... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...
Showing posts with label Aplikasi. Show all posts
Showing posts with label Aplikasi. Show all posts

9.6.16

Menyemak Keputusan Peperiksaan Anak di Laman Web KPM

Para ibubapa/penjaga boleh menyemak keputusan peperiksaan anak masing-masing di laman web SAPS Kementerian Pendidikan dengan klik di sini.


Pengguna hanya perlu memasukkan no MyKid anak masing-masing, selain dari memilih Sekolah Rendah dan tahun 2016.

Selepas itu pilih jenis peperiksaan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Papar Slip Keputusan atau Papar markah Peperiksaan. Keputusan peperiksaan anak tuan/puan akan dipaparkan.  Untuk mencetak paparan tersebut anda hanya perlu klik pada butang/logo Cetak.

Pada Slip Keputusan ada dicatatkan Keputusan.  Untuk makluman, terdapat 5 jenis keputusan iaitu:
  1. Cemerlang
  2. Baik
  3. Memuaskan
  4. Mencapai Tahap Minimum
  5. Belum Mencapai Tahap Minimum
Bagi menentukan Kedudukan Dalam Kelas/Darjah, SAPS hanya mengambil kira mata pelajaran teras sahaja iaitu:

  1. Bahasa Melayu Pemahaman
  2. Bahasa Melayu Penulisan
  3. Bahasa Inggeris Pemahaman
  4. Bahasa Inggeris Penulisan
  5. Matematik
  6. Sains

Untuk mengetahui bagaimana kaedah SAPS memberi nombor kedudukan dalam kelas (KDK), bolehlah klik pautan di blog MGB Selangor.

11.3.14

e-Perkhidmatan Dalam Kementeraian Pendidikan

E-Perkhidmatan

No.E-PerkhidmatanStatus
1.SISTEM ADUAN DALAMAN SPTBaru
2.APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)Baru
3.PELAPORAN STATUS PELAKSANAAN TRANSFORMASI ASRAMA HARIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2020Baru
4.FPX : BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARANBaru
5.TEMPAHAN BILIK MESYUARATBaru
6.SISTEM KEHADIRAN STAF BPSHBaru
7.APLIKASI SEMAKAN PERMOHONAN PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN AMBILAN 2013Tutup
8.SEMAKAN KEPUTUSAN KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA (KISSM) KPMBaru
9.SEMAKAN KEPUTUSAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) KPM 2013Baru
10.TABUNG PINJAMAN PELAJARANBaru
11.BANTUAN KEWANGAN KOLEJ KOMUNITIBaru
12.SINGLE SIGN ON (SSO)Baru
13.WEBOPACBaru
14.SISTEM PENGESANAN SOAL JAWAB PARLIMEN (EPARLIMEN)Baru
15.SISTEM MYMESYUARATBaru
16.SISTEM PEMANTAUAN PENGURUSAN ASET (SPA)Baru
17.SISTEM PENGURUSAN ISO (ISO)Baru
18.SISTEM TEMPAHAN KENDERAAN ONLINE (SISTEP)Baru
19.SISTEM LATIHAN (SILAT)Baru
20.SISTEM KEHADIRAN BIOMETRIK (EGBIOMETRIC)Baru
21.APLIKASI SOKONGAN PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) 2013Tutup
22.PUSAT LATIHAN 1MALAYSIABaru
23.APLIKASI PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU AM PEJABAT (EMOHONPAP)Tutup
24.SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA : MYBRAINSC TAHUN 2014Tutup
25.KEPUTUSAN PERMOHONAN MIS, CSFP DAN MTCP 2013Tutup
26.SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA : HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) BAGI KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK IPTA TAHUN 2014Tutup
27.SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA : HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) BAGI PPPT TAHUN 2014Tutup
28.MYBRAIN15 : MYMASTER & MYPHDBaru
29.SEMAKAN PENYATA TAJAAN SPTBaru
30.TAWARAN SLAB,SLAI, SUB KEPAKARAN DAN POST DOKTORALBaru
31.ESP (SISTEM PENAJAAN SPT)Baru
32.SISTEM MAKLUMAT PELAJAR LUAR NEGARA (SMPLN)Baru
33.TRACER STUDYBaru
34.MYUPGRADEBaru
35.MYRABaru
36.SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN RAYUAN KEMASUKAN KE IPTA / POLITEKNIK PREMIER SESI AKADEMIK 2013/2014Tutup
37.SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH (ESPKWS)Baru
38.SISTEM EPANGKATBaru
39.SISTEM BAJET MENGURUS (EBAJET2013)Baru
40.SEMAKAN KURSUS PERSEDIAAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2013Tutup
41.SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN SATU (1) AMBILAN KEDUA DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2013Tutup
42.SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN EMPAT (4) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2013Tutup
43.PERMOHONAN MELALUI SISOKU BAGI ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS (EMK) KATEGORI ORANG KURANG UPAYA TAHUN 2013Tutup
44.SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAHUN 2013Tutup
45.SISTEM MAKLUMAT PENDIDIKAN SWASTA(SMIPS)Baru
46.SEMAKAN TAWARAN PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA KEPADA PENJAWAT AWAM LANTIKAN SPP TAHUN 2012Tutup
47.SEMAKAN KEPUTUSAN BERJAYA TEMUDUGA PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2013Tutup
48.APLIKASI KEMASUKAN 10% MARKAH KOKURIKULUM TAHUN 2013 ( 01 Dec 2013 - 31 Dec 2014 )Baru
49.APLIKASI SEMAKAN KEPUTUSAN KURSUS SISTEM SARAAN MALAYSIA (KSSIM) - CALON JPN DAN CALON IPGBaru
50.SISTEM KURSUS INDUKSI SSM (KISSM) PERKHIDMATAN BUKAN GURUBaru
51.SEMAKAN KEPUTUSAN KURSUS INDUKSI SSM (KISSM) KUMPULAN II & III BAGI BULAN MEI DAN JUN 2012Tutup
52.SISTEM ELAPORAN BILBaru
53.PROGRAM CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITYBaru
54.SEMAKAN KELAYAKAN PEMBIAYAAN/PINJAMAN KENDERAAN & KOMPUTERBaru
55.SISTEM LAWATAN ANTARABANGSA (E-LA)Baru
56.SISTEM BAJET MENGURUS (EBAJET2012)Baru
57.SEMAKAN KEPUTUSAN KURSUS INDUKSI SSM (KISSM)Baru
58.SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS)Baru
59.SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SMPK)Baru
60.SISTEM SEMAKAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA ONLINEBaru
61.SEMAKAN SENARAI EFT DAN CEK BATALBaru
62.SEMAKAN DAN PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN (SSB)Baru
63.SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDIDIKAN (EMIS)Baru
64.SISTEM PENGURUSAN PERTUKARAN BUKAN GURU (E-TUKAR BUKAN GURU)Baru
65.SISTEM PERTUKARAN GURU (E-GTUKAR)Baru
66.SISTEM PEMATUHAN PERBELANJAAN BERHEMAT KPMBaru
67.SISTEM KECEMERLANGAN PENGURUSAN KEWANGAN (SKPK)Baru
68.SISTEM MAKLUMAT SEKOLAH(SMS)Baru
69.DASHBOARD KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABaru
70.EDUCATION RESEARCH APPLICATION SYSTEM (ERAS)Baru
71.SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)Baru
72.SISTEM SALAH LAKU DISIPLIN MURID (SSDM)Baru
73.SISTEM PELAPORAN ISU DISPLIN DAN PENDIDIKAN (E-PIDP)Baru
74.SISTEM PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM (SISPPA)Baru
75.SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU (SPLG)Baru
76.BORIS IVASBaru
77.TUNTUTAN KERJA LEBIH MASA, PERJALANAN DAN PELBAGAIBaru
78.ADUAN ICTBaru
79.SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN KEWANGANBaru
80.SISTEM PEMANTAUAN PENGURUSAN ASETBaru
81.SISTEM PEMANTAUAN PROJEK IIBaru
82.EPEROLEHANBaru
83.HRMISBaru

