- Petikan e-mel asal yang dikirimkan oleh PPD Sepang (ppdsepang@gmail.com, Mon, Nov 12, 2012 at 9:18 AM)
Majilis Guru Besar (MGB) Sepang dianggotai oleh 24 orang Guru Besar (GB) Sekolah Kebangsaan (SK), 7 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 8 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Ini bermakna MGB terbahagi kepada 3 iaitu MGB SK, MGB SJKC dan MGB SJKT. Namun ketiga-tiganya bergabung di bawah satu bumbung MGB Sepang yang mana secara automatiknya ia diketuai oleh Pengerusi MGB SK dan dibantu oleh dua orang Naib Pengerusi iaitu Pengerusi MGB SJKC dan Pengerusi MGB SJKT.
12.11.12
E-mel dari PPD: Penempatan Tingkatan 1 2013
Salam Sejahtera. PERHATIAN PK HEM. Berita terkini untuk penempatan TINGKATAN 1. Jika ada diantara murid yang mahu bertukar sekolah dalam daerah,luar daerah dan luar negeri mohon arahkan pelajar ini ke sekolah menengah yang ditempatkan untuk membuat urusan.RAYUAN juga dilakukan di sekolah menengah murid itu ditempatkan. Selepas ini sekolah rendah tidak terlibat lagi dengan pertukaran/rayuan murid. Teima Kasih .Selamat bercuti.Happy Deepavali ISMAIL HUSIN PPD MENENGAH (MURID)
29.10.12
Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh
Semua Guru Besar diminta membuat pengesahan permohonan murid-muridnya ke SBP selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2012 (Rabu).
Mungkin ramai yang terlupa alamat laman web untuk melakukannya sila klik pautan tersebut di sini.
Kepada ibubapa yang masih belum memohon, sila klik di sini. Kepada ibubapa, pastikan hanya memilih satu SBP. Sememangnya selagi Guru Besar belum membuat pengesahan, tuan/puan boleh mengubah pilihan tersebut. Walau bagaimanapun perlu diingat walau seberapa banyak sekalipun kita memasukkan nama SBP di dalam sistem ini namun hanya satu SBP yang kekal iaitu sekolah terakhior yang dipilih. Elakkan daripada membazir kertas untuk mencetak.
Sebagai rujukan, berikut ialah kiriman e-mel daripada PPD dan JPN sebagai peringatan bersama:
[sekolah:2

| Oct 25 (4 days ago)![]() | ![]() ![]() | ||
| ||||
Malay
English
Translate message
Turn off for: Malay
Assalamulaikum, Selamat Hari Raya Aidil Adha,semoga sihat sejahtera.Setelah semakan dilakukan ( pada 25 Oktober) masih terdapat lagi sekolah yang masih belum mengemaskini maklumat akademik pelajar.Kegagalan ini akan menyebabkan pihak GB atau PK HEM tidak boleh mengesahkan permohonan.Adalah dikhuatiri talian akan mengalami kesesakan jika dilakukan pada saat akhir. Pihak pentadbir boleh mengesahkan dengan menggunakan no kad pengenalan dan katalaluan gurubesar jika belum ditukar.. Kerjasama amat diperlukan untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Maaf zahir dan Batin .ISMAIL HUSIN PPPD MENENGAH MURID..Terima kasih
[sekolah:2 24] Pengesahan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan
Inbox
x
Inbox
|
Oct 23 (6 days ago)
![]() | ![]() ![]() | ||
| ||||
Salam 1Malaysia,
Tuan,
Untuk makluman pengesahan permohonan murid ke sekolah berasrama penuh dan sekolah kawalan boleh dibuat dengan menggunakan:
ID
: Kad Pengenalan Guru Besar/Pengetua
Password
: gurubesar/pengetua
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
Hajah Shamsul Bahriah binti Bahardin
Penolong Pengarah Kanan (Projek Khas/SBP/Kluster)
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pelajaran Selangor
Kementerian Pelajaran Malaysia is fully Exchange 2010
9.10.12
Guru: Kesan Kualiti Seorang Guru
Pada
tahun 2011, Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Kementerian Pengajian
Tinggi telah menjalankan kajian kualitatif tentang pengajaran guru. Daripada
pemerhatian terhadap 125 pengajaran di 41 buah sekolah di seluruh Malaysia,
didapati bahawa hanya 12% daripada pengajaran disampaikan pada standard yang
tinggi, iaitu melaksanakan lebih banyak amalan terbaik pedagogi,
manakala
38% lagi berada pada standard yang memuaskan. Sebaliknya, 50% daripada
pemerhatian kajian menunjukkan bahawa pengajaran yang disampaikan tidak
memuaskan. Pengajaran tidak menarik minat murid sepenuhnya apabila guru lebih
bergantung pada kaedah syarahan yang pasif dalam menyampaikan kandungan mata pelajaran.
