MGB Daerah Sepang

Majilis Guru Besar (MGB) Sepang dianggotai oleh 24 orang Guru Besar (GB) Sekolah Kebangsaan (SK), 7 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 8 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Ini bermakna MGB terbahagi kepada 3 iaitu MGB SK, MGB SJKC dan MGB SJKT. Namun ketiga-tiganya bergabung di bawah satu bumbung MGB Sepang yang mana secara automatiknya ia diketuai oleh Pengerusi MGB SK dan dibantu oleh dua orang Naib Pengerusi iaitu Pengerusi MGB SJKC dan Pengerusi MGB SJKT.

... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

30.12.14

PERINGATAN MESRA PENGURUSAN GURU SEKOLAH RENDAH BAGI PERSEDIAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015


Assalammu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera

Dengan segala hormatnya dimaklumkan beberapa tindakan yang perlu dibuat bagi persediaan pembukaan sesi persekolahan 2015. Bagi manghadapi persediaan pembukaan sekolah, terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan agar pengurusan guru dapat bergerak dengan lancar.

2. Berikut dimaklumkan tindakan-tindakan yang perlu diberi perhatian dan dilaksanakan mengikut ketetapan :-

          i. Pengesahan Guru Bertukar Masuk perlu dilaporkan oleh Guru Besar (Penolong Kanan 1 jika tiada Guru Besar) melalui capaian E-Operasi sebelum atau pada 7 Januari 2015. 

- Jika guru tersebut tidak melapor diri sehingga tarikh tersebut, sila laporkan "Tidak Melapor Diri". 
- Jika guru tersebut melapor diri selepas tarikh 7 Januari 2015, sila maklumkan kepada PPD untuk pengesahan lapor diri.

          ii. Waran ABM Perjawatan 2015 boleh disemak melalui capaian E-Operasi. Bagi sekolah yang menerima jumlah waran perjawatan yang kurang atau lebih daripada permohonan, sila maklumkan kepada PPD Pengurusan Guru Rendah secara bertulis. Keperluan guru akan disemak semula pada bulan Februari 2015.

          iii. Sekolah diminta untuk memgemaskini Enrolmen dan Kelas pada setiap hari sepanjang bulan Januari dan setiap hari Jumaat pada bulan Februari. Kegagalan berbuat demikian akan mempengaruhi semakan keperluan Waran ABM Perjawatan 2015. Sila pastikan Maklumat Subjek Elektif adalah tepat bagi setiap kelas yang dibuka.

          iv. Permohonan Guru Ganti boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Guru Ganti Selangor (e-SPGGS). Sila kemaskini unjuran sebelum 31 Disember 2015. Lantikan akan dibuat bermula 5 Januari 2015.

          v. Tarikh akhir bagi 
Pengemaskinian dan Pengesahan Maklumat Guru di E-Operasi adalah pada 31 Januari 2015. Semua guru WAJIB membuat pengesahan maklumat melalui capaian masing-masing.

3. Jika sekolah kurang guru berdasarkan keperluan optimum pada 10 Januari 2015, sila maklumkan kepada Penolong PPD Pengurusan Guru Rendah di daerah masing-masing atau Unit Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah JPN Selangor melalui emaileoperasijpns@gmail.com dengan kadar segera.


Posted by Sukimin at 11:56 PM No comments:
Labels: Pemberitahuan, Perlu dibuat

29.12.14

Sesi Persekolahan 2015 Ditangguhkan Seminggu

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

29 December 2014
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.


Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
Posted by Sukimin at 10:35 AM No comments:
Labels: Makluman, Penggal Persekolahan, Pengumuman

26.12.14

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)


Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) merupakan aplikasi yang berfokus kepada sistem satu pangkalan data tunggal bagi murid, guru dan sekolah di seluruh negara. Ini bertujuan mengelakkan guru-guru dari melakukan kemasukan data berulang dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pangkalan data SPS ini digunasama oleh pelbagai sistem yang dibangunkandi KPM pada masa akan datang. SPS merupakan sistem yang kemasukan datanya hanya pada satu aplikasi sahaja data dibaca oleh aplikasi lain jika berkaitan.

