Majilis Guru Besar (MGB) Sepang dianggotai oleh 24 orang Guru Besar (GB) Sekolah Kebangsaan (SK), 7 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 8 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Ini bermakna MGB terbahagi kepada 3 iaitu MGB SK, MGB SJKC dan MGB SJKT. Namun ketiga-tiganya bergabung di bawah satu bumbung MGB Sepang yang mana secara automatiknya ia diketuai oleh Pengerusi MGB SK dan dibantu oleh dua orang Naib Pengerusi iaitu Pengerusi MGB SJKC dan Pengerusi MGB SJKT.
Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts
29.12.14
Sesi Persekolahan 2015 Ditangguhkan Seminggu
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
29 December 2014
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
30.4.14
ALAMAT E-MEL DOMAIN BTPNSEL
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
- Pengarah Pelajaran Negeri: pengarah.jpns@btpnsel.edu.my
- Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri: timbalanpengarah.jpns@btpnsel.edu.my
- Sektor Jaminan Kualiti: sjk.jpns@btpnsel.edu.my
- Sektor Khidmat Pengurusan Pembangunan: sk2p.jpns@btpnsel.edu.my
- Sektor Nazir dan Jaminan Kualiti: jnjk.jpns@btpnsel.edu.my
- Sektor Pembangunan Kemanusiaan: spk.jpns@btpnsel.edu.my
- Sektor Pendidikan Khas dan Swasta: spks.jpns@btpnsel.edu.my
- Sektor Pengurusan Akademik: spa.jpns@btpnsel.edu.my
- Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT: spmict.jpns@btpnsel.edu.my
- Sektor Pengurusan Sekolah: sps.jpns@btpnsel.edu.my
- Sektor Penilaian dan Peperiksaan: spp.jpns@btpnsel.edu.my
- Sektor Psikologi dan Kaunseling: spnk.jpns@btpnsel.edu.my
ALAMAT E-MEL YANG MENGGUNAKAN DOMAIN BTPNSEL
- Alamat e-Mel sekolah: (kod sekolah-huruf kecil)@btpnsel.edu.my
- Alamat pukal ke semua sekolah di Selangor: sekolah@btpnsel.edu.my
- Alamat pukal ke semua sekolah menengah: menengah@btpnsel.edu.my
- Alamat pukal ke semua sekolah rendah: rendah@btpnsel.edu.my
- Alamat pukal ke semua SJKT: sjkt@btpnsel.edu.my
- Alamat pukal ke semua SJKC: sjkc@btpnsel.edu.my
- Alamat pukal ke semua SABK: sabk@btpnsel.edu.my
- Alamat pukal ke semua SMKA: smka@btpnsel.edu.my
- Alamat pukal ke semua PPD Selangor: ppdselangor.jpns@btpnsel.edu.my
- Alamat pukal ke semua PKG Selangor: pkg@btpnsel.edu.my
- Alamat pukal ke semua Sektor di JPN Selangor: jpn.selangor@btpnsel.edu.my
KUMPULAN E-MEL SEKOLAH MENGIKUT DAERAH
- Group e-mel sekolah daerah Gombak: sekolah.gombak@btpnsel.edu.my
- Group e-mel sekolah daerah Hulu Langat: sekolah.hululangat@btpnsel.edu.my
- Group e-mel sekolah daerah Hulu Selangor: sekolah.huluselangor@btpnsel.edu.my
- Group e-mel sekolah daerah Klang: sekolah.klang@btpnsel.edu.my
- Group e-mel sekolah daerah Kuala Langat: sekolah.kualalangat@btpnsel.edu.my
- Group e-mel sekolah daerah Kuala Selangor: sekolah.kualaselangor@btpnsel.edu.my
- Group e-mel sekolah daerah Petaling Perdana: sekolah.petalingperdana@btpnsel.edu.my
- Group e-mel sekolah daerah Petaling Utama: sekolah.petalingutama@btpnsel.edu.my
- Group e-mel sekolah daerah Sabak Bernam: sekolah.sabakbernam@btpnsel.edu.my
- Group e-mel sekolah daerah Sepang : sekolah.sepang@btpnsel.edu.my
11.3.14
e-Perkhidmatan Dalam Kementeraian Pendidikan
E-Perkhidmatan
Sistem Pergerakan Pengetua dan Guru Besar JPN Selangor
Setiap pergerakan Guru Besar keluar dari sekolah hendaklah dicatatkan ke dalam sistem dalam talian ini.
Klik di sini untuk ke laman web tersebut.
Ini alamat pautan yang asal masa posting ini: http://jpn.moe.gov.my/jpnselangor/geraks/
Ini pautan yang telah dikemaskini: http://jpnselangor.moe.gov.my/geraksv2/
Klik di sini untuk ke laman web tersebut.
