... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...
Showing posts with label LADAP. Show all posts
Showing posts with label LADAP. Show all posts

13.8.14

Kursus Penghasilan Bahan Persembahan Berkesan

Kursus Penghasilan Bahan Persembahan Berkesan

Objektif kursus:
1.     Memperoleh kemahiran membina persembahan visual - powerpoint
2.    Faham teknik dan proses dalam menyedia persembahan visual yang bermutu dan berkesan

3.    Merancang dan melaksanakan persembahan elektronik yang bermutu dengan menggunakan ICT bagi penyampaian yang berfokus dan berkesan

Lokasi: IAB Enstek

Tenaga Pengajar:




  1. Cik Faizatoen bt. Hji Zulkernain (Pengurus)
  2. Pn Hajah Rosmah Ab. Rani
  3. Pn Sharifah Nor Syed Abd Rahman

Seramai 20 orang Guru Besar/Penolong Kanan Sepang menghadiri Kursus Penghasilan Bahan Persembahan Berkesan di Institut Aminuddin Baki, Enstek.  Pendaftaran pada 11 Ogos dan kursus berlansung pada 12 hingga 14 Ogos 2014. Kursus ini hanya melibatkan Guru Besar dari daerah Sepang dan negeri Melaka.  Berikut ialah senarai Guru Besar daerah Sepang yang dipanggil untuk menhadiri kursus ini:
  1. En. Ishak Noh
  2. En. Pat Yoon
  3. En. Low Sze Kee
  4. Pn. Lim Swee Eng
  5. Pn. Ooi Gek Yian
  6. En. Zanuddin Sanuan
  7. En. Kamsani Sahlan
  8. En. Quan Seng Hin
  9. En. Mohd Rahman Rabingan
  10. Pn. Teoh Ai Theng
  11. Pn. Siti Habsah Ahmad - wakilkan Penolong Kanan En. Azmin
  12. En. Zahari Mohd. Noor - wakilkan Penolong Kanan
  13. Pn. Ana Liza Zainudin - wakilkan Penolon Kanan
  14. Pn. Hajah Rumiah Abdul Jalil
  15. Pn. Hajah Rohaidah Mohd Ali
  16. Pn. Hajah Noredzan Ab. Bakar
  17. Pn. Hajah Sa'diah Hussin
  18. Pn. Hajah Wan Nor Fadriah
  19. En. Sukimin Juki
  20. Pn. Rokiah Yaacob
En. Kamsani Sahlan telah diberi kepercayaan apabila dilantik menjadi penghulu sementara dan Pn. Kamariah dari Melaka pula bertindak sebagai penghuluwati.








1.11.13

Kunjungan Hormat Timbalan PPD Baru

Pada 1 November 2013, 3 AJK MGB En. Sukimin bin Juki, Pn. Hajah Rohaidah Mohd. Ali dan Pn. Hajah Noredzan A. Bakar  sempat membuat kunjungan hormat kepada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang yang baru, Tuan Haji  Mutalib bin Tomran.
Timbalan PPD Sepang

Beliau juga merupakan penasihat dan pegawai perantara bagi MGB dengan PPD.  Selain dari menyampaikan ucapan tahniah kepada beliau, sedikit perbincangan bagi mengadakan Program Pemantapan dan Pengukuhan PBS Daerah Sepang untuk semua guru besar dan Setiausaha PBS daerah Sepang telah dilakukan.  Persetujuan dicapai untuk mengadakannya pada 8 November 2013 di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.

24.9.12

Sudah PBSkah Kita?


Taklimat PBS di Masjid Putra, Putrajaya kepada guru-guru Tahun 1 dan 2 semua sekolah di Putrajaya.
Untuk memuat turun bahan persembahan, sila klik di sini.

19.9.12

Bahan Persembahan PBS

Ini ialah pautan bahan Taklimat PBS untuk Guru Besar Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan yang telah disampaikan oleh En. Sukimin bin Juki, Guru Besar SK Taman Putra Perdana pada 18 September 2012.

13.8.10

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam

Fakta 1
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 2005 menetapkan bahawa semua anggota perkhidmatan awam perlu menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun. Setiap anggota perlu menghadiri kursus anjuran Kementerian masing-masing untuk memenuhi keperluan ini.