Posted by Sukimin at 4:37 PM No comments:
Labels: Dasar, Perlu dibuat

22.12.14

Persidangan Meja Bulat - Pemantapan Profesionalisme Keguruan

Meja Bulat ini diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Pendidikan Sepang pada 22 Disember 2014(Isnin) yang dihadiri oleh Pasukan Pemandu Program Pemantapan Profesionalime Keguruan. Ahli pasukan ini terdiri daripada semua Ketua Unit, SISC+, SIP+ dari PPD, 5 pengetua dan 6 guru besar. Persidangan dikendalikan oleh Tn. Haji Mutalib Tomran, Timbalan PPD dengan dibantu oleh Tn. Hj. Sailan. Tiga tajuk dibincangkan ialah: Guru Profesional (GP) Profesionalisme Keguruan (PK) Implementasi peningkatan PK dalam Sepang Domain diri Domain profesion Domain sosial Pengetua terdiri daripada Tn. Hj. Muskamal, tn. Hj Amin Sulaiman, Tn. Hj. Amin, Pn. Zaini, Pn. Rogayah sementara enam orang guru besar pula ialah En. Sukimin, En. Tamil Sekaran, En. Low, En. Ishak, En. Zahari dan Pn. Hajah Noredzan
Posted by Sukimin at 10:33 AM No comments:

9.12.14

Amanat dan Taklimat Persediaan Akhir Tahun 2014 Dan Awal Tahun 2015

Pada 24 November 2014 (Isnin) telah diadakan Amanat dan Taklimat Persediaan Akhir Tahun 2014 Dan Awal Tahun 2015 oleh Pengarah Pendidikan di Hotel Goldcourse Klang.

Sesi persekolahan pada tahun hadapan akan bermula pada 5 Januari 2015 hingga 20 November 2015.  Bagi negeri Selangor, tiga perayaan yang dibenarkan untuk mengambil Cuti Perisitiwa dan Cuti Tambahan mengikut keperluan sekolah masing-masing. Namun ia merupakan suatu pilihan yang perlu diputuskan oleh pihak sekolah.



  1. Pengurusan Berkesan Ke Arah Kecemerlangan Organisasi
  2. Taklimat Pengarah - En. Zainuren Haji Mohd. Nor, SMP., AAP.
  3. Taklimat Ketua Sektor Pengurusan Sekolah - Tn. Hj. Mahmudi Bakri


Ketiga-tiga bahan tersebut (dalam format zip) boleh dimuat turun dengan klik di sini.
Posted by Sukimin at 3:33 PM No comments:
Labels: Taklimat

21.11.14

Majkis Persaraan Pn Hjh Rabiyah Fakir Mohd Mihd

Pada 20.11.14 telah berlangsung majlis persaraan Guru Besar SK Seksyen 2 Bandar Kinrara Pn Hajah Rabiyah Fakir Mohd. Majlis bermula dari pukul 9 pagi turut dihadiri oleh Dato' Haji Satim Diman
Posted by Sukimin at 7:25 PM 2 comments:

14.10.14

Taklimat Sistem Pengurusan Fail Arkib di SMK (P) Sri Aman

Posted by Sukimin at 2:18 PM No comments:

10.10.14

ToV UPSR 2015

Majlis Guru Besar Selangor mengambil inisiatif mengadakan peperiksaan khas untuk mendapatkan nilai awal (Take Off Value) calon UPSR 2015.  Ini bagi membolehkan strategi dirancang lebih awal bagi membantu meningkatkan pencapaian UPSR Negeri Selangor.  Bagi Daerah Sepang, tiga sekolah dijadikan pusat agihan set-set soalan untuk diedarkan kepada semua Sekolah Kebangsaan.  Sekolah-sekolah tersebut ialah:

  1. Sekolah Kebangsaan Dengkil
  2. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi
  3. Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra
Soalan-soalan ini dibina oleh guru-guru berpengalaman luas dan guru pakar bagi memastikan kualitinya dapat dipenuhi.  Terdapat lebih daripada satu set soalan yang disediakan namun ia merujuk kepada Jadual Spesifikasi Ujian yang sama.  Ini adalah untuk membolehkan sekolah mengadakan peperiksaan tersebut mengikut tarikh yang mereka kehendaki.  Walaupun set soalan sekolah tidak sama namun kualitinya tetap sama kerana merujuk JSU yang sama.