8.1.14

APDM: Tindakan Segera

 
Klik untuk terus ke APDM

Makluman Kepada Semua

Administrator APDM sekolah perlu terlebih dahulu mengemaskini maklumat semua guru kelas (JANGAN PADAM KELAS!!) dan pembantu tadbir (PT) untuk sesi persekolahan 2014 berserta MBMMBI, aliran dan sesi pagi / petang kelas tersebut.

Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2014 perlu dikemaskini untuk keperluan terkini pentaksiran (SAPS, SPPBS dan pendaftaran UPSR) dan bantuan murid. 

Mohon pengemaskinian maklumat ibu/bapa/penjaga untuk permohonan Bantuan/Biasiswa (sila beri keutamaan kepada permohonan baru) sebelum 1 April 2014.

PERHATIAN

Mohon masukkan maklumat murid pendidikan khas, sila wujudkan kelas (pilihan Tingkatan / Tahun BUKAN kelas khas / kelas khas menengah) dan daftar murid mengikut tahun / tingkatan yang tepat. Sila pastikan murid ini di tanda sebagai OKU pada tab murid (login guru kelas) dan masukkan no pendaftaran OKU murid untuk keperluan urusan dan bantuan pendidikan khas.

Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan 


Muat turun pekeliling 'Pelaksanaan Aplikasi Pangkalan Data Murid'
Muat turun surat arahan 'Pelaksanaan eKehadiran melalui APDM'

15.7.13

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DATA OPERASI GURU




Klik untuk ke laman wen e-Operasi


PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DATA OPERASI GURU
Sistem Maklumat Guru Modul e-OPERASI telah dibuka untuk tujuan pengemaskinian di peringkat sekolah mulai 15 Julai 2013 hingga 31 Julai 2013. Maklumat Guru, Anggota Kumpulan Pelaksana, Murid, Kelas dan Penawaran Subjek Elektif perlu disemak dan dikemaskini.

