... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...
Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

8.9.14

Selamat Berjaya Para Calon UPSR 2014



GURU BESAR - ARAHAN AM 

  1. Guru Besar hendaklah mengedarkan Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014 kepada semua calon.
  2. Guru Besar hendaklah memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014 sebelum peperiksaan.
  3. Guru Besar hendaklah menyemak bahan peperiksaan yang diterima menepati keperluan menjawab kertas peperiksaan yang ditawarkan di sekolah pada tahun semasa.
  4. Guru Besar hendaklah memastikan calon telah membaca dan memahami Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon LP/UPSR 19.
  5. Guru Besar hendaklah memberitahu Bahagian C: Calon – Arahan, Amaran, Larangan dan Peringatan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014 kepada calon sebelum calon masuk ke dewan/bilik peperiksaan.
  6. Guru Besar hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis (Cetakan 2010) dan Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan (Cetakan 2010).

Untuk mendapatkan siaran Lembaga Peperiksaan mengenai jadual peperiksaan UPSR sila klik sini.

Selamat menjawab

Kepada semua calon UPSR, didoakan semoga sihat walafiat dan selesa pada hari peperiksaan agar dapat menjawab dengan tenang dan yakin.  Selamat berjaya seperti yang diharap dan dicita-citakan.  Pastikan setelah berusaha, kita berdoa dan bertawakal agar kejayaan dapat diperoleh. 



8.7.13

Tarikh Sekolah Ganti Ekoran Penutupan Sekolah Kerana Jerebu

PENGUMUMAN

Sebagaimana yang dimaklumi sekolah-sekolah dalam daerah Sepang telah diarahkan ditutup pada 24 Jun 2013 (Isnin) lalu kerana indeks pencemaran udaranya berada di paras bahaya.  Sehubungan itu Jabatan Pelajaran Selangor telahpun mengeluarkan jadual sekolah ganti seperti berikut:



Bagi sekolah yang ditutup sehari, tarikh sekolah gantinya ialah pada Sabtu, 13 Julai 2013 dengan mengikut jadual waktu hari Isnin.  Namun bagi sekolah yang ditutup lebih daripada sehari bolehlah mengikut tarikh yang diarahkan oleh jabatan ke atas daerah lain.

29.10.12

Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh

Semua Guru Besar diminta membuat pengesahan permohonan murid-muridnya ke SBP selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2012 (Rabu).

Mungkin ramai yang terlupa alamat laman web untuk melakukannya sila klik pautan tersebut di sini.

Kepada ibubapa yang masih belum memohon, sila klik di sini.  Kepada ibubapa, pastikan hanya memilih satu SBP.  Sememangnya selagi Guru Besar belum membuat pengesahan, tuan/puan boleh mengubah pilihan tersebut.  Walau bagaimanapun perlu diingat walau seberapa banyak sekalipun kita memasukkan nama SBP di dalam sistem ini namun hanya satu SBP yang kekal iaitu sekolah terakhior yang dipilih. Elakkan daripada membazir kertas untuk mencetak.


Sebagai rujukan, berikut ialah kiriman e-mel daripada PPD dan JPN sebagai peringatan bersama:

ismail husin ismailhusin63@gmail.com
Oct 25 (4 days ago)
to sksungairawangskbukitbangkongSkskSKSkSKSkSKd.putraSKSkskbkttampoiskbbbsalakting.sktamanserojasktpsputrasktmnputraperd.SKskcyberjayaSKsktmnputraperd.SKsksungaimelut
 
Translate message
Turn off for: Malay
Assalamulaikum, Selamat Hari Raya Aidil Adha,semoga sihat sejahtera.Setelah semakan dilakukan ( pada 25 Oktober) masih terdapat lagi sekolah yang masih belum mengemaskini maklumat akademik pelajar.Kegagalan ini akan menyebabkan pihak GB atau PK HEM tidak boleh mengesahkan permohonan.Adalah dikhuatiri talian akan mengalami kesesakan jika dilakukan pada saat akhir. Pihak pentadbir boleh mengesahkan dengan menggunakan no kad pengenalan dan katalaluan gurubesar jika belum ditukar.. Kerjasama amat diperlukan untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Maaf zahir dan Batin .ISMAIL HUSIN PPPD MENENGAH MURID..Terima kasih

