... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

3.9.10

Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) Tahap 1 di Sekolah Rendah

LINUS merupakan subbidang NKRA (keberhasilan utama nasional) pendidikan yang bertujuan untuk memastikan semua murid boleh menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas. Mula dilaksanakan di sekolah pada tahun 2010.

Tanggungjawab Guru Besar:

  1. Memastikan saringan LINUS dilaksanakan
  2. Menyelaras dan memantau pelaksanaan program LINUS
  3. Memastikan data penguasaan murid dimasukkan (key in) ke dalam pangkalan data LINUS
  4. Memastikan guru melaksanakan Program LINUS adalah guru Bahasa Melayu, Matematik dan guru Pemulihan Khas
  5. Memastikan guru Bahasa Melayu dan Matematik dilatih untuk memberi bimbingan dalam Program LINUS. Guru Pemulihan Khas pula berperanan untuk memberi bimbingan kepada murid LINUS TEGAR
  6. Memastikan guru yang terlibat dalam program LINUS menggunakan modul pengajaran dan modul pembelajaran yang disediakan oleh KPM sebagai panduan utama

- Petikan daripada KP(BPK)400-32/6Jld3(61) bertarikh 22 April 2010



Nota:

  1. LINUS tegar - tidak menguasai konstruk 1 dan 2
  2. Guru Besar ada ID Pengguna sendiri yang bermula dari PGB+KodSekolah dan Katalaluan masing-masing. Pergi ke http://www.moe.gov.my/nkra/index.php dan masukkan ID Pengguna dan Katalaluan masing-masing.

13.8.10

PERATURAN MENGENAI KEBENARAN UNTUK MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM PERATURAN 5 BAB 5 - MEMATUHI WAKTU BEKERJA

Sila rujuk JPA(SARAAN)(S)1619 Klt. 16 (7) bertarikh 9 Disember 2010
PERATURAN MENGENAI KEBENARAN UNTUK MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM PERATURAN 5 BAB 5 - MEMATUHI WAKTU BEKERJA

Ringkasan:

  1. Kalau mahu keluar dari premis pejabat/sekolah, perlu dapatkan kebenaran Pegawai Penyelia (PP) terlebih dahulu. Kalau di sekolah, PP ialah Guru Besar.
  2. Biasanya terdapat borang khas yang disediakan oleh pengurusan masing-masing bagi tujuan Keluar dengan Kebenaran (KdK) ini. Kebenaran boleh diberi bagi urusan persendirian pegawai yang terpaksa dilakukan dalam waktu bekerja. Namun sekiranya urusan kerja tersebut boleh dibuat secara online, maka tidak perlu keluar.
  3. PP boleh menggunakan budi bicaranya sma ada untuk melulus atau menolak permohonan tersebut setelah mengambil kira kepentingan perkhidmatan pada waktu tersebut.
  4. Tempoh maksimum KdK ialah 4 jam atau separuh daripada waktu bekerja sehari yang ditolak waktu rehatnya, mana yang lebih rendah.
    Sebagai contoh:
    Waktu bekerja - 7.30 pagi hingga 4.30 petang (9 jam)
    Waktu rehat 1.00 - 2.00 petang (1 jam)
    Oleh itu tempoh waktu kerja sebenar ialah 9 jam - 1jam = 8 jam.
    Separuh daripada 8 jam ialah 4 jam.
    Jika guru, waktu bekerja ialah 7.30 pagi hingga 1.15 petang (5 jam 45 minit). Rehat 20 minit. Jadi waktu bekerja ialah 5 jam 45 minit - 20 minit = 5 jam 25 minit. Separuh daripadanya ialah 2 jam 42.5 minit atau jika digenapkan menjadi 3 jam.
  5. Jika seseorang itu keluar melebihi dari tempoh maksimum yang dibenarkan, pegawai dikehendaki mengambil Cuti Rehat atau cuti lain yang dia berkelayakan
  6. Jika dapatkan rawatan untuk diri sendiri di klinik/hospital, perlu kemukakan time slip atau dokumen pengesahan lain dari doktor
  7. Jika dapat MC, tempoh keluar tersebut dianggap Cuti Sakit
  8. Walau bagaimanpun PP boleh menetapkan pegawai yang mendapat KdK tersebut menggantikan semula tempoh waktu bekerja.
  9. PP perlu memastikan kemudahan ini tidak disalahgunakan dan perlu mengawal dari segi kekerapan penggunaannya.
Dalam Mesyuarat Pengurusan Sektor TKSU (Pengurusan), Kementerian Pelajaran Malaysia (klik di sini) telah memutuskan untuk membenarkan seseorang pegawai keluar sebanyak 2 kali sebulan dengan tempoh masa maksimum 3 jam. Sekiranya melebihi 3 jam, pegawai dikehendaki memohon Cuti Rehat.

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam

Fakta 1
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 2005 menetapkan bahawa semua anggota perkhidmatan awam perlu menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun. Setiap anggota perlu menghadiri kursus anjuran Kementerian masing-masing untuk memenuhi keperluan ini.