Guru lebih berhasrat untuk memastikan murid memahami kandungan asas mata
pelajaran untuk tujuan pentaksiran sumatif daripada menerapkan kemahiran
berfikir aras tinggi. Sebagai contoh, murid lebih berkemungkinan diuji
keupayaan mengingati fakta (70% daripada semua pemerhatian pengajaran)
berbanding menganalisis dan menginterpretasi data (18%), atau mensintesis
maklumat (15%).
Persepsi
tentang takrifan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti antara pihak
sekolah dengan JNJK didapati berbeza. Sebagai contoh, 63% sekolah menyatakan
amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah Baik atau Cemerlang,
berbanding penaziran JNJK yang menyatakan hanya 13% daripada sekolah mencapai
tahap tersebut. Gabungan kedua-dua data ini menunjukkan bahawa lebih banyak
usaha diperlukan bagi meningkatkan kemahiran pedagogi guru sedia ada untuk
memastikan mereka dapat menyampaikan pengetahuan dan kemahiran baharu yang
dihasratkan.
Petikan daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025
Bab 5 Guru dan Pemimpin Sekolah
PPPM 2013-2025: Kemahiran Khusus Setiap Murid
Pengetahuan:
Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai kemahiran literasi
dan numerasi. Selain itu, adalah penting
bagi setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains.
Murid juga perlu didedahkan dengan pengetahuan am yang menyeluruh tentang
Malaysia, Asia dan dunia menerusi mata pelajaran Sejarah, Kemanusiaan dan
Geografi. Murid juga digalakkan untuk menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang
lain seperti Seni, Muzik dan Sukan.
Kemahiran Berfikir: Setiap murid belajar cara untuk memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan murid menghubungkan pelbagai disiplin ilmu. Lebih penting lagi, dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, mereka mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah, penaakulan dan pemikiran kreatif dan inovatif. Dalam sistem pendidikan, bidang ini kurang diberi perhatian menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kreatif di luar konteks akademik.
Kemahiran Memimpin: Dalam dunia yang saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan bukan formal, bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.
Kemahiran Dwibahasa: Setiap kanak-kanak menguasai sekurang-kurangnya bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan, serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komuniksai antarabangsa. Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid untuk mempelajarai bahasa lain sebagai bahasa tambahan.
Etika dan Kerohanian: Sistem pendidikan akan menyediakan pengalaman kepada setiap kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran yang bakal ditempuhi ketika dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang pada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.
Identiti Nasional: Identiti nasional yang kukuh terikat dengan prinsip Rukunegara yang diperlukan untuk kejayaan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti nasional yang sebenar, semangat kukuh cintakan tanah air diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya melalui belajar memahami, tetapi juga menerima serta menghayati hakikat kepelbagaian.

26.9.12
e-Mel dari JPN: Pengesahan Permohonan Pertukaran Guru Melalui Sistem e-GTukar sesi Januari 2013
e-Mel dihantar pada 25 September 2012 jam 5:46 PM dengan tajuk
[sekolah:2 02] Pengesahan Permohonan Pertukaran Guru Melalui Sistem eG-Tukar sesi Januari 2012
Tuan,
PENGESAHAN PERTUKARAN GURU MELALUI SISTEM e-GTukar
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah menetapkan beberapa penambahbaikan untuk Pengetua dan Guru Besar membuat pengesahan permohonan guru melalui sistem e-GTukar bagi memenuhi keperluan Audit MS ISO. Di antaranya ialah:
- Pengetua/ guru besar mesti membuat ulasan di ruang ulasan
- Lampiran laporan polis hendaklah beserta dengan laporan siasatan polis
3. Tarikh akhir pengesahan permohonan pertukaran ini adalah pada 2 OKTOBER 2012. Sebarang masalah berkaitan pengesahan ini perlu merujuk ke PPD masing-masing atau JPN Selangor (Unit Rendah & Menengah) untuk bantuan.
4. Kegagalan untuk mengesahkan permohonan pertukaran guru akan menyebabkan surat tunjuk sebab dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM dikeluarkan kepada pihak sekolah. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amatlah kami hargai bagi melancarkan perjalanan proses pertukaran guru ini dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian dimaklumkan, terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya Yang Menurut Perintah,
Mohd Hanizzan bin Mohd Hanafiah
Penolong Pengarah Data & ABM (Menengah)
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pelajaran Selangor
24.9.12
Sudah PBSkah Kita?
Taklimat PBS di Masjid Putra, Putrajaya kepada guru-guru Tahun 1 dan 2 semua sekolah di Putrajaya.
Untuk memuat turun bahan persembahan, sila klik di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)