[sekolah:224] Pengesahan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan
Inbox
x

Shamsul Bahriah Bahardin sbahriah.bahardin@moe.gov.my
Oct 23 (6 days ago)
to sekolah
Salam 1Malaysia,

Tuan,

Untuk makluman pengesahan permohonan murid ke sekolah berasrama penuh dan sekolah kawalan boleh dibuat dengan menggunakan:

ID : Kad Pengenalan Guru Besar/Pengetua
Password : gurubesar/pengetua

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Hajah Shamsul Bahriah binti Bahardin
Penolong Pengarah Kanan (Projek Khas/SBP/Kluster)
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pelajaran Selangor
Kementerian Pelajaran Malaysia is fully Exchange 2010

7.11.11

e-SSPeL: E-mel ke semua sekolah di Selangor

  1. Semua sekolah, pejabat pelajaran dan setiap sektor di JPN Selangor adalah diminta agar memasukkan semua maklumat latihan/kursus yang telah dijalankan oleh organisasi masing-masing pada tahun 2011 ke dalam e-SSPeL. Ia perlu dilakukan oleh Setiausaha LADAP masing-masing di bahagian menu Kursus (ol-in). Tatacara melaksanakanya boleh diperolehi dengan memuat turun manual pengguna di sini. Walau bagaimanapun Pengetua/Guru Besar atau mana-mana Penolong Kanan perlu terlebih dahulu memasuki aplikasi ini dan melantik SU LADAP. Aplikasi e-SSPeL boleh diakses di sini. Sila lihat manual pengguna Manual RIngkas eSSPeL - GB.GPK-31 okt-newManual RIngkas eSSPeL - GB.GPK-31
  2. Selain itu, semua warga pendidikan sama ada pegawai, guru mahupun kakitangan bukan guru pula perlu mengemaskinikan rekod sejarah tempat bertugas di Profil Perkhidmatan dan rekod kursus yang dihadiri sebelum tahun 2011 di Kursus Lalu.
  3. Setiap individu telah disediakan akaun e-SSPeL. Ia menggunakan nombor kad pengenalan (12 digit) sebagai ID Pengguna dan <rujuk pengetua/gb> sebagai Kata Laluan awal. Sila log masuk dan tukar Kata Laluan ini.
  4. Sebagai permulaan, setiap individu perlu melakukan 5 perkara dalam aplikasi ini iaitu menukar Kata Laluan, mengisi/mengemas kini alamat e-mel peribadi (pada Profil Diri), mengisi Kompetensi, mengemas kini/menambah Profil Perkhidmatan dan mengisi Kursus Lalu. Sila lihat manual penggunanya di Panduan Umum -30 okt (1)Panduan Umum -30 okt (1)
  5. Di sekolah, aplikasi ini mengenali Pengetua/Guru Besar dan semua Penolong Kanan secara automatik. Setiap pentadbir diberi peranan oleh sistem seperti berikut:
    1. Ketua Jabatan (KJ) - Pengetua/Guru Besar
    2. Tim. Ketua Jabatan (TKJ) - Penolong Kanan Pentadbiran
    3. Naib Ketua Jabatan (NKJ) - semua Penolong Kanan yang lain
  6. Di samping melakukan perkara (4) di atas, sebagai KJ/TKJ/NKJ perlu melakukan dua perkara lagi iaitu:
    1. Melantik SU LADAP
    2. Memasukkan alamat website organisasi di menu Selenggara>Website Organisasi
  7. KJ/TKJ/NKJ perlu melantik SU LADAP. Ia boleh dilakukan dengan mudah di menu Sistem>Lantik SU dengan menanda pada nama yang dipilih. SU LADAP boleh dilantik lebih daripada seorang. Terpulang kepada kreativiti pihak sekolah masing-masing. Sebagai permulaan lantiklah lebih dari seorang untuk mempercepatkan urusan pengisian maklumat kursus 2011 di Kursus (ol-in). Untuk membatalkan lantikan, hanya perlu hilangkan tanda pada nama yang berkenaan di menu yang sama.
  8. Setiap maklumat di Kursus Lalu, KJ/TKJ/NKJ perlu menyemak dan mengesahkannya di menu Semak & Sah>Kursus Lalu. Tugas menyemak dan mengesah perlu dilakukan oleh orang yang berbeza bagi menjaga integriti. Dapatkan salinan sijil asal bagi tujukan semakan dan pengesahan. Elakkan salinan fotostat sebagai tanda kita sama-sama menyokong kempen Selamatkan bumi ini. Sahkan hanya kursus yang bersijil.
  9. KJ/TKJ/NKJ dan SU LADAP boleh menyemak maklumat lengkap sama ada seseorang itu cukup atau tidak bilangan harinya berkursus atau perincian kursus yang telah diikuti dengan mudah di Laporan>Bil. Hari Berkursus
  10. KJ/TKJ/NKJ boleh memanfaatkan penggunaan Pengumuman. Pengumuman hanya akan ditayangkan apabila ditanda pada kotak papar. Warna fon tulisan akan berwarna merah sekiranya dikategorikan sebagai Urgent. Pengumuman hanya dapat dilihat di Laman Depan yang dipaparkan secara scroll up. Pergerakannya boleh dihentikan dengan melakukan mouse over (meletakkan pointer tetikus pada pengumuman tersebut)
  11. Jabatan Pelajaran boleh memaparkan pengumumannya di laman e-SSPeL sekolah dan PPD.
  12. Untuk urusan bertukar keluar, bersara, dipinjamkan dan sebagainya, sila gunakan fungsi KeMas di Selenggara>KeMas (Keluar/Masuk). Sekolah asal perlu mengeluarkannya sebelum sekolah yang menerima boleh mengambilnya masuk. Sediakan surat arahan agar semua maklumat yang diperlukan dalam menu tersebut dapat diisi. Semua rekodnya akan dipindahkan ke sekolah baru. Saling berhubung dan mengingatkan antara sekolah asal dan sekolah yang menerima.