Fakta 2
Mesyuarat Majlis Latihan Sektor Awam pada 18 Ogos 2008 bersetuju menggunapakai Blended approach yang mengkategorikan program latihan kepada tiga iaitu:
  1. Latihan - 6 jam berterusan bersamaan 1 hari dan minimum 2 hari setahun
  2. Sesi pembelajaran - 6 jam dikumpul bersamaan 1 hari dan terhad kepada 30 jam terkumpul iaitu bersamaan 5 hari
  3. Pembelajaran kendiri - maksimum 3 hari setahun iaitu bersamaan 3 pembentangan setahun

Kaedah ini tidak menghadkan latihan-latihan berbentuk face to face anjuran KPM. Buku log latihan hendaklah disediakan untuk setiap anggota.

Latihan berbentuk kursus, seminar dan bengkel anjuran Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan PPD yang dihadiri guru-guru boleh diambilkira untuk memenuhi dasar latihan 7 hari ini.

Kategori Latihan:

Latihan

  1. Kursus
  2. Seminar
  3. Konvensyen
  4. Bengkel/workshop
  5. Forum
  6. Simposium
  7. Kolokium
  8. Lawatan rasmi/korporat/sambil belajar
  9. Klinik kaunseling

Sesi Pembelajaran

  1. Sesi pembelajaran PTK
  2. Sesi pembelajaran di peringkat Kementerian/jabatan, bahagian, cawangan dan seksyen
  3. Sesi perkongsian ilmu di peringkat Kementerian/jabatan, bahagian, cawangan dan seksyen
  4. Program Executive Talk anjuran INTAN atau program seumpamanya
  5. Perhimpunan Bulanan Kementerian/jabatan, bahagian, cawangan dan seksyen
  6. Program penerapan nilai-nilai murni dan ceramah-ceramah khas pada bulan Ramadhan
  7. Program sambutan bulan-bulan Islam atau perayaan yang mengandungi ucapan/ceramah/forum
  8. Pertemuan mentor dan mentee
  9. Sesi perbincangan/perkongsian idea Pengurusan Tertinggi/Tetmu Jemputan Khas; pembentangan ketas kerja di seminar, konvensyen, simposium, persidaangan
  10. Sesi kaunseling persidangan
  11. Menyampaikan ceramah di dalam kursus/bengkel (Modul yang pertama kali dibentangkan atas tajuk yang sama saja diambil kira)

Pembelajaran Kendiri

  1. Penggunaan portal e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) - http://www.epsa.intan.my/
  2. Penggunaan portal e-Pembelajaran yang diiktiraf oleh Jabatan/Kerajaan
  3. Penggunaan Pangkalan Resipotori Ilmu Sumber Manusia (PRISMA-HRMIS)
  4. Pembacaan buku-buku ilmiah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (buku biasa/bentuk fizikal atau e-book) dan
  5. Pembacaan Jurnal Ilmiah/Laporan/Kajian dan lain-lain bahan ilmiah secara fizikal atau maya (virtual). Sebaiknya bahan yang ingin dibentangkan mendapat persetujuan pegawai penyelia

Pembelajaran Kendiri

  1. Pembacaan buku/bahan ilmiah
  2. Satu sesi pembentangan perlu diadakan diperingkat Kementerian/Jabatan, Bahagian, Cawangan atau Seksyen. Sesorang pegawai di peringkat sekurang-kurangnya Ketua Penolong Pengarah/KPSU atau Pegawai Pengesah Latihan (PSL) perlu hadir sebagai penyelia. Setiap pembentangan diiktriraf sebagai satu hari berkursus
  3. Pembelajaran kendiri terhad bersamaan 3 hari berkursus iaitu 3 kali pembentangan
  4. Pegawai yang mengikut kursus yang ditawarkan oleh EPSA mereka tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan bagi setiap modul. Pegawai yang telah mengikuti kursus dengan jayanya akan diiktiraf menghadiri kursus tertakluk kepada pihak penganjuur (INTAN)

Petikan dari http://www.nutp.org/malay/images/berita/dasar%20latihan.pdf

Ada maklumat terkini mengenai pengecualian pembentangan, tapi belum sempat nak kemaskini.....sori

6.4.10

NKRA

Pengisian Rumusan Skor Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) berasaskan SKPM Dalam Laman Sesawang NKRA-Pendidikan

PERKARA

TARIKH

TINDAKAN

1

Sekolah Memasukkan data SKPM 2009

05-09 April 2010

  • Pengetua

2

Pemantauan Pengisian Data SKPM secara online

05-09 April 2010

  • JNJK

3

Pemantauan Pengisian Data SKPM secara online

05-09 April 2010

  • PPD

4

Semakan Data SKPM 2009 secara online

12-16 April 2010

  • JNJK

5

Sekolah menyemak GPS PMR, SPM dan PGNK STPM dan ranking sekolah dalam portal NKRA Pendidikan

