKSANAAN MODUL PEMUGARAN LITERASI DAN NUMERASI DAERAH SEPANG

Tarikh       : 25 September 2021
Masa         : 9:00 pagi
Medium    : Google Meet- https://meet.google.com/kbm-dvyf-bjn
Sasaran     : Guru Besar dan Penyelaras / Guru Pemulihan Khas

Bahan-bahan boleh didapati dalam pautan berikut



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merancang melaksanakan sebuah program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum atau dikenali sebagai Perkasaku bagi merapatkan jurang pembelajaran yang berlaku.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid berkata, program tersebut memberi fokus yang menyeluruh dalam usaha KPM memulihkan tahap penguasaan murid terhadap pembelajaran mereka.

KPPM berkata, pihak KPM sentiasa mengambil berat dan fokus terhadap pembelajaran murid yang mungkin terjejas akibat penutupan sekolah dalam tempoh yang lama bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

“KPM telah mengambil inisiatif untuk meneliti laporan dan penulisan dari dalam dan luar negara berkaitan pelaksanaan pembelajaran sepanjang tempoh tersebut.

“Daripada analisis yang diperoleh, dapatan menunjukkan berlaku isu-isu seperti ‘learning loss’ dan ‘learning gap’ dalam kalangan murid,” katanya.

Menurutnya, daripada analisis dan tinjauan yang dibuat, KPM mengenalpasti bahawa kekurangan masa pembelajaran bersemuka bersama-sama guru menyebabkan penguasaan pembelajaran sebagai contoh, kemahiran literasi dan numerasi dalam kalangan murid tahap satu terkesan dan perlu ditangani dengan sistematik.













No comments:

Post a Comment