... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

25.10.20

PENUTUPAN INSTITUSI PENDIDIKAN BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) / PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)

SOALAN LAZIM (FAQ)
PENUTUPAN INSTITUSI PENDIDIKAN BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) / PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)

A. PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN
1. Adakah institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan ditutup sekiranya sesuatu kawasan diisytiharkan PKPB/PKPD oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)?
Ya. Ini termasuklah tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, Kolej Vokasional, Kolej Tingkatan Enam, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM.

2. Adakah guru/pensyarah perlu hadir bertugas
apabila sekolah/institusi pendidikan ditutup?
Tidak. Guru/pensyarah hendaklah bekerja dari rumah (BDR). Semua guru/pensyarah dikehendaki berada di stesen tempat bertugas masing-masing dan sentiasa bersedia sekiranya diarah hadir bertugas mengikut arahan Ketua Jabatan.

3. Adakah Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) perlu hadir bertugas apabila sekolah/institusi pendidikan ditutup?
Tidak. AKP hendaklah bekerja dari rumah (BDR). Semua AKP dikehendaki berada di stesen tempat bertugas masing-masing dan sentiasa bersedia sekiranya diarah hadir bertugas oleh Ketua Jabatan.

4. Adakah guru/pensyarah yang tinggal dalam kawasan PKPB/PKPD tetapi berkhidmat di sekolah/institusi pendidikan di luar kawasan PKPB/PKPD perlu hadir bertugas?
Ya. Guru/pensyarah perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran majikan untuk hadir bertugas.

5. Adakah murid/pelajar yang tinggal di kawasan PKPB/PKPD boleh hadir ke sekolah/institusi pendidikan yang berada di luar kawasan PKPB/PKPD?
Tidak.

6. Siapakah yang perlu hadir ke sekolah/institusi pendidikan ketika sekolah/institusi pendidikan ditutup?
i. Pekerja perkhidmatan perlu (essential services) termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan; dan
ii. Warden asrama dan pekerja dewan makan asrama sekiranya terdapat murid/pelajar yang kekal tinggal di
asrama.

B. PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
7. Adakah PdP perlu dilaksanakan bagi sekolah/institusi pendidikan yang ditutup?
Ya, dalam tempoh penutupan sekolah/institusi pendidikan ini, pentadbir akan memastikan guru/pensyarah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru/pensyarah dan murid/pelajar. Manual PdPR boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.

8. Adakah sekolah/institusi pendidikan dibenarkan untuk menjalankan peperiksaan antarabangsa yang di kawal selia
oleh badan peperiksaan antarabangsa semasa sekolah/institusi pendidikan ditutup?
Ya. Calon perlu mendapatkan surat kebenaran menduduki peperiksaan daripada sekolah/institusi pendidikan sebagai bukti pengesahan. Pelaksanaan peperiksaan perlu mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.

9. Adakah sekolah dibenarkan untuk menunda Peperiksaan Percubaan SPM apabila sekolah diarahkan tutup?
Ya. Sekolah yang terlibat boleh menjadualkan semula peperiksaan tersebut ke suatu tarikh yang bersesuaian.
 
10. Adakah sekolah boleh mengunci masuk data Peperiksaan Percubaan SPM jika sekolah diarahkan tutup?
Ya. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibuka sehingga 31 Disember 2020.

C. PENUTUPAN INSTITUSI PENDIDIKAN BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) / PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)
11. Adakah semua murid/pelajar yang tinggal di asrama boleh pulang ke rumah apabila arahan penutupan sekolah/institusi pendidikan dikeluarkan?
Ya. Walau bagaimanapun, murid/pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa/penjaga atau murid/pelajar yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah/institusi pendidikan sepanjang tempoh penutupan sekolah/institusi pendidikan akan berada di bawah penjagaan warden asrama. Keperluan makan dan minum murid/pelajar sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah/institusi pendidikan.

12. Adakah ibu bapa/penjaga yang berada di kawasan PKPB/PKPD dibenarkan mengambil anak/anak jagaan di asrama?
Ya. Ibu bapa/penjaga dibenarkan untuk datang menjemput atau menguruskan perjalanan pulang anak/anak jagaan mereka yang berada di asrama sekolah/institusi pendidikan tertakluk kepada Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu.

D. PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) DAN KOLEJ MATRIKULASI (KM)

13. Bagaimanakah pelaksanaan PdP di IPG/KM sepanjang tempoh PKPB/PKPD?
PdP dilaksanakan secara dalam talian (online) sepenuhnya.

14. Adakah pelajar IPG/KM yang tinggal di kawasan PKPB/PKPD dikehendaki pulang ke IPG/KM yang berada di luar kawasan PKPB/PKPD selepas tamat tarikh cuti pertengahan semester? Tidak. Pelajar perlu pulang setelah tempoh PKPB/PKPD tamat.

15. Adakah kafeteriadankedairuncitdiIPG/KMberoperasi? Ya.

-TAMAT-


http://covid-19.moh.gov.my/faqsop/faq-pkpb-selangor-wp-kuala-lumpur--wp-putrajaya/02_FAQ_PENUTUPAN_INSTITUSI_PENDIDIKAN_BERIKUTAN_PKPB_PERINTAH_KAWALAN_PE.pdf


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment