... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

28.12.13

Majlis Penyampaian Sumbangan Insentif Kepada Pelajar Cemerlang UPSR 2013

YB Shahrum bin Dato' Hj Mohd Sharif, ADUN Kawasan Dengkil telah menyempurnakan majlis tersebut yang berlangsung hari ini, 28.12.13 di SK Dengkil. Seramai 260 orang murid dari 19 buah sekolah telah menerima insentif ini yang ditaja oleh Yayasan Sepang. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pegawai Pendidikan Daerah Sepang; Tn Hj Mat Jah bin Roslan, Pengerusi Yayasan Sepang; Dato' Hj Sharif bin Jajang dan mantan PPD Sepang; Tn Hj Zainal Sahid.

Dalam ucapan YB, beliau merancang untuk membantu meningkatkan kecemerlangan akademik DUN Dengkil. Buat permulaan dua program akan dilaksanakan iaitu "Keluarga Q Keluargaku" dan program Memperkasa Kecemerlangan UPSR 1Malaysia (Merkuri).
 
 Ucapan Dato' Sharif Jajang - Pengerusi Yayasan Sepang - penyumbang sumbangan hari ini
 Antara GB yang hadir
 Ucapan PPD Sepang - Tn. Hj. Mat Jah b. Roslan
 Ucapan YB. Tuan Shahrum
Terima kasih atas insentif yang diberi

No comments:

Post a Comment