... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...
Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts
Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts

26.4.16

Mesyuarat Hari Guru Daerah Sepang

Mesyuarat kali ketiga telah diadakan pada 26.4.16 di Dewan Kasturi SMK Dengkil. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn Haji Khairi bin Bidin, Ketua PPD Sepang.

Mesyuarat berikutnya akan diadakan di SMK Cyberjaya pada 5 Mei 2016 sambil membuat lawatan tapak di Masjid Fisabilillah Raja Haji.Setiap JK Kecil diminta membentangkan kemajuan kerja masing-masing.








15.2.16

Pengesahan Penerima APC Sekolah-sekolah Daerah Sepang

Hari ini 15 Februari 2016 diadakan perbincangan secara bersemuka (one-to-one) di antara Guru Besar dengan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah dan Timbalannya di PPD.  Ini sebagai usaha untuk memastikan wujudnya elemen ketelusan antara kedua-dua pihak dalam menjamin integriti yang tinggi sewaktu memutuskan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).  Guru Besar juga diminta membawa minit mesyuarat LNPT 2015 serta justifikasi pemilihan tersebut.  Kitaran 5 tahun untuk menerima semula seperti yang ditetapkan oleh KPM juga diambil kira.

Mesyuarat berlangsung dalam keadaan serius tapi mesra dan berasaskan fakta
Borang Daftar tunggu giliran


Sempat berbincang mengenai berbagai-bagai perkara sementara menanti giliran
Juga ada yang sibuk menghubungi sekolah masing-masing


Mesyuarat pintu
Gaya guru besar sementara menanti giliran.

28.1.16

Mesyuarat Agung MGB Daerah Sepang kali ke-23

Alhamdulillah selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Sepang buat kali ke-23 yang diadakan di Nilai Springs Golf Club. Tiada sebarang pemilihan dilakukan pada tahun ini. Namun banyak usul dan cadangan telah dilontarkan oleh ahli yang akan dibawa ke pihak PPD Sepang dalam masa terdekat.
   Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua MGB Negeri Selangor; En. Mohd. Alwan bin Ginen. Terima kasih banyak diucapkan kepada En. Alwan kerana sudi memenuhi undangan kami walaupun Tuan YDP sedang menghadiri majlis di JPN Selangor. Kehadiran tuan amat bermakna buat kami dan menjadi inspirasi kepada Guru-Guru Besar Daerah Sepang untuk terus komited dengan tanggungjawab dan amanah yang diberi.
   Majlis ini juga turut meraikan persaraan En. M. Tamilsekaran; mantan Guru Besar SJK(T) Dengkil yang baru saja bersara seminggu yang lalu. Semoga Mr. Tamil berbahagia di samping keluarga dan sukses dalam apa jua kerjaya yang dilakukan.
   Terima kasih kepada AJK Pelaksana majlis hari ini. Sehingga berjumpa lagi di AGM MGB Sepang tahun depan, Selamat Maju Jaya buat semua..









23.1.16

Notis Mesyuarat Agung

Majlis Guru Besar Sepang akan mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-23 pada 28 Januari 2016 di Nilai Spring Golf Club, Nilai.  Sehubungan itu semua ahli dipersilakan hadir.  Borang usul boleh dimuat turun di sini.


10.12.15

Mesyuarat Penyelarasan Sekolah PPD Sepang Bil 3/2015

Kali pertama Tn Hj Khairi bin Bidin mempengerusi mesyuarat bersama Guru Besar dan Pengetua. Mesyuarat berlangsung di Bilik Gemilang Puri, 10 Disember 2015

7.12.15

Mesyuarat Penyelarasan Sekolah-sekolah Daerah Sepang 3/2015

Mesyuarat Penyelarasan Sekolah-sekolah Daerah Sepang 3/2015 akan diadakan pada 10 Disember 2015. Ini merupakan kali pertama para Guru Besar dan Pengetua daerah Sepang bermesyuarat dengan PPD yang baharu tuan Haji Khairi bin Bidin.  Semoga mesyuarat berjalan lancar dan Sepang semakin maju di bawah kepimpinan beliau.


27.8.15

Mesyuarat AJK MGB

Mesyuarat AJk MGB Sepang telah diadakan di Dewan Makan Sekolah Seri Puteri pada 25 Ogos 2015 bagi membincangkan persiapan Majlis Jasamu Dikenang 2015 yang akan diadakan pada 2 September 2015 di Nyonya Valley, Cyberjaya.  Pada kali ini MGB akan meraikan persaraan En. Pat Yoon (SJKC Sin Min) dan Pn. Hajah Kamaliah bt. Palil Osman (SK Bukit Bangkong).  Selain itu undang juga dipanjangkan kepada Guru Besar yang telah bertukar daerah iaitu Pn. Bijealetchumy, En. Quan, Pn. Teoh dan Pn. Ooi.




3.8.15

Mesyuarat AJK MGB Daerah Sepang

Mesyuarat kali ini diadakan di SK Kota Warisan...