Semoga usaha kecil ini dapat membantu Negeri Selangor, Daerah Sepang dan Kementerian Pendidikan Malaysia meningkat pencapaian UPSR 2015.  Terima kasih kepada individu mahupun sekolah yang terlibat dalam urusan TOV 2015 ini sejak mula hingga tamat.

*Gambar kiriman En. Ishak Noh  bagi pusat SKTPSP, Pn. Hajah Sadiah Husin bagi pusat SKBBST dan En. Mohd. Latif Shaari bagi pusat SKD. 











Posted by Sukimin at 5:55 PM No comments:
Labels: Aktiviti, MGB Selangor

18.9.14

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

Taklimat mengenai Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) kepada Guru Besar dan Penolong Kanan telah diadakan di PPD Sepang pada 27 Ogos 2014.  Setiap sekolah dikehendaki memberi taklimat kepada semua guru dan kakitangannya.

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
    1. PBPPP berhasrat menggantikan penilaian sedia ada di KPM
    2. PBPPP adalah satu kaedah penilaian:
      1. Berdasarkan Job-Based & Workplace
      2. Standard prestasi selaras dengan Goverment Transformation Programme 2.0 (GTP2.0)  & Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025
  • Anjakan ke-4 Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan
  • Anjakan ke-5  Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan di Setiap Sekolah
    1. Matlamat:-
      1. Meningkatkan kecekapan & komitmen bagi melahirkan PPP berprestasi tinggi
      2. Penilaian menyeluruh yang menggabungjalin kompetensi & potensi keberhasilan PPP
    2. Objektif:- Menilai kompetensi & potensi PPP serta menilai keberhasilan (aspek peningkatan)
    3. Dilaksanakan berterusan selama setahun.  Penilaian sekurang-kurangnya 2 kali setahun
    4. Dinilai oleh 2 orang pegawai berdasarkan generik/fungsional/keberhasilan
    5. Penilaian kompetensi (Generik + fungsional), Generik- semua PPP dinilai sama.  Fungsional - berdasarkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang masing-masing
Generik dan Fungsional:
D1: 20% Profesionalisme
  • Nilai profesional - 6%,
  • Sahsiah - 4%
  • Potensi - 4%
  • Keilmuan & pengetahuan - 6%)
D2: 10% Tugasan tambahan
  • Hubungan luar - 4%
  • Tugas sampingan - 6%)
D3: 10% Penglibatan
  • sumbangan - 10%
1.  bimbingan & motivasi
2.  sumbangan profesional & sosial
D4 : 60% Kemahiran
  • peranan PdP - 20%
  • Pelaksanaan PdP - 30%
  • Pentaksiran PdP - 10%

Penilaian keberhasilan (Keberhasilan) - 100%
  • Keberhasilan - mengukur peningkatan bukan pencapaian
Peningkatan - sebarang perkembangan pengetahuan/kemahiran/hasil kerja/tingkah laku
  • Keberhasilan merujuk kepada sasaran peningkatan individu
1.  Perancangan guru - Folder Rancangan Mengajar/RPH/SKT
2.  Prestasi murid - berdasarkan headcount/ToV/ETR
3.  Laporan prestasi keseluruhan murid - laporan AR
4.  Pencapaian murid/sekolah (peningkatan band/GPS)


Peningkatan markah subjek dominan/major
sekiranya terdapat lebih dari 1 peningkatan, ambil yang terbaik