Tindakan segera yang dicadangkan:
  1. Panjangkan e-mel ini kepada semua anggota di sekolah masing-masing
  2. Cetak dan tampal e-mel ini di sudut yang strategik
  3. Buat edaran pemakluman
  4. in-house training

Sebarang cadangan dan masalah, sila hantar e-mel ke ict-selangor@googlegroups.com. Jangan lupa menyertakan butir diri dan menerangkan butir perkara yang berkaitan dengan jelas untuk memudahkan pemahaman.

"Semoga kesusahan hari ini merupakan kesenangan hari esok"

1.11.11

e-SSPeL: Anywhere, anytime, anygadget

Aplikasi dalam talian Sistem Pengurusan Latihan Selangor atau dikenali sebagai e-SSPeL telah dibangunkan oleh pasukan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, EzSpex. Aplikasi ini dibangunkan dengan menyasarkan untuk membantu individu dan organisasi dalam merekod, menyemak dan menganalisis semua Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang telah dilalui. Di samping itu, Setiausaha LDP sesebuah organisasi sudah pasti memerlukan aplikasi ini bagi membantu meringankan beban tugas mereka.

Aplikasi dalam talian e-SSPeL ini telah mendaftarkan semua warga yang bertugas di organisasi pendidikan dalam negeri Selangor di bawah tadbiran Kementerian Pelajaran meliputi semua guru, pegawai dan kakitangan bukan guru. Rekod yang dimasukkan ke dalam sistem ini diimport daripada data EMIS dan HRMIS. Setiap individu mempunyai akaun masing-masing dengan menggunakan nombor kad pengenalan (12 digit) sebagai ID Pengguna.

