Majilis Guru Besar (MGB) Sepang dianggotai oleh 24 orang Guru Besar (GB) Sekolah Kebangsaan (SK), 7 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 8 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Ini bermakna MGB terbahagi kepada 3 iaitu MGB SK, MGB SJKC dan MGB SJKT. Namun ketiga-tiganya bergabung di bawah satu bumbung MGB Sepang yang mana secara automatiknya ia diketuai oleh Pengerusi MGB SK dan dibantu oleh dua orang Naib Pengerusi iaitu Pengerusi MGB SJKC dan Pengerusi MGB SJKT.
17.12.10
Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (PKS-SKPM)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC): Panduan
APC diberi kepada anggota Perkhidmatan Awam yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang. Perkhidmatan cemerlang adalah perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang Anggota Perkhidmatan Awam yang mutu atau penghasilannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya.
Dasar ini dilaskanakan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2002 iaitu Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam. Bahagian Sumber Manusia (BSM) selaku Bahagian yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan dasar ini telah mengeluarkan Garis Panduan Pemilihan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pelajaran. Ia disediakan berdasarkan:
- Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2002 iaitu Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam
- Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 tahun 2002 mengenai Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan (panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Anggota Perkhidmatan Awam)
Kriteria Pemilihan Penerima APC
A. Kriteria Umum
- Lantikan tetap, sementara ataupun kontrak oleh mana-mana pihak berkuasa melantik (spt SPP, SPA)
- telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian
telah memberi sumbangan kepada organisasi, perkhidmatan awam, komuniti, daerah, negeri, negara dan peringkat antarabangsa - memperolehi markah sekurang-kurangnya 85%
B. Kriteria Tambahan
- bebas tindakan tatatertib/SPRM/mahkamah pada tahun yang dipertimbang
- mempunyai rekod kehadiran bertugas yang bersih
- tidak pernah menerima APC tiga tahun ke belakang
- bagi guru di sekolah:
- pencapaian dalam P&P
- pencapaian kokurikulum
- bebas teguran audit
Faktor bangsa, gender dan lokasi tempat bertugas (bandar/luar bandar dan pedalaman) juga boleh diambilkira
Bilangan penerima APC tidak melebihi 8% daripada jumlah anggota yang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian berkenaan. GSTT, GST, Guru Praktikum (j-QAF) tidak boleh diambilkira dalam pengiraan keseluruhan anggota kerana mereka belum lagi dilantik.
3.12.10
Sepintas lalu tugasan sepanjang cuti ini
- Penyediaan Laporan Nilaian Prestasi diri sendiri, PK, guru dan staf
- Pengisian SKPM
- Membuat sokongan terhadap Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) secara online mulai 25 Disember 2010 hingga 7 Januari 2011 di laman sesawang http://apps.moe.gov.my/main/main_sokongan.cfm/kdp Guru Besar tidak perlu mendaftar katalaluan, nama pengguna dan katalaluan adalah kod sekolah masing-masing. Selepas log masuk, sebaiknya tukar katalaluan tersebut
- Menerima buku-buku teks termasuk buku baru untuk KSSR Tahun 1
- Menyediakan jadual waktu - pastikan pecahan masa dan agihan harinya mengikut seperti yang disarankan oleh KPM. Misalnya subjek bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 perlu pecahan masa 3, 2, 2, 3 dan mengikut susunan tersebut di dalam jadual waktu. KPM mencadangkan agar ia disusun dari hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. 3 masa yang pertama tersebut perlu dikhususkan untuk Listening & Speaking, 2 masa yang berikutnya untuk Reading, 2 masa lagi untuk Writing dan 3 masa terakhir pula untuk Language Art. Hari Jumaat guru-guru BI Tahun 1 ini dicadangkan agar berbincang tentang penyediaan bahan P&P untuk minggu berikutnya.
- Membuat sesi orientasi guru-guru baru (jika sama seperti tahun lepas)
- Menyediakan takwim 2011. Jangan lupa untuk tetapkan tarikh sukan mengikut seperti yang diarahkan dalam surat arahan baru-baru ni. Pastikan juga bilangan aktiviti pada hari Sabtu memenuhi surat arahan dari KPPM. Jangan lupa untuk rancang pengambilan Cuti Perisitiwa dan Cuti Sekolah Ganti - rujuk siaran KPPM.
- Touch points Menteri Pelajaran
- Semak NKRA
- Bayaran Tambahan - mohon kebenaran dari ke JPN melalui PPD (permohonan perlu sampai ke PPD pada 6 Disember 2010 jam 9.30 pagi). Jangan lupa sertakan minit mesyuarat PIBG yang meluluskan amaun kutipan, maklumkan kepada ibubapa, sediakan dokumen untuk urusan pengutipan bayaran ini (seperti buku resit, borang dsb)
- Dokumen kewangan 2011 adalah yang baru. Kalau masih berbaki masih boleh digunakan yang lama. Kepada yang dah habis stok, pastikan beli keluaran yang terbaru.