PEMBERITAHUAN
Pengoperasian EMIS dan Lain-lain Sistem/Aplikasi di Sekolah Inisiatif Pengintegrasian Data Pendidikan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah bermatlamat untuk menghasilkan satu sumber data pendidikan. Inisiatif ini merupakan salah satu daripada 25 inisiatif utama yang dilaksanakan dalam Gelombang 1 (2013-2015).
Pengintegrasian data pendidikan adalah bertujuan untuk mewujudkan satu platform kutipan data pendidikan di peringkat sekolah melalui penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). SPS ini akan menjadi satu gerbang kemasukan data tunggal (single entry point) di peringkat sekolah dalam membekalkan data dan maklumat pendidikan bagi tujuan perancangan dan pengoperasian pendidikan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.
Adalah ditegaskan di sini bahawa SEMUA sistem dan aplikasi yang sedang guna pakai di sekolah pada masa sekarang akan terus beroperasi secara selari dengan peluasan SPS. Pemberhentian pengoperasian sistem dan aplikasi seperti EMIS, APDM, SMM dan lain-lain sistem hanya akan ditamatkan secara berperingkat-peringkat apabila SPS telah sempurna dan stabil.
Petikan dari lamab web EMISOnline
No comments:
Post a Comment