Pengguna hanya perlu mempunyai gajet yang boleh melayari internet (seperti PC, komputer riba, iPad dan telefon bimbit), capaian internet (Streamyx, wireless broadband, WiMax dsb) dan mempunyai akaun e-SSPeL. Ini membolehkan pengguna mencapai aplikasi ini anytime, anywhere, anygagjet.

Sering kali kita terkial-kial untuk menyediakan maklumat lengkap berkaitan tempat perkhidmatan dan kursus yang telah kita jalani. Kita memerlukan masa untuk mendapatkan fail, memilih yang perlu dan menyenaraikannya. Kini dengan e-SSPeL masalah tersebut dapat dielakkan atau diminimumkan. Begitu juga dengan organisasi apabila diminta membuat dan menghantar analisis latihan dalam perkhidmatan ahli-ahlinya maka sudah pasti kebiasaannya akan menyesakkan dada Setiausaha LDP.

Antara perkara-perkara yang e-SSPeL lakukan untuk kegunaan individu:
  1. Menyimpan sejarah tempat bertugas sejak mula berkhidmat
  2. Merekod maklumat latihan yang pernah dihadiri serta memaklumkan latihan yang sedang dan akan dihadiri
  3. Mengira secara automatik bilangan hari berkursus
  4. Memaklumkan pengguna sekiranya dipilih menjadi pengurus, urus setia atau peserta kursus
  5. Sentiasa menunjukkan bilangan hari kursus yang telah dijalani dalam tahun semasa
  6. Boleh memasukkan ulasan buku (book review) sebagai ganti kursus untuk mengatasi ketidak cukupan bilangan hari berkursus dalam setahun
Setiausaha LDP mudah melaksanakan tugasnya apabila e-SSPeL membantu memberi panduan untuk:-
  1. menyediakan maklumat kursus yang ingin diadakan
  2. memilih pengurus dan urus setia kursus
  3. memilih penceramah dan menyediakan jadual kursus
  4. menyediakan
  5. memudahkan urusan mendaftar kehadiran (check-in) serta menanda kehadiran peserta mengikut slot-slot yang berbeza
  6. mengira jam berkursus setiap peserta berdasarkan kehadiran pada setiap slot
  7. sentiasa mengemas kinikan bilangan jam berkursus setiap individu dan memaklumkannya kepada mereka
Sebarang cadangan dan masalah, sila hantar e-mel ke ict-selangor@googlegroups.com. Jangan lupa menyertakan butir diri dan menerangkan butir perkara yang berkaitan dengan jelas untuk memudahkan pemahaman.

"Semoga kesusahan hari ini merupakan kesenangan hari esok"

TOTAL PAGEVIEWS

Sparkline 13,621
7 Nov 2011

15.3.11

Pertukaran Guru Jun 2011

Tiada sebarang proses pertukaran guru yang dibuat selain daripada dua musim pertukaran yang sedia ada iaitu Januari dan Jun.  Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di e-gTukar.  Sehubungan itu, pastikan semua maklumat peribadi masing-masing telah dikemaskini terlebih dahulu seperti yang dinyatakan di sini.  Sila semak dan kemaskininya dengan Guru PK1 sebelum 27 Mac 2011.

ID dan kata laluan adalah kekal kepada mereka (Guru dan Guru Besar) yang sudah sedia mendaftar dengan sistem e-gTukar ini.  Bagi Guru Besar baru, sila mendaftar di eGTukar. Setelah memperoleh ID dan kata laluan, barulah boleh boleh bertindak sebagai pengesah dalam permohonan pertukaran ini.

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.  Adalah diingatkan bahawa pada waktu ni tiada lagi kerja pengemaskinian data boleh dilakukan.

Guru Besar perlu membuat pengesahan sebelum 1 Mei 2011 dan JPN dan PPD mula bermesyuarat pada 2 Mei 2011.  Pastikan para guru yang ingin bertukar agar membuat permohonan awal agar dapat mengelakkan kesesakan talian pada saat-saat akhir. Setelah permohonan dibuat, segera hantar cetakan borang kepada Guru Besar untuk dibuat pengesahan.

