Majilis Guru Besar (MGB) Sepang dianggotai oleh 24 orang Guru Besar (GB) Sekolah Kebangsaan (SK), 7 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 8 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Ini bermakna MGB terbahagi kepada 3 iaitu MGB SK, MGB SJKC dan MGB SJKT. Namun ketiga-tiganya bergabung di bawah satu bumbung MGB Sepang yang mana secara automatiknya ia diketuai oleh Pengerusi MGB SK dan dibantu oleh dua orang Naib Pengerusi iaitu Pengerusi MGB SJKC dan Pengerusi MGB SJKT.
10.12.15
Mesyuarat Penyelarasan Sekolah PPD Sepang Bil 3/2015
Kali pertama Tn Hj Khairi bin Bidin mempengerusi mesyuarat bersama Guru Besar dan Pengetua. Mesyuarat berlangsung di Bilik Gemilang Puri, 10 Disember 2015
7.12.15
Mesyuarat Penyelarasan Sekolah-sekolah Daerah Sepang 3/2015
Mesyuarat Penyelarasan Sekolah-sekolah Daerah Sepang 3/2015 akan diadakan pada 10 Disember 2015. Ini merupakan kali pertama para Guru Besar dan Pengetua daerah Sepang bermesyuarat dengan PPD yang baharu tuan Haji Khairi bin Bidin. Semoga mesyuarat berjalan lancar dan Sepang semakin maju di bawah kepimpinan beliau.
2.11.15
Selamat Datang Ke Daerah Sepang
24.10.15
Alhamdulillah! Punca Kuasa Yang Dinanti Akhirnya Tiba
Pada tahun 2015, setakat ini terdapat dua perkara yang menyebabkan sekolah keliru tentang bilangan hari persekolahan yang telah mereka lalui. Perkara tersebut ialah:
1- cuti pada minggu pertama kerana banjir 2- cuti yang diberikan akibat jerebu.
Menurut Peraturan Pendidikan 1998, setiap sekolah wajib bersekolah sekurang-kurangnya 190 hari dalam setahun kalender persekolahan. Dalam peraturan ini, ia menggunakan istilah Hari Sekolah yang jelas berbeza dengan hari bekerja.
6. Hari sekolah.
- Hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada satu ratus sembilan puluh hari.
- Guru besar atau pengetua hendaklah mengadakan hari ganti jika dia mendapati bahawa hari sekolah bagi sekolahnya adalah kurang
Berdasarkan surat pemakluman yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, ia dengan jelas menyatakan "Walaupun sekolah ditutup pada hari yang berkaitan, namun hari tersebut masih dikira sebagai hari bekerja/hari persekolahan dan tidak perlu diganti." Maka dengan sendirinya semua cuti sekolah yang diberikan bersempena dengan bencana jerebu ini:
- dikira sebagai hari sekolah.
- tidak perlu diganti (ini berikutan dalam Peraturan 10 (2) terdapat arahan ".... dan hari yang sekolah itu ditutup hendaklah diganti dengan hari yang lain."
Setelah sekian lama kekaburan di pihak sekolah mengenai bilangan hari persekolahan yang telah dilalui masing-masing
Sila baca posting ini untuk melihat missing linknya https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibTEuggicbc4xhG1oSnOqGCKO4GZV1vqb7KD1pDRd4QKbSXz6VSVccWg5NwuNSjn7MAoJvh-hPbf2tS3YvlZPUbWUp-FkZQQjiJX1d-UIvA3QiG8gflPaz2p12JDc8blkU-ycnsKLlvWc/s1600/FullSizeRender-789179.jpg
Sent from my iPhone
4.10.15
Sekolah Seluruh Selangor Ditutup Pada 5 & 6 Oktober 2015
Berikutan masalah jerebu yang semakin tebal melanda negara, Menteri Pendidikan telah mengarahkn semua sekolah di beberapa negeri termasuk Selangor ditutup pada 5 dan 6 Disember 2015.
Semua murid, guru, kakitangan bukan guru dan pentadbir terbabit dengan penutupan sekolah ini. Walau bagaimanapun kakitangan swasta Kebersihan Bangunan dan Kawalan Keselamatan berkerja seperti biasa. Cuti ini tidak perlu diganti.
Semua murid, guru, kakitangan bukan guru dan pentadbir terbabit dengan penutupan sekolah ini. Walau bagaimanapun kakitangan swasta Kebersihan Bangunan dan Kawalan Keselamatan berkerja seperti biasa. Cuti ini tidak perlu diganti.
28.9.15
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENGGAL, HARI DAN CUTI SEKOLAH) 1998*
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(PENGGAL, HARI DAN CUTI SEKOLAH)
1998*
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
1. Nama dan mula berkuat kuasa.
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 21 Mei 1998.
2. Pemakaian.
Peraturan-Peraturan ini adalah terpakai bagi sekolah keraiaan dan sekolah bantuan kerajaan.