Semoga segala yang dirancang dapat dialksanakan dengan sebaik mungkin....

5.5.15

Haji Mat Jah bin Roslan


Mempengerusi mesyuarat sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sepang


24.3.15

Mesyuarat Penyelarasan Bengkel MERKUR1: Memperkasa Peranan Guru Besar Dalam Merealisasikan PPPM

Mesyuarat penyelarasan pelaksanaan Bengkel MERKUR1: Memperkasa Peranan Guru Besar Dalam Merealisasikan PPPM anjuran MGB Sepang dengan kerjasama PPD Sepang telah diadakan di PKG Salak pada 24.3.15 selepas mesyuarat permuafakatan PKG Sepang.

Kehadiran:
  1. En. Sukimin bin Juki (Pengerusi)
  2. En. Ishak bin Noh (Setiausaha)
  3. En. Low Sze Kee (Naib Pengerusi)
  4. Pn. Hajah Noredzan A.Bakar
  5. En. Zanuddin Sanuan
  6. Pn. Saniah bt. Sulaiman
  7. En. Azman Mokhtar
  8. Tn. Hj. Abdul Rasid Hamid
  9. YM Raja Maimunah Raja Haron
  10. Pn. Hajah Ana Liza Zainudin
  11. Pn. Teoh Ai Theng (Bendahari)
  12. Pn. Pushpa A/P D.Raman

Berikut ialah di antara keputusan mesyuarat tersebut:

  1. Majlis Jasamu Dikenang dan jamuan perpisahan mereka yang bertukar keluar tidak dibuat di Bukit Gambang City Resort (BGCR) memandangkan yang dirai En Pat Yoon tidak dapat hadir
  2. Majlis Jasamu Dikenang dan penghargaan mereka yang bertukar keluar akan dibuat di sini (Sepang) pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian
  3. Baju batik untuk ahli baru Pn Foong dan En Wong akan ditaja oleh MGB dengan syarat dapat kain yang sama coraknya.
  4. Bas akan bertolak ke Gambang dari PPD pada pukul 10 pagi, 8.April 2015
  5. Dijangka tiba di BGCR kira-kira pukul 2 petang.  Ia akan dimulakan dengan taklimat house keeping oleh Pn Wan Nor Fadriah dan tuan setiausaha
  6. Pasangan menghuni bilik hendaklah ditentukan sendiri dan dihantar melalui kumpulan WhatsApp MGB Sepang. Sila salin & tampal dan isikan pasangan masing-masing sebelum dihantar semula ke kumpulan WA
  7. Pastikan bawa bekalan ubat yang diperlukan. Sebarang kecemasan sewaktu di sana sila hubungi En Tamil/Pn Saniah
  8. Mesyuarat agung dibuat pada hari kedua, 9.4.15. Terdapat pemilihan AJK baru dalam mesyuarat kali ini sehubungan itu rancanglah dari awal senarai AJK yang ingin dicalonkan
  9. Bagi mereka yang ingin menaiki kenderaan sendiri, sila pastikan sampai di BGRC sebelum pukul 2 petang. Sebarang tuntutan perbatuan tidak dibenarkan
  10. Pada hari terakhir 10.4.15 tidak ada makan tengah hari di hotel.
  11. Senarai AJK akan dikeluarkan oleh SU dalam sedikit masa lagi
  12. Baju batik kita akan dipakai pada hari Khamis
  13. Sila bawa KPI sekolah dan SKT GB untuk sesi perbengkelan di sana


Lokasi Sekolah di Sepang


23.3.15

Mesyuarat JK Induk Sambutan Hari Guru Daerah Sepang Bil 1/2015

Agenda Mesyuarat
Mesyuarat sedang rancak berjalan
Pengerusi mesyuarat Tuan Haji Mat Jah Roslan
Wakil MGB Sepang - Pn. Teoh, En. Low, En. Sukimin dan En. Ishak

Hari ini telah berlangsung mesyuarat tersebut di Bilik Kayangan Budi PPD Sepang dengan dipengerusikan oleh Ketua PPD Sepang sendiri Tn Hj Mat Jah bin Roslan. Selain dari pegawai-pegawai di PPD, ia turut disertai oleh wakil MGB Sepang, MPSM Sepang, wakil Persatuan Pegawai Pencen dan wakil Yang Dipertua PIBG.

Sambutan peringkat daerah Sepang akan dibuat secara karnival pada hari Sabtu, 23 Mei 2015 di Dewan Orang Ramai BBST. Seramai kira-kira 2000 orang guru dijangka hadir namun sehari sebelum itu akan diadakan sesi senamrobik di Stadium MPS.

Sekolah boleh membuat sambutan pada 18 Mei 2015 (Isnin) memandangkan 16 Mei ialah hari Sabtu.

Wakil MGB yang hadir ialah Sukimin bin Juki (Pengerusi), Low Sze Kee (wakil MGB SJKC), En Ishak Noh (Setiausaha) dan Pn Teoh Ai Theng (Bendahari).