Ini alamat pautan yang asal masa posting ini: http://jpn.moe.gov.my/jpnselangor/geraks/
Ini pautan yang telah dikemaskini: http://jpnselangor.moe.gov.my/geraksv2/
7.3.14
Pengesahan Permohonan Kursus Pembangunan Kompetensi Guru
| Guru Besar diminta memb uat pengesahan selewat-lewatnya 8 Mac 20914 | ||
| 6.0 | Proses Sokongan dan Pengesahan oleh ketua jabatan (Pengetua/Guru Besar) | |
| ||
Proses Sokongan dan Pengesahan:
| ||
http://apps.moe.gov.my/abpg/bpgonline/
26.3.13
Penyelarasan Jadual Waktu Persekolahan Bagi Sekolah-sekolah Negeri Selangor
Rujukan: JPNS.SPA.100-1/1Jld5(61) bertarikh 19 Mac 2013
Dalam surat siaran ini ada menyebut SPI berikut untuk rujukan:
- Surat Pekeliling Ikhtisas 8/1990: Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa Untuk Mata-Mata Pelajaran Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Bagi Sekolah Menengah Atas Mulai Tahun 1992
- Pekeliling Ikhtisas 6/1991: Sukatan Pelajaran Dan Peruntukan Masa Untuk Mata-Mata Pelajaran Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Bagi Sekolah Menengah Rendah Dan Sekolah Menengah Atas
- Surat Pekeliling Ikhtisas 7/1994: Peruntukan Masa KBSR bagi Seminggu dan Jadual Pelaksanaan Mata-Mata Pelajaran KBSR
Mungkin juga SPI berikut boleh dijadikan panduan lanjut:
- Surat Pekeliling Ikhtisas 10/1995: Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal Bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
- Surat Pekeliling Ikhtisas 8/2002: Penawaran Mata Pelajaran Bahasa Tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK)
- Surat Pekeliling Ikhtisas 13/2004: Pelaksanaan Program j-QAF di Sekolah Rendah
SPI 8/2002 telah menambah 1 masa kepada Sekolah Kebangsaan yang menawarkan mata pelajaran Bahasa Tambahan [para 2: ...pertambahan masa persekolahan sebanyak tiga puluh (30) minit bagi Tahap 1 sekolah rendah. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Tambahan hendaklah dimasukkan dalam jadual waktu rasmi sekolah]
SPI 13/2004 juga telah menambah masa belajar murid [para 3.3] namun tidak diletakkan dalam jadual waktu rasmi. Ia dikhususkan untuk Tasmik Khatam Al-Quran. Memandangkan ia tidak diletakkan dalam jadual waktu rasmi, maka ramai yang lalai dengan tidak mengambil tempoh masa Tasmik sebagai tempoh masa belajar rasmi. Bilangan waktu guru yang terbabit dengan Tasmik adalah dikira sebagai masa mengajar rasmi guru tersebut.
Ini bermakna seharusnya perlu dikeluarkan satu SPI baru yang mengambil kira semua perubahan ini agar semua pihak mendapat gambaran organisasi sebenar jadual pembelajaran di sekolah rendah. Selagi tidak dikeluarkan, maka banyak pihak yang akan kekal merujuk kepada SPI yang dikeluarkan pada tahun 1994 dan tahun-tahun sebelumnya yang mana sudah pasti masa belajar tambahan yang muncul dalam SPI 8/2002 dan SPI 13/2004 tidak terlihat untuk diambil kira.
SPI 13/2004 yang telah dilaksanakan pada semua tahun (tahun 1 hinga tahun 6) sebenarnya memberi cabaran yang besar kepada pengurusan Sekolah Kebangsaan dari segi menetapkan masa mula dan masa balik sesi pagi dan sesi petang, penyusunan jadual guru, penggunaan bilik, jadual pengangkutan murid pergi dan balik serta hubungan dengan sekolah agama. Kesannya semakin bertambah andainya sekolah tersebut adalah dua sesi dan menawarkan mata pelajaran bahasa tambahan.
SPI 13/2004 yang telah dilaksanakan pada semua tahun (tahun 1 hinga tahun 6) sebenarnya memberi cabaran yang besar kepada pengurusan Sekolah Kebangsaan dari segi menetapkan masa mula dan masa balik sesi pagi dan sesi petang, penyusunan jadual guru, penggunaan bilik, jadual pengangkutan murid pergi dan balik serta hubungan dengan sekolah agama. Kesannya semakin bertambah andainya sekolah tersebut adalah dua sesi dan menawarkan mata pelajaran bahasa tambahan.