3. Tafsiran.
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
- “guru besar” atau “pengetua” ertinya pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan untuk mengurus sekolah;
- “cuti peristiwa” ertinya hari yang tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah;
- “hari ganti” ertinya hari yang pendidikan hendaklah dijalankan di sekolah bagi menggantikan hari yang pendidikan tidak dapat dijalankan atas apa-apa sebab yang diluluskan oleh Pendaftar.
4. Kaedah-kaedah penggal sekolah.
Kaedah-kaedah penggal sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah mendapat kelulusan Menteri.
5. Cuti.
Sekolah hendaklah menurut semua Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Am Negeri yang diwartakan bagi negeri di mana terletaknya sekolah itu, yang jatuh pada hari sekolah semasa penggal sekolah.
6. Hari sekolah.
- Hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada satu ratus sembilan puluh hari.
- Guru besar atau pengetua hendaklah mengadakan hari ganti jika dia mendapati bahawa hari sekolah bagi sekolahnya adalah kurang dan satu ratus sembilan puluh hari.
7. Cuti peristiwa.
- Guru besar atau pengetua dengan kelulusan Pendaftar, boleh memilih hari tertentu sebagai cuti penistiwa yang hendaklah tidak melebihi empat hari bagi mana-mana satu tahun.
- Cuti peristiwa itu tidak boleh diambil bagi maksud melanjutkan cuti penggal sekolah.
8. Daftar kehadiran murid.
- Kehadiran murid ke sekolah semasa hari sekolah hendaklah direkodkan dalam daftar kedatangan murid pada setiap hair yang murid itu hadir.
- Nama murid yang telah bertukar atau berhenti sekolah hendaklah dibatalkan dari daftar itu pada hujung sesuatu bulan yang berkenaan.
- Guru besar atau pendaftar boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap seseorang murid yang gagal hadir sekolah bagi tempoh tiga hari berturut-turut tanpa apa-apa sebab munasabah.
9. Pemberitahuan cuti.
Guru besar atau pengetua hendaklah memberitahu ibu bapa murid secara bertulis mengenai hari ganti, cuti penggal sekolah dan cuti peristiwa.
10. Kuasa menutup sekolah.
- Guru besar atau pengetua mempunyai kuasa untuk menutup sekolah bagi suatu tempoh tertentu jika berlaku darurat atau bencana alam.
- Penutupan sekolah di bawah subperaturan (1), hendaklah diberitahu kepada Pendaftar secara lisan dan bertulis dengan seberapa segera yang praktik dan hari yang sekolah itu ditutup hendaklah diganti dengan hari yang lain.
Dibuat 8 April 1998
**Nota:
Menteri mengeluarkan Peraturan di atas berikutan kuasa yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) seperti yang berikut (rujuk yang bertanda merah):
BAHAGIAN XIII
PERATURAN-PERATURAN
130. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan.
- Tanpa menjejaskan kuasanya untuk membuat peraturan-peraturan di bawah mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, Menteri boleh membuat peraturan peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
- Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan dalam subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut:
(a) penerimaan masuk murid ke institusi pendidikan, penyimpanan daftar murid di institusi pendidikan itu, had umur dan syarat yang membolehkan murid dikekalkan belajar di sesuatu institusi pendidikan atau di dalam mana-mana kelas di institusi pendidikan itu;
(b) tempoh penggal institusi pendidikan, hari dan waktu murid hendaklah hadir di institusi pendidikan itu dan hari yang hendaklah dijadikan hari cuti oleh semua institusi pendidikan atau mana-mana institusi pendidikan atau golongan institusi pendidikan yang ditentukan;
27.9.15
Penutupan Sekolah Pada 28.9.15 Berikutan Jerebu
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengarahkan semua sekolah di Selangor ditutup pada Isnin, 28 September 2015 berikutan bacaan IPU menunjukkan Tidak Sihat (IPU 101-200) dan Sangat Tidak Sihat (IPU 201-309)
25.9.15
1.9.15
Selamat Bertukar
Mulai 1 September 2015, Tuan Haji Mat Jah bin Roslan akan bertukar ke PPD Hulu Langat. Beliau berkhidmat di Sepang sejak tahun 2011 apabila bertukar dari PPD Hulu Selangor. Sudah pasti cabaran yang lebih besar akan beliau hadapi memandangkan PPD Hulu Langat merupakan antara PPD yang mempunyai bilangan sekolah yang terbanyak di Selangor. Namun berdasarkan kebolehan dan pengalaman beliau, MGB Sepang percaya beliau mampu membawa PPD Hulu Langat ke tahap yang lebih tinggi.
Menerima surat pertukaran dari Pengarah Pendidikan Selangor |
Selamat maju jaya dan terima kasih atas segala-galanya.
UPSR 2015
UPSR pada tahun 2015 ini merupakan calon terakhir yang menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mulai tahun 2016, calon UPSR adalah di kalangan mereka yang belajar menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
Seramai 455,929 calon akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini yang akan diadakan selama tiga hari mulai 8 hingga 10 September ini. Daripada jumlah tersebut 446,511 calon terdiri daripada calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 9,418 pula merupakan calon sekolah swasta.
Sebanyak 8,134 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 49,655 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadual. Lembaga peperiksaan juga turut mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan, menurut kenyataan itu.
