... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...
Showing posts with label Pemberitahuan. Show all posts
Showing posts with label Pemberitahuan. Show all posts

9.6.16

Menyemak Keputusan Peperiksaan Anak di Laman Web KPM

Para ibubapa/penjaga boleh menyemak keputusan peperiksaan anak masing-masing di laman web SAPS Kementerian Pendidikan dengan klik di sini.


Pengguna hanya perlu memasukkan no MyKid anak masing-masing, selain dari memilih Sekolah Rendah dan tahun 2016.

Selepas itu pilih jenis peperiksaan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Papar Slip Keputusan atau Papar markah Peperiksaan. Keputusan peperiksaan anak tuan/puan akan dipaparkan.  Untuk mencetak paparan tersebut anda hanya perlu klik pada butang/logo Cetak.

Pada Slip Keputusan ada dicatatkan Keputusan.  Untuk makluman, terdapat 5 jenis keputusan iaitu:
  1. Cemerlang
  2. Baik
  3. Memuaskan
  4. Mencapai Tahap Minimum
  5. Belum Mencapai Tahap Minimum
Bagi menentukan Kedudukan Dalam Kelas/Darjah, SAPS hanya mengambil kira mata pelajaran teras sahaja iaitu:

  1. Bahasa Melayu Pemahaman
  2. Bahasa Melayu Penulisan
  3. Bahasa Inggeris Pemahaman
  4. Bahasa Inggeris Penulisan
  5. Matematik
  6. Sains

Untuk mengetahui bagaimana kaedah SAPS memberi nombor kedudukan dalam kelas (KDK), bolehlah klik pautan di blog MGB Selangor.

23.1.16

Notis Mesyuarat Agung

Majlis Guru Besar Sepang akan mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-23 pada 28 Januari 2016 di Nilai Spring Golf Club, Nilai.  Sehubungan itu semua ahli dipersilakan hadir.  Borang usul boleh dimuat turun di sini.


27.9.15

Penutupan Sekolah Pada 28.9.15 Berikutan Jerebu

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengarahkan semua sekolah di Selangor ditutup pada Isnin, 28 September 2015 berikutan bacaan IPU menunjukkan Tidak Sihat (IPU 101-200) dan Sangat Tidak Sihat (IPU 201-309)




1.9.15

UPSR 2015


UPSR pada tahun 2015 ini merupakan calon terakhir yang menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mulai tahun 2016, calon UPSR adalah di kalangan mereka yang belajar menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

Seramai 455,929 calon akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini yang akan diadakan selama tiga hari mulai 8 hingga 10 September ini. Daripada jumlah tersebut 446,511 calon terdiri daripada calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 9,418 pula merupakan calon sekolah swasta.



Image result for upsr



Sebanyak 8,134 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 49,655 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadual. Lembaga peperiksaan juga turut mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan, menurut kenyataan itu.

MGB Sepang mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada calon UPSR 2015.  Semoga dipermudahkan dan memperoleh kejayaan.

30.12.14

PERINGATAN MESRA PENGURUSAN GURU SEKOLAH RENDAH BAGI PERSEDIAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015

1.9.14

Permohonan Pertukaran Guru Mula Dibuka

Permohonan pertukaran guru Januari 2015 antara negeri, antara daerah dan dalam daerah telahpun dibuka mulai 1 September 2014 sehingga 30 September 2014.  Sehubungan itu urusan pengemasankinian eOperasi di peringkat sekolah dibekukan sepanjang tempoh tersebut bagi memberi laluan kepada e-gTukar. 


 e-gTukar

Walaupun baru dibuka hari ini, statistik pada pukul 12.30 p.m. menunjukkan telah banyak permohonan dikemukakan


6.4.14

HEBAHAN KEPADA PPP GRED DG29, DG32, DG34 DAN DG38 YANG MEMILIKI KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA DAN MEMOHON KEPADA SPP UNTUK DILANTIK SEBAGAI PPP GRED DG41 TETAPI BELUM DIPANGGIL TEMU DUGA ATAU YANG MEMOHON PENGECUALIAN TEMU DUGA DI BAWAH PEK.SPP BIL.1/2013


Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 40 Tahun 2013 bertajuk “Penggabungan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma” dilaksanakan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014. Selaras dengan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan tersebut oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), SPP ingin memberi pernyataan berikut:

Mulai 1 Januari 2014, SPP tidak lagi melaksanakan pelantikan ke Gred DG41 bagi PPP Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda semasa dalam perkhidmatan mereka.