27.1.15

Mesyuarat AJK MGB Sepang

Mesyuarat AJK MGB Sepang ini telah diadakan di SK Taman Seroja pada 27 Januari 2015 pukul 2.30 petang. Kehadiran 11 orang ahli mesyuarat adalah seperti berikut:
  1. En. Sukimin bin Juki (Pengerusi)
  2. En. Low Sze Kee (Naib Pengerusi 2)
  3. En. Ishak bin Noh (Setiausaha)
  4. Pn. Teoh Ai Theng (Bendahari)
  5. Pn. Hajah Noredzan bt. A.Bakar
  6. En. Mohd. Rahman bin Rabingan
  7. Pn. Hajah Wan Nor Fadriah bt. Wan Idris
  8. YM Raja Maimunah Raja Harun
  9. Pn. Hajah Ana Liza bt. Zainudin
  10. Pn. Puspha
  11. Pn. Saniah Sulaiman
Fokus perbincangan berkisar kepada aktiviti 2015 dan Mesyuarat Agung Tahunan
  1. Mesyuarat agung diadakan di Gambang Resort Resort City
  2. Pemberian kain baju batik percuma kepada semua ahli
  3. Majlis meraikan persaraan En. Pat Yoon dan pertukaran Pn. Bijealetchumy akan diadakan sewaktu mesyuarat agung
  4. Kutipan yuran 2015 ahli sudah boleh dibuat

Pemberian kain bercorak sama untuk setiap ahli untuk dibuat baju bertujuan untuk dipakai dalam majlis-majlis yang ditetapkan dengan sasaran utamanya ialah sewaktu berlangsungnya Konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-4 di Langkawi dan juga semasa Majlis Jasamu Dikenang & Mesyuarat Agung MGB Sepang di Bukit Gambang Resort City.  





12.8.14

Mesyuarat Penyelarasan Guru Besar Daerah Sepang

Sebagai salah satu langkah dalam Program Transformasi Daerah (District Transformation Program) di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 203-2025, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang telah mengadakan pertemuan di antara Sektor Pengurusan Sekolah dan semua Guru Besar.  Mesyuarat pertamanya telah didakan pada 11 Ogos 2014 dari pukul 8.30 pagi hingga 1 tengah hari di Bilik Gemilang Puri PPD Sepang.

Dalam mesyuarat ini perbincangan secara dua hala benar-benar dapat dilaksanakan dalam erti kata yang sebenar.  Rata-rata Guru Besar memandang positif terhadap inisiatif ini dan berharap ia dapat dimanfaatkan secara optimum oleh kedua-dua pihak.

19.6.14

Mesyuarat AJK MGB Sepang

Hari ini telah diadakan mesyuarat AJK Majlis Guru Besar Sepang di Bilik Mesyuarat SK Taman Seroja pada pukul 2.30 petang.  Senarai kehadiran:

Kehadiran mseyuarat hari ini

  1. En. Sukimin bin Juki (Pengerusi)
  2. En. Kamsani bin Sahlan (Timbalan)
  3. En. Ishak Noh (Setiausaha)
  4. En. Low Sze Kee (Naib Pengerusi)
  5. Pn. Hajah Noredzan A.Bakar (tuan rumah)
  6. En. Mohd. Rahman bin Rabingan
  7. Tn. Haji Mohd. Rasid bin Hamid
  8. Pn. Pushpa a/p D.Raman
  9. Pn. Ana Liza binti Zainudin (turut hadir)

Agenda:


  1. Perutusan Pengerusi
  2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
  3. Perkara-perkara berbangkit (maklum balas minit mesyuarat yang lepas)
  4. Pembentangan kertas kerja/isu/laporan
  5. Hal-hal lain
  6. Penutup

Mesyuarat tertumpu dalam membincangkan pelaksanaan program MERKUR1 bagi DUN Sungai Pelek dan DUN Batu Laut.  Program kerjasama antara PPD Sepang dan MGB Sepang ditaja oleh ADUN Dengkil YB Shahrum bin Dato' Mohd. Sharif.  Sejurus sebelum mesyuarat, cek bernilai RM3000 telah diserahkan oleh pihak di pejabat DUN Dengkil kepada pengerusi.  Selain itu isu semasa seperti PBS, Fail Meja dan laporan MMI juga dibincangkan sama.
Cek RM3000 dari YB Shahrum Dato Mohd Sharif yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi MGB En. Kamsani Sahlan kepada wakil MERKUR1 DUN Sg Pelek & DUN Batu Laut Pn. Hajah Noredzan A.Bakar
Hangat membincangkan bagaimana nak melaksanakan MERKUR1 di sekolah-sekolah DUN Sg Pelek dan DUN Batu Laut



Terima kasih kepada tuan rumah, Puan Hajah Noredzan yang menaja makan yang sungguh enak dan menyelerakan.
Deraf keputusan akhir mesyuarat mengenai pelaksanaan MERKUR1


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.15 petang.

Minit Mesyuarat