... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

8.1.14

APDM: Tindakan Segera

 
Klik untuk terus ke APDM

Makluman Kepada Semua

Administrator APDM sekolah perlu terlebih dahulu mengemaskini maklumat semua guru kelas (JANGAN PADAM KELAS!!) dan pembantu tadbir (PT) untuk sesi persekolahan 2014 berserta MBMMBI, aliran dan sesi pagi / petang kelas tersebut.

Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2014 perlu dikemaskini untuk keperluan terkini pentaksiran (SAPS, SPPBS dan pendaftaran UPSR) dan bantuan murid. 

Mohon pengemaskinian maklumat ibu/bapa/penjaga untuk permohonan Bantuan/Biasiswa (sila beri keutamaan kepada permohonan baru) sebelum 1 April 2014.

PERHATIAN

Mohon masukkan maklumat murid pendidikan khas, sila wujudkan kelas (pilihan Tingkatan / Tahun BUKAN kelas khas / kelas khas menengah) dan daftar murid mengikut tahun / tingkatan yang tepat. Sila pastikan murid ini di tanda sebagai OKU pada tab murid (login guru kelas) dan masukkan no pendaftaran OKU murid untuk keperluan urusan dan bantuan pendidikan khas.

Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan 


Muat turun pekeliling 'Pelaksanaan Aplikasi Pangkalan Data Murid'
Muat turun surat arahan 'Pelaksanaan eKehadiran melalui APDM'

No comments:

Post a Comment