Bagi guru yang telah berkahwin dimohon agar dapat melengkapkan maklumat berkaitan pasangan di Menu: Kemaskini Maklumat Guru - Maklumat Pasangan


TINDAKAN MAKLUM BALAS PENEMPATAN GURU (MPG_1)

Pengetua /Guru Besar yang telah menerima guru baharu lantikan tetap 1 Julai 2013 dikehendaki membuat tindakan di Maklumbalas Penempatan Guru Baharu sebelum 15 Julai 2013.


TINDAKAN MAKLUM BALAS PENEMPATAN GURU PERTUKARAN (MPG_2)
Pengetua /Guru Besar yang telah menerima guru bertukar 1 Julai 2013 dikehendaki membuat tindakan di Maklumbalas Penempatan Guru Pertukaran sebelum 15 Julai 2013.



25.6.13

SPS: Aplikasi Tunggal Pendidikan

PEMBERITAHUAN

Pengoperasian EMIS dan Lain-lain Sistem/Aplikasi di Sekolah Inisiatif Pengintegrasian Data Pendidikan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah bermatlamat untuk menghasilkan satu sumber data pendidikan.  Inisiatif ini merupakan salah satu daripada 25 inisiatif utama yang dilaksanakan dalam Gelombang 1 (2013-2015).

Pengintegrasian data pendidikan adalah bertujuan untuk mewujudkan satu platform kutipan data pendidikan di peringkat sekolah melalui penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). SPS ini akan menjadi satu gerbang kemasukan data tunggal  (single entry point) di peringkat sekolah dalam membekalkan data dan maklumat pendidikan bagi tujuan perancangan dan pengoperasian pendidikan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

Adalah ditegaskan di sini bahawa SEMUA sistem dan aplikasi yang sedang guna pakai di sekolah pada masa sekarang akan terus beroperasi secara selari dengan peluasan SPS.  Pemberhentian pengoperasian sistem dan aplikasi seperti EMIS, APDM, SMM dan lain-lain sistem hanya akan ditamatkan secara berperingkat-peringkat apabila SPS telah sempurna dan stabil.

Petikan dari lamab web EMISOnline

2.3.12

SISTEM PERGERAKAN STAF Jabatan Pelajaran Selangor

Mulai Mac, semua Pengetua dan Guru Besar perlu memasukkan butiran pergerakan masinG-masing ke dalam Sistem Pergerakan Staf. Sila klik di sini untuk ke aplikasi tersebut.

13.1.12

e-SSPeL: Mengemaskini Pertukaran Keluar Masuk Guru dan Kakitangan

Setiap awal tahun, kebiasaannya akan ada berlaku pertukaran masuk atau keluar guru/kakitangan dari sekolah kita. Oleh itu adalah perlu untuk kita memastikan rekod sesorang itu dipindahkan ke sekolah/organisasinya yang baru.  Untuk melakukannya, sekolah asal dan sekolah penerima perlu melakukan tugasan KeMas yang disediakan dalam Aplikasi e-SSPeL. Fungsi ini boleh diakses pada menu dan submenu Selenggara > KeMas (Keluar/Masuk).  Hanya Ketua Jabatan (Pengetua), Timbalan Ketua Jabatan (Pen. Kanan Pentadbiran), Naib Ketua Jabatan (semua  PK yang lain) dan SU Latihan akan akan nampak menu ini

Sekolah Asal:
    1. Sebelum melakukan urusan mengeluarkan nama ini, sila sediakan surat pertukaran pegawai tersebut (untuk merujuk maklumat yang diperlukan oleh sistem)
    2. Masuk ke  KeMas (Keluar/Masuk).  Sistem akan paparkan senarai semua guru dan staf sekolah.  Klik pada lajur Tindakan guru/staf yang hendak dikeluarkan.
    3. Masukkan semua maklumat yang dikehendaki seperti contoh di bawah:
image.png

Setelah selesai, klik Kemaskini.
Hubungi sekolah penerima untuk memaklumkan mereka sudah boleh melakukan KeMas dengan mengambil masuk guru/kakitangan yang sudah kita 'KeMas' tersebut.


Sekolah Penerima:
Masuk ke  KeMas (Keluar/Masuk).  Sistem akan paparkan senarai semua guru dan staf sekolah.  
  1. Klik Masuk.  Senarai mereka yang akan bertukar ke sekolah kita akan dipaparkan
  2. Klik pada lajur Tindakan.  Satu pop-up window yang memaparkan maklumat mengenai pertukaran guru/staf tersebut.
  3. Klik Kemaskini (jika semuanya betul)
  4. Maka semua rekod guru/staf tadi akan berpindah ke sekolah kita.

21.9.11

ePerlu

Difahamkan bahawa semua sekolah diminta mengisi data dalam aplikasi ePerlu selewat-lewatnya pada 30 September 2011. ePerlu adalah aplikasi yang menggantikan dBLAT.


Sila klik di sini untuk masuk ke Aplikasi ePerlu.

ID Pengguna: Kod Sekolah
Kata Laluan: sekolah
*Taipkan perkataan sekolah dalam ruang Kata Laluan