Majlis Guru Besar Daerah Sepang telah menganjurkan Bengkel Profesionalisme Guru Besar pada 28 Februari 2022 hingga 2 Mac 2022 bertempat di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang Selangor. Kepimpinan MGB Sepang yang diketuai oleh Puan Norlaili binti Mohd Noor merasai perlu diadakan bengkel ini bagi meningkatkan pemahaman Guru Besar Daerah Sepang memahami Kepimpinan Instruksional dan menjadikannya sebagai tanda aras dalam kepimpinan sekolah masing-masing.
1. Sesi Taklimat Khas Bengkel
2. Sesi Taaruf Bersama Guru Besar Baharu
3. Sukaneka yang memberikan kegembiraan dan semangat kebersamaan
4. LDK Kepimpinan Instruksional
Sesi LDK pada sebelah malam telah disampaikan oleh Tuan KPPD Sepang, Tuan Ishak bin Abdullah. Terlalu banyak perkongsian yang telah diberikan oleh Tuan KKPD Sepang untuk diambil sebagai contoh dan pembelajaran oleh semua Guru Besar Daerah Sepang. Terima kasih Tuan KPPD atas perkongsian yang amat memberikan kesan kepada semua Guru Besar Daerah Sepang. Semoga Daerah Sepang akan terus cemerlang di persada pendidikan negara
No comments:
Post a Comment