Sehubungan itu, PPP Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang telah:
  1.  memohon kepada SPP untuk dilantik sebagai PPP Gred DG41 tetapi belum ditemu duga; atau
  2. memohon pengecualian temu duga di bawah Pekeliling SPP Bilangan 1 Tahun 2013 
adalah terbatal permohonan mereka. PPP tersebut hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Ketua Jabatan kepada KPM untuk pertimbangan kenaikan pangkat ke Gred DG42.

Oleh itu Pekeliling SPP Bilangan 1 Tahun 2013 adalah tidak terpakai.

Dipetik dari laman web SPP.

19.3.14

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

18 March 2014
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.
PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).
Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.
Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah  pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah  pada sesi persekolahan tahun 2012.
Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.
Ini adalah kerana guru-guru  menyatakan bahawa mereka  dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS.
Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam penambahbaikan PBS.
Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru-guru  untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.

Isu-isu pelaksanaan PBS
Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru, didapati terdapat tiga isu utama  berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.

Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak.   
Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.
Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut.
Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.
Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit.
Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru.

Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama.

Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.   
Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.
Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study). 
Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.
Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.

PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.

Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.
Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran guru memeriksa jawapan murid.

Penambahbaikan PBS akan di laksanakan mulai April 1.

13.3.14

Tindakan Pihak Sekolah Menangani Fenomena Jerebu 2014



Dengan bacaan berada pada 175,  bermakna sekolah masih boleh dibuka namun tiada sebarang aktiviti kokurikulum dan aktiviti luar bilik darjah yang dibenarkan.

26.11.13

Pemilihan Guru Besar

 Pautan ke ePangkat

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan syarat baharu pemilihan Pengetua dan Guru Besar (PGB) selaras dengan aspirasi Anjakan Kelima, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah.
Tarikh kuatkuasa syarat baharu PGB adalah mulai tahun 2014. Urusan pemangkuan bagi pengisian jawatan PGB merupakan urusan khusus dan dilaksanakan melalui Modul Penggantiaan Pemimpin Sekolah (MPPS) di bawah Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat).

Berikut ialah dua surat yang berkaitan telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan:
  1. Syarat Baharu Pemilihan Pengetua dan Guru Besar bertarikh 12 November 2013
  2. Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) ke Gred DGA34 dan Gred DGA32 bagi Mengisi Jawatan Guru Besar Tahun 2014 di Kementerian Pendidikan Malaysia Melalui Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) bertarikh 14 November 2013
URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) KE GRED DGA34 DAN GRED DGA32 BAGI MENGISI JAWATAN GURU BESAR TAHUN 2014 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MELALUI SISTEM KENAIKAN PANGKAT (ePANGKAT)
Dimaklumkan bahawa pemangkuan pemangkuan PPPLD Gred DGA32 ke Gred DGA34 dan Gred DGA29 ke Gred DGA32 (Bidang Umum, Cina dan Tamil) bagi mengisi kekosongan jawatan Guru Besar di Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2014 berikut:
Syarat-syarat Umum:
 
1.Telah disahkan dalam perkhidmatan (bagi urusan pemangkuan ke Gred DGA32 sahaja
2.mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sebanyak 85% berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terkini (2010, 2011 dan 2012);
3.Bebas dari tindakan tatatertib;
4.Telah mengisytiharkan harta;
5.Lulus tapisan keutuhan SPRM
6.Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
7.Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
 
Syarat-syarat Khusus:
1.Telah dinaikkan pangkat ke Gred DGA32 atau sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Gred DGA29;
2.Mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu :
(a) Bidang Umum; atau
(b) Bidang Cina; atau
(c) Bidang Tamil 
3.Lulus Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) atau Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH);
4.Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Bidang / Penolong Kanan / jawatan-jawatan pentadbiran di PPD / JPN / Bahagian / IAB / IPG / KM;
5.Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun tempoh perkhidmatan sebelum bersara; dan
6.Melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2013
 
Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ke Gred DGA34 dan ke Gred DGA32 ini hendaklah memohon melalui Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) di bawah Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) di http://apps2.moe.gov.my/tls/login.php

15.7.13

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DATA OPERASI GURU




Klik untuk ke laman wen e-Operasi


PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DATA OPERASI GURU
Sistem Maklumat Guru Modul e-OPERASI telah dibuka untuk tujuan pengemaskinian di peringkat sekolah mulai 15 Julai 2013 hingga 31 Julai 2013. Maklumat Guru, Anggota Kumpulan Pelaksana, Murid, Kelas dan Penawaran Subjek Elektif perlu disemak dan dikemaskini.