MGB Sepang mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada calon UPSR 2015. Semoga dipermudahkan dan memperoleh kejayaan.
MGB Sepang mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada calon UPSR 2015. Semoga dipermudahkan dan memperoleh kejayaan.
30.8.15
Selamat Bersara Pn. Hajah Kamaliah bt. Osman Palil
Tarikh 28 Ogos 2015 telah diadakan majlis persaraan Guru Besar SK (A) Bukit Bangkong Pn. Hajah Kamaliah binti Osman Palil di sekolahnya. Beliau akan mengakhiri tugas dalam perkhidmatan awam Malaysia pada 31 Ogos 2015 (Isnin) yang merupakan hari ulang tahun kemerdekaan negara kita kali ke-58. Beliau yang dilahirkan di Selangor pada hari negara kita diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957 bersara pada usia 58 tahun.
Selamat bersara Pn. Hajah Kamaliah. Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan keceriaan berpanjangan hingga ke akhir hayat.
27.8.15
Melawat YB Shahrum di Hospital
Dengan diketuai oleh Timbalan Pengerusi MGB Sepang En. Kamsani Sahlan, seramai lima orang anggota MGB Sepang telah menziarahi YB Tuan Shahrum Dato' Haji Mohd. Sharif di Pusat Pakar UKM, Hospital Canselor Tuanku Muhriz Cheras.
Didoakan semoga YB segera sembuh dan terus memberi khidmat bakti kepada rakyat.
Dari kiri: En. Sukimin, Pn. Hajah Wan Nor fadriah, Pn. Hajah Sa'diah, En. Kamsani dan Pn. Hajah Rohaidah |
Turut sama menziarahi YB ialah ADUN Kota Damansara Hajah Halimaton Saadiah Bohan |
Mesyuarat AJK MGB
Mesyuarat AJk MGB Sepang telah diadakan di Dewan Makan Sekolah Seri Puteri pada 25 Ogos 2015 bagi membincangkan persiapan Majlis Jasamu Dikenang 2015 yang akan diadakan pada 2 September 2015 di Nyonya Valley, Cyberjaya. Pada kali ini MGB akan meraikan persaraan En. Pat Yoon (SJKC Sin Min) dan Pn. Hajah Kamaliah bt. Palil Osman (SK Bukit Bangkong). Selain itu undang juga dipanjangkan kepada Guru Besar yang telah bertukar daerah iaitu Pn. Bijealetchumy, En. Quan, Pn. Teoh dan Pn. Ooi.
Taklimat Penggunaan Borang Baharu Khidmat Kawalan Keselamatan dan Kebersihan Bangunan
Taklimat tersebut telah diadakan di Sekolah Seri Puteri pada 25 Ogos 2015 (Selasa) kepada semua Guru Besar, Pengetua dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Ia disampaikan oleh Pn. Rashidah Mohd Rais
23.8.15
Menziarah En. Azwan Muhamad
Pada 21 Ogos 2015 MGB Sepang sempat membuat kunjungan ke rumah En. Azwan Muhamad di Dengkil yang baru menjalani pembedahan membuang apendiks. Beliau yang merupakan pegawai di Pusat Khidmat Wakil rakyat DUn Dengkil.
Semoga beliau segera sembuh.
3.8.15
Mesyuarat AJK MGB Daerah Sepang
Mesyuarat kali ini diadakan di SK Kota Warisan...
Semoga segala yang dirancang dapat dialksanakan dengan sebaik mungkin....
29.7.15
Jadual Waktu Peperiksan UPSR 2015
Hari & Tarikh
|
Masa
|
Kertas
|
Selasa
8 Sept 2015
|
08:15 - 09:05 pagi
|
011 Bahasa Melayu Pemahaman
|
10:05 - 11:20 pagi
|
012 Bahasa Melayu Penulisan
| |
12:20 - 01:00 tengah hari
|
015/2 Matematik Kertas 2
| |
Rabu
9 Sept 2015
|
8.15 - 9.15 pagi
|
015/1 Matematik Kertas 1
|
Khamis
10 Sept 2015
|
08:15 - 09:30 pagi
|
018 Sains
|
10:30 - 11:20 pagi
|
014/1 Bahasa Inggeris Kertas 1
| |
12:20 - 01:35 tengah hari
|
014/2 Bahasa Inggeris Kertas 2
| |
02:45 - 04:15 petang
|
013 Ujian Aptitud Tahun Enam
|
28.7.15
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 PPD Sepang
hari telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 peringkat PPD Sepangm di Institut Latihan Islam Malaysia, Bandar Baru Bangi.
Terdapat seramai 208 orang penerima dari sekolah rendah (SK, SJKT dan SJKC) dan sekolah menengah. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor Tuan Haji Mohd. Salleh Mohd Kassim yang mewakili Pengarah.
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 |
Ketibaan Timbalan Pengarah yang mewakili Pengarah Pendidikan |
Pengacara Majlis |
Pegawai Pendidikan Daerah Sepang Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan |
Timbalan Pengarah Pendidikan Tn. Hj. Mohd. Salleh Mohd Kassim |
Subscribe to:
Posts (Atom)