Penetapan sasaran- persetujuan bersama melalui perbincangan antara PP dan PYD

Markah Penilaian kompetensi = 90% + Keberhasihan = 10%
Jumlah = 100%


    1. Diukur 3 kategori (Tinggi/Sederhana/Rendah)
Markah Prestasi
90-100 Cemerlang   Tinggi
80-89.99 Baik Sederhana
60-79.99 Sederhana Sederhana
50-59.99 Kurang memuaskan Lemah
0-49.99 Lemah Lemah
    1. LNPT masih dilaksanakan.  PBPPP dilaksanakan sepenuhnya pada 2015 apabila diluluskan
    2. Jawatankuasa PBPPP
Pengerusi : Guru Besar
Setiausaha : Penolong Kanan
AJK : PK HEM
PK Kokurikulum
Ketua Panitia
Urusetia : KPT/PT


Perlu isi  Borang Perakuan Akta Rahsia Rasmi (Lampiran D)
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   

    1. PBPPP melibatkan 2 orang Pegawai Penilai (PP) iaitu PP 1 dan PP 2
    2. PP  & PYD akan diputuskan oleh jawatankuasa PBPPP

Posted by Sukimin at 6:53 AM No comments:
Labels: Dasar, Taklimat
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Pautan Web Sekolah di Sepang

  • SK Taman Putra Perdana 2
  • Sk Taman Putra Perdana
  • SK Salak
  • SK Desa Pinggiran Putra

Minggu Sekolah

Blog Archive

  • ►  2023 (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2022 (10)
    • ►  April (2)
    • ►  March (6)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (29)
    • ►  December (15)
    • ►  October (5)
    • ►  September (6)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2020 (29)
    • ►  October (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (4)
    • ►  May (9)
    • ►  April (6)
    • ►  March (4)
  • ►  2018 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  September (2)
    • ►  February (2)
  • ►  2017 (7)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (18)
    • ►  December (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (55)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (5)
    • ►  August (6)
    • ►  July (5)
    • ►  May (3)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (3)
    • ►  January (7)
  • ▼  2014 (67)
    • ▼  December (5)
      • PERINGATAN MESRA PENGURUSAN GURU SEKOLAH RENDAH BA...
      • Sesi Persekolahan 2015 Ditangguhkan Seminggu
      • Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
      • Persidangan Meja Bulat - Pemantapan Profesionalism...
      • Amanat dan Taklimat Persediaan Akhir Tahun 2014 Da...
    • ►  November (1)
      • Majkis Persaraan Pn Hjh Rabiyah Fakir Mohd Mihd
    • ►  October (2)
      • Taklimat Sistem Pengurusan Fail Arkib di SMK (P) S...
      • ToV UPSR 2015
    • ►  September (9)
      • Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidika...
    • ►  August (7)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (13)
    • ►  April (13)
    • ►  March (8)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December (6)
    • ►  November (8)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (6)
    • ►  June (10)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (6)
    • ►  January (5)
  • ►  2012 (59)
    • ►  December (5)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (10)
    • ►  July (3)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (15)
  • ►  2011 (84)
    • ►  December (3)
    • ►  November (6)
    • ►  October (5)
    • ►  September (13)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (7)
    • ►  May (17)
    • ►  April (6)
    • ►  March (9)
    • ►  February (6)
    • ►  January (6)
  • ►  2010 (33)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  September (5)
    • ►  August (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (5)
    • ►  January (10)
  • ►  2009 (7)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)

Followers

Peluang Kerjaya

Loading...

