Ini merupakan minit curai yang sempat dicatat semasa taklimat di PPD semalam.
- Antara negeri menggunakan e-GTukar sementara bagi permohonan antara dan dalam daerah masih menggunakan manual
- Semua User ID dan Password pengguna (6 hingga 16 aksara) dalam e-GTukar yang lalu telah diset semula. Oleh itu semua yang berkenaan perlu mendaftar semula
- Guru Besar, PK, PK HEM, PK Kokurikulum dam PK Petang perlu mendaftar sebagai pengesah. Walau bagaimanapun hanya seorang yang akan melakukan pengesahan mengikut hirarki jawatan.
- Tarikh penting:
1 – 5 September 2009
Guru Besar dan semua PK mendaftar sebagai pengesah. JPN akan menelefon mereka yang belm mendafar mulai 6.9.09
1-30 September 2009
Permohonan dibuka
1/9 – 2/10 2009
Proses pengesahan. Pemohon wajib serahkan cetakan borang kepada pengesah selewat-lewatnya pada 28.9.09
2 Oktober 2009
Penghantaran borang permohonan ke PPD
5 – 8 Oktober 2009
Proses penyemakan PPD & JPN
1 November 2009
Jangkaan keputusan
Catatan:
- Data yang digunakan ialah EMIS Julai 2009
- Guru LPBS & j-QAF sebelum tahun 2007 layak memohon
- Pemohon dan pengesah masih boleh membetulkan maklumat di dalam sistem sehingga 2 Oktober 2009
- Pemohon boleh membatalkan permohonan sebelum pengesahan dibuat. Jika pengesahan telah dibuat, pemohon perlu menulis surat ke JPN (u.p. Sekolah Rendah) melalui GB untuk dikeluarkan namanya dari sistem.
- Sekiranya permohonan telah diluluskan, pemohon tidak boleh menggunakan dokumen cetakan dari egTukar sebagai punca kuasa. Tunggu sehingga surat rasmi diterima.
- Sekiranya permohonan telah diluluskan, pembatalan tidak boleh dibuat.
- Semasa isi borang, untuk menulis tarikh mengajar mata pelajaran yang masih diajar hingga hari ini tuliskan sahaja sebagai "SEMASA"
- Hanya boleh pilih satu alasan dan pastikan ia adalah paling utama. Alasan sakit kronik hanya untuk pemohon, pasangan dan anak dan perlu sertakan surat akuan doktor.
- Syarat pertukaran
- Panduan pertukaran
- Guru-guru tidak layak
- Manual Pengguna Pemohon
- Manual Pengguna Pengesah
Permohonan Secara Manual:
1 – 15 September 2009
Permohonan pertukaran antara daerah
1-20 September 2009
Permohonan pertukaran dalam daerah
November 2009
Penempatan peringkat negeri
Tatacara permohonan:
- Pemohon perlu serahkan borang permohonan yang lengkap bersama-sama dokumen sokongan seperti surat kebenaran suami, sijil nikah, laporan polis, surat doktor dsb kepada urus setia.
- Urus setia menerima dan menyemak dokumen. Cop tarikh terima. Susun borang ikut muka surat kecuali muka surat 6 diletakkan sebagai muka hadapan. Semua dokumen sokongan di bahagian belakang.
- Asingkan borang dan surat iringan bagi guru-guru akademik biasa, agama (GPI, j-QAF) dan pendidikan khas. Surat dan borang hendaklah ditujukan dan dihantar kepada unit yang berkenaan di JPN. Di sekolah sepatutnya tidak ada sebarang borang yang tertinggal.
- Sekiranya pemohon tidak hantar salinan borang kepada pengesah, dalam surat iringan ke PPD hendaklah dijelaskan perkara ini.