19-24 Mei 2010

  • Pengetua

6

Tarikh akhir sekolah memaklumkan perubahan GPS PMR, SPM dan PGNK STPM dan ranking sekolah dalam portal NKRA Pendidikan sekiranya ada

24 Mei 2010

  • Pengetua

7

Perakuan menerima Tawaran Baru oleh Pengetua melalui laman sesawang NKRA-Pendidikan dan mencetak perakuan menerima Tawaran Baru

31 Mei - 04 Jun 2010

  • Pengetua

8

Menghantar sesalinan dokumen perakuan menerima Tawaran Baru oleh Pengetua kepada PPD

07-11 Jun 2010

  • Pengetua

9

Pemantauan dan pengesahan penerimaan Tawaran Baru oleh PPD secara online

07-11 Jun 2010

  • PPD

10

Pemantauan penerimaan Tawaran Baru secara online

07-11 Jun 2010

  • JNJK

EMIS Online

Kementerian Pelajaran telah menyediakan satu kemudahan untuk guru melihat rekod EMISnya di laman web Portal Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan. Ia boleh diakses melalui Login Guru. Kemudahan ini membolehkan guru-guru untuk menyemak maklumat individu. Mereka juga boleh membuat perubahan/penambahan kepada dua submodul iaitu submodul mata pelajaran ajar dan sejarah perkhidmatan. Sila war-warkan kepada semua guru kerana segala aktiviti berkaitan NKRA adalah berasaskan data EMIS.

Kata laluan default adalah nombor KPT. Selepas login, guru boleh menukar kata laluan tersebut. Untuk melakukannya, klik pada Fungsi Lain dan diikuti dengan Tukar katalaluan.

9.3.10

Standard Guru Malaysia

Petikan ucapan pembukaan Mesyuarat JK Pengurusan Aktiviti PKG Salak oleh Timbalan PPD Sepang En. Mohd. Amin Sulaiman.

  1. Amalan nilai profesionalisme perguruan (ada 3 domain iaitu diri, profesion dan sosial)
  2. Pengetahuan dan kefahaman
  3. Kemahiran p&p



Pengetahuan dan Kefahaman
Guru perlu kuasai ilmu yang dapat meningkatkan profesionalisme perguruan

  1. Falsafah/matlamat/objektif pendidikan
  2. Falsafah/matlamat/objektif kurikulum
  3. Mengetahui mengenai isi kandungan (content)
  4. Menguasai kandungan ilmu pengetahuan
  5. Kuasai teknologi maklumat dan komunikasi, media dan sumber
  6. Berupaya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif
  7. Menguasai kaedah pentaksiran, penilaian dan kajian tindakan

Kemahiran P&P

  1. Menguasai penyediaan p&p berasaskan ....., kebolehan murid, pengetahuan sedia ada dan jangkaan
  2. Laksanakan p&p dengan pelbagai pendekatan serta mengintegrasikannya dengan teknologi maklumat
  3. Mahir mentaksir dan menilai keberkesanan p&p

PERMOHONAN PERTUKARAN TEKNOLOGI SCHOOLNET OLEH SEKOLAH-SEKOLAH BAWAH KPM

Semalam sewaktu Mesyuarat Pengurusan Aktiviti PKG Salak ada dibangkitkan mengenai perkara ini. Jawapan untuk permasalahan itu terdapat dalam surat siaran daripada KPM KP.BPM/1/06/038/01/Jld.9 (7) bertarikh 2 Oktober 2009 yang terdapat dalam laman web PKG Sepang. Berikut ialah ringkasan mengenainya:

  1. Kontrak SchoolNet telah tamat pada 24 Ogos 2009 dan kini disambung sebagai Projek SchoolNet Fasa 2 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi(PRE) bermula pada 25 Ogos 2009 hingga 31 Disember 2010. Ia masih lagi di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan bukannya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
  2. Bajet yang diperuntukkan untuk projek Fasa 2 ini hanya RM104 juta yang dikhususkan untuk penyenggaraan dan pembayaran bil berulang sahaja.
  3. Pada masa ini KPM telah menerima banyak permohonan dari sekolah-sekolah untuk memohon pertukaran teknologi. Namun demikian ia tidak dapat diluluskan dan dilaksanakan buat masa ini akibat kekangan bajet Kerajaan.
  4. Sebarang kerosakan SchoolNet (hubungi 1300882888) masih disenggarakan oleh pihak GITN Sdn.Bhd. (GSB) sehingga 31 Disember 2010.
  5. Sebagai alternatif pihak Kementerian juga memberi cadangan sekiranya masalah talian SchoolNet berlarutan melebihi 3 bulan dan tidak mampu dibaiki oleh pihak GSB, maka pemasangan talian lain dibenarkan dengan syarat semua kos ditanggung oleh pihak sekolah.
  6. Mulai awal tahun 2011 pihak KPM akan mengambil sepenuhnya projek ini.

    Muat turun di sini