MGB dan Blog Cikgu

  • Blog Guru Besar Pencen
    Dunia yang sempit.
    6 years ago
  • Majlis Guru Besar Petaling Perdana
    AJK MGB PETALING PERDANA 2012
    13 years ago
  • MGB Daerah Muar
    taklimat persediaan persekolahan 2012
    13 years ago
  • Majlis Guru Besar Daerah Beaufort Sabah
    Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010
    14 years ago
  • BERSAMA MAJLIS GURU BESAR DAERAH GOMBAK
    MESYUARAT KURIKULUM DAERAH GOMBAK UNTUK SEMUA GURU BESAR
    14 years ago
  • Pendidik
  • Blog Cikgu Blogging In Malaysia

Muat Turun

  • Aplikasi Kehadiran LaiCik (Percuma)
  • Borang Usul Mesyuarat Agung 2016
  • Mohon Ke Luar Negara (Persendirian)
  • Fail Meja Juruteknik ICT

Bahan MGB

  • Bengkel MERKUR1 2015 di BGRC
  • Konvensyen MGBS Ke-4, Langkawi
  • Info Sekolah, GB dan Blog Daerah Sepang
  • Daftar Akaun Google

Installer LaiCik

Panduan Pengurusan Pejabat

  • Pekeliling Perkhidmatan Bil 5 2007
  • Garis Panduan Penggunaan Biometrik bagi Agensi-Agensi Sektor Awam
  • Garis Panduan Penggunaan Sistem Kehadiran Biometrik (KPT

Taklimat Panduan Tatatertib

  • Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 1998
  • Sistem Penggunaan Kad Perakam Waktu (Punch Card) di Pejabat-Pejabat Kerajaan
  • Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan (SPA 1/2004)
  • Panduan Menguruskan Pegawai Tidak Hadir Bertugas
  • Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib

Tentatif Jadual Peperiksaan 2017

  • eSekolah (MGBS)
  • HRMIS 2.0
  • SpeedTest
  • Pekeliling
  • Senarai Guru Besar Sepang
  • AJK MGB Sepang
  • Senarai AJK PKG Sepang
  • MERKUR1
  • Muat Turun DSKP Tahun 4
  • Blog Kokurikulum
  • Senarai Generasi

PIBG

  • Sarana Ibu Bapa

Countdown Cuti

Translate/Terjemah

Pautan Kerja Kita (Bestnya kalau ada SSO)

  • SSO (dah ada sejak 2015)
  • Pemohonan ke Sekolah Berasrama Penuh
  • Semak Naik Pangkat (17.5.12)
  • eGerakStaf
  • Support Ticketing System
  • APLIKASI PANGKALAN DATA MURID SECARA ATAS TALIAN (10.02.12)
  • SBPA
  • NKRA
  • e-SSPeL (12.10.11)
  • ePerlu - Aplikasi Laporan Keperluan Sekolah (??.09.11)
  • e-Operasi (mulai 10.08.11)
  • e-Pangkat
  • Sistem EMiS online
  • Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (mulai 20.7.11)
  • Sistem Pengurusan PBS online (Telah Tiada)
  • Sistem Pertukaran Guru (e-gTukar)
  • Sistem Pertukaran Bukan Guru (e-Tukar)
  • Sistem Pengoperasian Data (e-Operasi)
  • Sistem Keperluan Latihan di IAB (KOMPAS)
  • Sistem Prasekolah Kebangsaan
  • Sistem SKPM 2010
  • Sistem Prog. Pensiswazahan Guru Khas
  • Arahan Perbendaharaan
  • Penyata Gaji
  • Support Ticketing System

Pages

  • Home

Total Pageviews

Bahan KSSR dan PBS

  • Dokumen Kurikulum Standard Tahap 1
  • DOKUMEN STANDARD PRESTASI SEKOLAH RENDAH: TAHUN 1
  • DOKUMEN STANDARD PRESTASI SEKOLAH RENDAH: TAHUN 2
  • DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN KHAS TAHUN 1
  • DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2

Sedang Online

Muat Turun

WinRAR (32-bit)
Acrobat Reader
Standard Prestasi KSSR Tahun 1 (LP)
Bahan Taklimat PBS (SKTPP)
Standard Guru Malaysia (BPG)
Dokumen Standard Kurikulum (BPK) Panduan PBS