Bagi guru yang telah berkahwin dimohon agar dapat melengkapkan maklumat berkaitan pasangan di Menu: Kemaskini Maklumat Guru - Maklumat Pasangan


TINDAKAN MAKLUM BALAS PENEMPATAN GURU (MPG_1)

Pengetua /Guru Besar yang telah menerima guru baharu lantikan tetap 1 Julai 2013 dikehendaki membuat tindakan di Maklumbalas Penempatan Guru Baharu sebelum 15 Julai 2013.


TINDAKAN MAKLUM BALAS PENEMPATAN GURU PERTUKARAN (MPG_2)
Pengetua /Guru Besar yang telah menerima guru bertukar 1 Julai 2013 dikehendaki membuat tindakan di Maklumbalas Penempatan Guru Pertukaran sebelum 15 Julai 2013.



11.7.13

JADUAL SETARA PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR NEGERI SELANGOR 2013

Tarikh    :16, 17, dan 18 Julai 2013
  Hari      :Selasa, Rabu, dan Khamis

Berikut ialah jadual setara peperiksaan percubaan UPSR:

Tarikh
Perkara
Tempoh/Masa
Selasa, 16 Julai 2013
Bahasa Melayu Pemahaman
50 minit
8.00 – 8.50
Bahasa Melayu Penulisan
1 jam 15 minit
9.15 – 10.30
Matematik(Kertas 2)
40 minit
12.00 - 12.40
Rabu, 17 Julai 2013



Matematik(Kertas 1)
1 jam
8.15 – 9.15



Khamis, 18 Julai 2013
Sains
1 jam 15 minit
8.00 – 9.15
Bahasa Inggeris (Kertas 1)
50 minit
9.30 – 10.20
Bahasa Inggeris (Kertas 2)
1 jam 15 minit
11.30 – 12.45




8.7.13

Tarikh Sekolah Ganti Ekoran Penutupan Sekolah Kerana Jerebu

PENGUMUMAN

Sebagaimana yang dimaklumi sekolah-sekolah dalam daerah Sepang telah diarahkan ditutup pada 24 Jun 2013 (Isnin) lalu kerana indeks pencemaran udaranya berada di paras bahaya.  Sehubungan itu Jabatan Pelajaran Selangor telahpun mengeluarkan jadual sekolah ganti seperti berikut:



Bagi sekolah yang ditutup sehari, tarikh sekolah gantinya ialah pada Sabtu, 13 Julai 2013 dengan mengikut jadual waktu hari Isnin.  Namun bagi sekolah yang ditutup lebih daripada sehari bolehlah mengikut tarikh yang diarahkan oleh jabatan ke atas daerah lain.

25.6.13

Maklum Guru Jika Anak Tidak Hadir

Kepada ibubapa/penjaga yang anaknya tidak dapat hadir ke sekolah, diharap dapat memaklumkan kepada guru kelas anak masing-masing.

Berita Harian

Maklum guru jika anak tak hadir

Kuala Lumpur: Ibu bapa dibenar tidak menghantar anak ke sekolah jika bimbang kesihatan mereka berikutan jerebu yang melanda negara sekarang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak sekolah hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu. 
“Ibu bapa diminta merujuk kepada pihak sekolah, pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan status sekolah anak-anak mereka terutama di kawasan terlibat,” kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan dalam kenyataan di sini, semalam. 

Ibu bapa diminta merujuk kepada pihak sekolah, pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan status sekolah anak-anak mereka terutama di kawasan terlibat,” Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri

Sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka serta daerah Muar, Ledang dan Segamat di Johor, Port Dickson di Negeri Sembilan dan Kuantan di Pahang diarahkan tutup, semalam.

Muhyiddin berkata, walaupun sekolah dalam kawasan jerebu kritikal dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras bahaya ditutup, pelajar dinasihatkan supaya tidak mendedahkan diri di kawasan terbuka.

Awasi pergerakan anak

“Kerjasama ibu bapa perlu supaya dapat mengawasi pergerakan anak mereka sepanjang tempoh itu. 
“Pelajar juga dinasihatkan sentiasa memakai topeng hidung dan mulut serta minum banyak air, manakala pihak sekolah hendaklah merujuk pelajar tidak sihat ke klinik atau hospital berhampiran,” katanya. 

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan semasa jerebu untuk mengetahui status terkini jerebu di kawasan masing-masing. 

Katanya, semua pengarah pelajaran di setiap negeri hendaklah sentiasa mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihak berkuasa di peringkat masing-masing, mengenai keperluan penutupan sekolah serta pelaksanaan sebarang aktiviti membabitkan pelajar.