Sehubugan itu, timbang tara diperlukan bagi sekolah kebangsaan 2 sesi
Pelaksanaan j-QAF di sekolah rendah mulai tahun 2004 sedikit sebanyak memerlukan sekolah membuat sedikit perubahan dari segi jadula waktu. Model Tasmik Khatam A-Quran (perkara 3.3) memerlukan sekolah menambah masa persekolahannya. Bagi sekolah dua sesi, pada masa ini (setelah semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat dengan j-QAF) maka tempoh masa persekolahan menjadi bertambah panjang. Sehubungan itu, untuk mengelakkan murid sesi petang balik terlalu lewat terpaksa sekolah tersebut mengawalkan sedikit waktu mula persekolahan sesi pagi. Mungkin perkara ini tidak disedari banyak pihak kerana j-QAF dilaksanakan secara beransur-ansur. Hanya sekolah dua sesi yang akan mengalami masalah kekurangan bilik darjah akan mengalami masalah Seharusnya telah ada SPI baru dikeluarkan membantu membaiki keadaan
25.11.11
Penurunan Kuasa Kemasukan Murid ke Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan, KPM
Jabatan Pelajaran Selangir melalui suratnya JPNS.MEN600-1/45Jld.2(1) bertarikh 30 Mei 2011 telah memeutuskan bahawa urusan kemasukan murid dari sekolah agama/kerjaan negeri/sekolah persendirian dan belajar semula ke sekolah rendah/menengah bantuan penuh kerajaan adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing mulai 1 November 2011.
JPNS.MEN 600-1/53(13) bertarikh 17 Oktober 2011
29.6.11
LINUS: Saringan 5 (Kohot 1) & Saringan 2 (Kohot 2)
SARINGAN LINUS Kohort 1 (2010)/Kohort 2 (2011)
PERHATIAN :
Tarikh pelaksanaan Saringan 5 dan Saringan 2.
Lisan : 19 Jun - 22 Julai 2011
Bertulis : 24 Julai - 29 Julai 2011
- Data hendaklah diisi mengikut format yang telah disediakan. Sila tandakan berdasarkan penguasaan individu walaupun telah berada di aliran perdana. Jumlah bilangan murid harus JUMLAH SEBENAR yang ada dalam kelas tersebut.
- Kemasukkan data hanya dari 01 Ogos - 12 Ogos 2011
- Sila kemaskini semua maklumat yang berkaitan contoh maklumat guru, murid LINUS PERDANA dan berkaitan.
- Sila maklumkan kepada JPN maklumat bagi sekolah kurang murid.
- SEMUA SEKOLAH MESTI KEMASKINI WALAUPUN SEMUA MURIDNYA SUDAH DI ALIRAN PERDANA
| PENGISIAN DATA LINUS: 1 - 12 Ogos 2011 | ||
Segala masalah sila hubungi FasiLINUS daerah masing-masing atau Unit NKRA. | ||
Petikan dari laman web NKRA pada 29 Jun 2011 |
e-Pangkat
Sistem Naik Pangkat atau e-Pangkat merupakan satu sistem aplikasi dalam talian yang berintegrasi dan komprehensif bagi melaksanakan proses pemangkuan, pertukaran jawatan kenaikan pangkat dan memantau serta mengemaskini data-data kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Pada masa ini semua maklumat peribadi guru telahpun dimasukkan ke dalam pangkalan data sistem tersebut. Namun maklumat-maklumat lain seperti Maklumat Pengisytiharan Harta, PTK, Akademik dan lain-lain lagi (rujuk rajah di bawah) masih belum diisi. Oleh itu setiap sekolah dikehendaki memastikan Pembantu Tadbir memasukkan butiran-butiran lain tersebut seperti tarikh lantikan, tarikh pengisytihatan harta dan lain-lain. Namun pengisian maklumat prestasi akan dilakukan oleh JPN. Selepas PT mengemaskinikan maklumat-maklumat tersebut, Penolong Kanan (Pentadbiran) akan menyemaknya sebelum Guru Besar mengesahkannya.
| Nombor Kad Pengenalan: | XX0124-XX-XX64 |
| Nama: | SYARIFAH NOORIZAN BT MOHD ISA |
| Maklumat Peribadi | Maklumat Akademik |
| Maklumat Pengisytiharan Harta | Maklumat Pengalaman Kerja |
| Maklumat PTK | Maklumat Prestasi Maklumat Prestasi Khas |
| Maklumat Peminjam Tegar | Maklumat Keutuhan SPRM |
| Maklumat Perkhidmatan AKS / CUTI / PPPLD/PPPS | Maklumat Tindakan Tempoh Cubaan Berdenda / Tatatertib |
| Penilaian bagi laluan cemerlang |
Bagi semua guru, pastikan semua maklumat diri anda dikemaskini agar apabila iklan kenaikan pangkat dikeluarkan tidak akan timbul masalah untuk mengisi borang permohonan ini secara online.
Subscribe to:
Posts (Atom)