Popular Posts

  • MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL UNTUK MANTAN GB SK TAMAN SEROJA, (ALLAHYARHAM TN. HJ. MISNON BIN RAMLI) SERTA DOA SELAMAT UNTUK WARGA MGB DAERAH SEPANG
    MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL UNTUK MANTAN GB SK TAMAN SEROJA, (ALLAHYARHAM  TN. HJ. MISNON BIN RAMLI) SERTA DOA SELAMAT UNTUK WARGA MGB DA...
  • Post-mortem UPSR 2009
    Post-mortem diadakan dengan dipengerusikan oleh En. Amin b. Sulaiman, Timbalan PPD Sepang. Tn. Hj. Sailan Misran, Penolong Pegawai Pelajaran...
  • MAJLIS SANJUNGAN BUDI, BUDI BERTAHUN SEGUNUNG INTAN
     Majlis Guru Besar Daerah sepang telah berjaya mengadakan Majlis Sanjungan Budi, Budi Bertahun Segunung Intan bersempena perpisahan Pengerus...
  • MAJLIS APRESIASI DAN RAMAH MESRA MGB SELANGOR
    Majlis Apresiasi dan Ramah Mesra MGB Selangoir telah diadakan seperti butiran berikut: Tarikh:             : 5 Disember 2021 Hari           ...
  • PENATARAN TADBIR URUS SEKOLAH RENDAH KPM MySG KEPADA SEMUA GURU BESAR DAN GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
    Tanggal 29 Mac 2022 bersamaan hari Selasa yang indah telah diadakan satu sesi Penataran Tadbir Urus Sekolah Rendah KPM MySG kepada semua Gur...
  • TV Pendidikan: 21 Jun 2020
    T6 - Bahasa Inggeris T6 - Pendidikan Islam T6 - Pendidikan Moral
  • MAJLIS SANJUNGAN BUDI SEMPENA PERSARAAN CIKGU SUKIMIN BIN JUKI
    Majlis Sanjungan Budi bagi meraikan persaraan Cikgu Sukimin bin Juki, Yang Dipertua Majlis Guru Besar Selangor dan Gabungan Majlis Guru Besa...
  • MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN MGB SELANGOR 2021
    Mesyuarat Agung Perwakilan MGB Selangor telah diadakan seperti butiran berikut 26 Oktober 2021 - Selasa 2.00 petang Kelab Shah Alam Selangor...
  • COVID-19: Peperangan Belum Berakhir
  • PERATURAN MENGENAI KEBENARAN UNTUK MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM PERATURAN 5 BAB 5 - MEMATUHI WAKTU BEKERJA
    Sila rujuk JPA(SARAAN)(S)1619 Klt. 16 (7) bertarikh 9 Disember 2010 PERATURAN MENGENAI KEBENARAN UNTUK MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKE...

Search This Blog

Arah

  • Laman Depan
  • Pengurusan Tertinggi Pendidikan
  • Kalender
  • AJK MGB Sepang

Pautan Pendidikan

  • Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
  • Bahagian Pendidikan Guru
  • Jabatan Pelajaran Selangor
  • PPD Sepang
  • EMIS
  • e-Pekeliling JPN Selangor
  • Pekeliling Ikhtisas (Jem Nazir Sekolah)
  • PKG Sepang

Pemberitahuan KPM

Loading...

Surat Pekeliling

Loading...

Senarai Mereka Yang Telah Bersara

  • 6.5.16 - Hj. Rasid Hamid (SK Sg Rawang)
  • 20.1.2016 - En. Tamilsekaran (SJKT Dengkil
  • 29.08.2015 - Pn. Hajah Kamaliah bt. Palil Osman
  • 30.01.2015 - En. Pat Yoon
  • 30.04.2014 - Pn. Paroothy a/p Rajoo
  • 04.04.2014 - Pn Hjh Siti Amarah Hj Adnan
  • 13.02.2014 - Pn. Asmah bt. Ismail
  • 02.01.2014 - Tn. Hj. Jaludin Buang
  • 05.07.2013 - Pn. Chang Yok Mooi
Travel theme. Theme images by sebastian-julian. Powered by Blogger.