Fakta 2
Mesyuarat Majlis Latihan Sektor Awam pada 18 Ogos 2008 bersetuju menggunapakai Blended approach yang mengkategorikan program latihan kepada tiga iaitu:
  1. Latihan - 6 jam berterusan bersamaan 1 hari dan minimum 2 hari setahun
  2. Sesi pembelajaran - 6 jam dikumpul bersamaan 1 hari dan terhad kepada 30 jam terkumpul iaitu bersamaan 5 hari
  3. Pembelajaran kendiri - maksimum 3 hari setahun iaitu bersamaan 3 pembentangan setahun

Kaedah ini tidak menghadkan latihan-latihan berbentuk face to face anjuran KPM. Buku log latihan hendaklah disediakan untuk setiap anggota.

Latihan berbentuk kursus, seminar dan bengkel anjuran Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan PPD yang dihadiri guru-guru boleh diambilkira untuk memenuhi dasar latihan 7 hari ini.

Kategori Latihan:

Latihan

  1. Kursus
  2. Seminar
  3. Konvensyen
  4. Bengkel/workshop
  5. Forum
  6. Simposium
  7. Kolokium
  8. Lawatan rasmi/korporat/sambil belajar
  9. Klinik kaunseling

Sesi Pembelajaran

  1. Sesi pembelajaran PTK
  2. Sesi pembelajaran di peringkat Kementerian/jabatan, bahagian, cawangan dan seksyen
  3. Sesi perkongsian ilmu di peringkat Kementerian/jabatan, bahagian, cawangan dan seksyen
  4. Program Executive Talk anjuran INTAN atau program seumpamanya
  5. Perhimpunan Bulanan Kementerian/jabatan, bahagian, cawangan dan seksyen
  6. Program penerapan nilai-nilai murni dan ceramah-ceramah khas pada bulan Ramadhan
  7. Program sambutan bulan-bulan Islam atau perayaan yang mengandungi ucapan/ceramah/forum
  8. Pertemuan mentor dan mentee
  9. Sesi perbincangan/perkongsian idea Pengurusan Tertinggi/Tetmu Jemputan Khas; pembentangan ketas kerja di seminar, konvensyen, simposium, persidaangan
  10. Sesi kaunseling persidangan
  11. Menyampaikan ceramah di dalam kursus/bengkel (Modul yang pertama kali dibentangkan atas tajuk yang sama saja diambil kira)

Pembelajaran Kendiri

  1. Penggunaan portal e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) - http://www.epsa.intan.my/
  2. Penggunaan portal e-Pembelajaran yang diiktiraf oleh Jabatan/Kerajaan
  3. Penggunaan Pangkalan Resipotori Ilmu Sumber Manusia (PRISMA-HRMIS)
  4. Pembacaan buku-buku ilmiah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (buku biasa/bentuk fizikal atau e-book) dan
  5. Pembacaan Jurnal Ilmiah/Laporan/Kajian dan lain-lain bahan ilmiah secara fizikal atau maya (virtual). Sebaiknya bahan yang ingin dibentangkan mendapat persetujuan pegawai penyelia

Pembelajaran Kendiri

  1. Pembacaan buku/bahan ilmiah
  2. Satu sesi pembentangan perlu diadakan diperingkat Kementerian/Jabatan, Bahagian, Cawangan atau Seksyen. Sesorang pegawai di peringkat sekurang-kurangnya Ketua Penolong Pengarah/KPSU atau Pegawai Pengesah Latihan (PSL) perlu hadir sebagai penyelia. Setiap pembentangan diiktriraf sebagai satu hari berkursus
  3. Pembelajaran kendiri terhad bersamaan 3 hari berkursus iaitu 3 kali pembentangan
  4. Pegawai yang mengikut kursus yang ditawarkan oleh EPSA mereka tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan bagi setiap modul. Pegawai yang telah mengikuti kursus dengan jayanya akan diiktiraf menghadiri kursus tertakluk kepada pihak penganjuur (INTAN)

Petikan dari http://www.nutp.org/malay/images/berita/dasar%20latihan.pdf

Ada maklumat terkini mengenai pengecualian pembentangan, tapi belum sempat nak kemaskini.....sori