Kali ini tiada disediakan CD dan manual panduan. Sila muat turun dari sistem sendiri


Taklimat Pengisian ABM Perjawatan Sekolah Rendah Negeri Selangor 2012



Taklimat Pengisian ABM Perjawatan Sekolah Rendah Negeri Selangor 2012

Tarikh: 15 Mac 2011, Selasa (9 pagi)
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama PPD Sepang 
  1. Tuan Haji Mutalib b. Tomran (Pengerusi, PPD Sepang)
  2. En. Mohd. Fauzi b. Abdullah (Pen. Pengarah Pengurusan Guru, JPN)
  3. Pn. Roslina (Pen. Pengarah Data dan ABM, JPN)
  4. Ustaz Muez (SPPIM, JPN)
  5. Tn. Hj. Ahmad b. Karim (PPD)
  6. En. Rosli (PPD)

Sasaran: Semua Guru Besar SK dan SJK Daerah Sepang

Taklimat adalah berkaitan pengisian Borang SR-01 2012 - SEKOLAH pindaan 2 mac 2011-2.xlsx oleh setiap sekolah.  Ia perlu dihantar ke PPD Sepang dalam bentuk CD dan cetakan kertas selewat-lewatnya pada hari Khamis, 17 Mac 2011.


Borang ini merupakan asas bidaan sekolah untuk mendapatkan perjawatan bagi ABM Perjawatan tahun 2012.


Asas pengisian borang:
  1. Isi maklumat berdasarkan bilangan murid dan bilangan bilik darjah fizikal yang ada di sekolah semata-mata dan BUKAN berdasarkan bilangan guru atau lain-lain.
  2. Isikan hanya pada bahagian yang berwarna kuning
  3. Perlu berdasarkan surat kelulusan ABM 2011 dari BSM dan surat kelulusan bilangan kelas dari JPN
  4. Mulai 2011 adalah dapat ABM berasaskan bidaan sekolah
  5. Jangan ubah maklumat dengan tujuan permohonan sesuatu misalnya pada masa ini gred sekolah ialah B namun diisi sebagai gred A memandangkan telah layak.
  6. Jika ingin membuka sesi petang, sertakan minit mesyuarat AJK/Agung PIBG yang menunjukkan ia telah dimaklum dan dipersetujui.
  7. Setiap 1 bay kelas pendidikan khas dikira sebagai1 bilik darjah.
  8. Saiz kelas PPKI puratanya ialah 6.5 murid/kelas
  9. Purata kelas kerdana ialah 35 orang dan tidak lebih dari 46.  Jika bilik darjah 2 bay, tidak lebih 30 murid.
  10. Penempatan guru BCSK dan BTSK masih berjalan dalam proses redeployment.  Redep yang akan datang ialah pada 21 Mac dan 1 Jun.  Proses redep akan berterusan sehingga tahun 2013
  11. Semua bidaan ini akan disemak pada 1 Oktober 2011 untuk memastikan ketepatan 
  12. Disleksia dimasukkan sebagai masalah pembelajaran







17.12.10

Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (PKS-SKPM)

Melalui surat dari Pejabat Ketua Pengarah pelajaran Malaysia KP(JNJK)1100/4/C (38) bertarikh 2 Disember 2010 telah meminta semua sekolah melaksanakan PKS-SKPM berdasarkan pencapaian sekolah tahun 2010. Sehubungan itu, pihak sekolah perlu mengisi keputusan PKS-SKPM secara online di laman sesawang www.moe.gov.my/nkra di antara 15 hingga 21 Disember 2010 bagi sekolah rendah.
Pihak sekolah diminta untuk melaksanakan PKS-SKPM dengan telus dan teliti agar keputusannya dapat menggambarkan prestasi sekolah dengan tepat.
Penggunaan SKPM yang bari iaitu SKPM 2010 untuk penilaian tahun 2011 akan dimaklumkan kemudian.