Perbincangan 'lantai bulat' yang santai
Majilis Guru Besar (MGB) Sepang dianggotai oleh 24 orang Guru Besar (GB) Sekolah Kebangsaan (SK), 7 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 8 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Ini bermakna MGB terbahagi kepada 3 iaitu MGB SK, MGB SJKC dan MGB SJKT. Namun ketiga-tiganya bergabung di bawah satu bumbung MGB Sepang yang mana secara automatiknya ia diketuai oleh Pengerusi MGB SK dan dibantu oleh dua orang Naib Pengerusi iaitu Pengerusi MGB SJKC dan Pengerusi MGB SJKT.
31.7.13
Perbincangan ringkas GB Sepang
Mesyuarat dan perbincangan tidak semestinya perlu diadakan di tempat formal. Sebaliknya ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan bila-bila masa jua. Contohnya, Guru-Guru Besar Daerah Sepang tadi telah mengadakan sedikit perbincangan rasmi setelah selesai menghadiri program PPD - Ikatan Kasih Ramadan (IKRAM) di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA. Perbincangan ini bertempat di sudut masjid tersebut bagi membincangkan beberapa perkara dan isu semasa...
15.7.13
PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DATA OPERASI GURU
Klik untuk ke laman wen e-Operasi |
PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DATA OPERASI GURU
Sistem Maklumat Guru Modul e-OPERASI telah dibuka untuk tujuan pengemaskinian di peringkat sekolah mulai 15 Julai 2013 hingga 31 Julai 2013. Maklumat Guru, Anggota Kumpulan Pelaksana, Murid, Kelas dan Penawaran Subjek Elektif perlu disemak dan dikemaskini.
Bagi guru yang telah berkahwin dimohon agar dapat melengkapkan maklumat berkaitan pasangan di Menu: Kemaskini Maklumat Guru - Maklumat Pasangan
TINDAKAN MAKLUM BALAS PENEMPATAN GURU (MPG_1)
Pengetua /Guru Besar yang telah menerima guru baharu lantikan tetap 1 Julai 2013 dikehendaki membuat tindakan di Maklumbalas Penempatan Guru Baharu sebelum 15 Julai 2013.
TINDAKAN MAKLUM BALAS PENEMPATAN GURU PERTUKARAN (MPG_2)
Pengetua /Guru Besar yang telah menerima guru bertukar 1 Julai 2013 dikehendaki membuat tindakan di Maklumbalas Penempatan Guru Pertukaran sebelum 15 Julai 2013.
11.7.13
JADUAL SETARA PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR NEGERI SELANGOR 2013
Tarikh :16, 17, dan 18 Julai 2013
Hari :Selasa, Rabu, dan Khamis
Berikut ialah jadual setara peperiksaan percubaan UPSR:
Tarikh
|
Perkara
|
Tempoh/Masa
| |
Selasa, 16 Julai 2013
|
Bahasa Melayu Pemahaman
|
50 minit
|
8.00 – 8.50
|
Bahasa Melayu Penulisan
|
1 jam 15 minit
|
9.15 – 10.30
| |
Matematik(Kertas 2)
|
40 minit
|
12.00 - 12.40
| |
Rabu, 17 Julai 2013
| |||
Matematik(Kertas 1)
|
1 jam
|
8.15 – 9.15
| |
Khamis, 18 Julai 2013
|
Sains
|
1 jam 15 minit
|
8.00 – 9.15
|
Bahasa Inggeris (Kertas 1)
|
50 minit
|
9.30 – 10.20
| |
Bahasa Inggeris (Kertas 2)
|
1 jam 15 minit
|
11.30 – 12.45
| |
8.7.13
Seminar Pendidikan Kebangsaan
Pada 5 dan 6 Julai 2013 (Jumaat) telah diadakan Seminar Pendidikan Kebangsaan anjuran Kongres Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia di Dewan Utama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
Sebanyak 4 kertas pendidikan dibentang dan dibahas. Tiga orang jemputan utama ialah Y.Bhg Dato' Haji Sufaat bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Ameruddin bin Adam Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Dato' Haji Omar bin Osman Presiden CUEPACS.
MGB Sepang yang dijemput untuk hadir pada 5 Julai 2013 diwakili oleh Pn. Hajah Rohaidah Mohd. Ali, Puan Hajah Noredzan bin A.Bakar dan En. Sukimin bin Juki.
Tuan Haji Ameruddin dan Datuk Haji Jemale Paiman |
Sebanyak 4 kertas pendidikan dibentang dan dibahas. Tiga orang jemputan utama ialah Y.Bhg Dato' Haji Sufaat bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Ameruddin bin Adam Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Dato' Haji Omar bin Osman Presiden CUEPACS.
MGB Sepang yang dijemput untuk hadir pada 5 Julai 2013 diwakili oleh Pn. Hajah Rohaidah Mohd. Ali, Puan Hajah Noredzan bin A.Bakar dan En. Sukimin bin Juki.
YDP MGB Selangor En. Abdul Aziz Mohamed turut hadir |
Selamat Bersara Pn. Chang Yok Mooi
Pada 5 Julai 2013 (Jumaat) berlangsung majis persaraan Guru Besar SJK (C) Dengkil Pn. Chang Yok Mooi. Beliau yang dilahirkan pada 7 Jun 1957 bersara pada usia 56 tahun. Majlis turut dihadiri Pengarah Pelajaran Negeri Selangor Tuan Haji Mahmud bin Karim dan Pegawai Pelajaran Daerah Sepang Tuan Haji Mat Jah bin Roslan.
Pengarah Pelajaran Negeri Selangor |
Menanam pokok sebagai tanda persaraan |
Wakil MGB tururt hadir |
Diiring keluar dengan menaiki kereta sport BMW berwarna merah |
Tarikh Sekolah Ganti Ekoran Penutupan Sekolah Kerana Jerebu
PENGUMUMAN
Bagi sekolah yang ditutup sehari, tarikh sekolah gantinya ialah pada Sabtu, 13 Julai 2013 dengan mengikut jadual waktu hari Isnin. Namun bagi sekolah yang ditutup lebih daripada sehari bolehlah mengikut tarikh yang diarahkan oleh jabatan ke atas daerah lain.
Sebagaimana yang dimaklumi sekolah-sekolah dalam daerah Sepang telah diarahkan ditutup pada 24 Jun 2013 (Isnin) lalu kerana indeks pencemaran udaranya berada di paras bahaya. Sehubungan itu Jabatan Pelajaran Selangor telahpun mengeluarkan jadual sekolah ganti seperti berikut:
Bagi sekolah yang ditutup sehari, tarikh sekolah gantinya ialah pada Sabtu, 13 Julai 2013 dengan mengikut jadual waktu hari Isnin. Namun bagi sekolah yang ditutup lebih daripada sehari bolehlah mengikut tarikh yang diarahkan oleh jabatan ke atas daerah lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)