Majilis Guru Besar (MGB) Sepang dianggotai oleh 24 orang Guru Besar (GB) Sekolah Kebangsaan (SK), 7 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 8 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Ini bermakna MGB terbahagi kepada 3 iaitu MGB SK, MGB SJKC dan MGB SJKT. Namun ketiga-tiganya bergabung di bawah satu bumbung MGB Sepang yang mana secara automatiknya ia diketuai oleh Pengerusi MGB SK dan dibantu oleh dua orang Naib Pengerusi iaitu Pengerusi MGB SJKC dan Pengerusi MGB SJKT.
28.9.13
Menziarah Tn. Haji Amin Sulaiman
MGB Sepang bersama MPSM Sepang 27 September 2013 (Jumaat) telah menziarah Tuan Haji Amin Sulaiman, Pengetua SMK Pantai Sepang Putra yang sedang menjalani rawatan kemoterapi barah leher.
31.8.13
Chromebook dan Pendidikan di Malaysia
Pada Google I/O, salah satu perkara yang menarik perhatian ramai pengguna tempatan adalah berkenaan dengan nama Malaysia yang disebut ketika pengumuman berkaitan Chromebook dalam pendidikan.
| Chromebook dan MacBook Air |
| Kedua-duanya kelihatan serupa namun Chromebook tiada cakera keras |
| Chromebook dilengkapi Google Chrome OS |
Chromebook menggunakan Google Chrome OS sebagai sistem pengoperasiannya dan Google Chrome Browser sebagai pelayar webnya. Kedua-duanya dibangunkan dengan menggunakan sistem terbuka (Open Source). Google Chrome OS dihasilkan menjurus ke arah ciri-ciri pantas, mudah dan selamat. Sementara pelayar web Google Chrome Browser pula dibina untuk menghasilkan pelayar yang selamat, pantas dan stabil. Chromebook dilengkapi dengan sambungan USB. Ini membolehkan storan luar seperti external hard disk, thumb drive, card reader dan sebagainya boleh disambung ke Chromebook.
Pada masa ini Chromebook boleh disambungkan ke internet (rangkaian) dengan menggunakan kabel (RJ45), teknologi tanpa wayar 4G dan juga WiFi. Untuk model yang dibekalkan ke sekolah, tiada penyambung RJ45. Sambungan internet amat penting bagi Chromebook memandangkan tanpa capaian internet maka storan di awan tidak dapat dicapai. Banyak syarikat menyediakan storan di awan secara percuma seperti Skydrive, Slideshare, Scribd, dan Dropbox. Goggle juga menyediakan storan di awan yang dikenali sebagai Google Drive. Setiap pemilik akaun gmail akan diberi ruang simpanan (storan) percuma sebanyak 15 Gb. Selain itu, ia juga menyediakan perisian dalam talian (online) pejabat percuma yang dinamakan sebagai Google Apps. Di antara aplikasi Goole Apps ialah Document (seperti Word pada Microsoft Office), Presentation (Powerpoint), Worksheet (Excel) dan Drawing (Paint). Selain daripada aplikasi asas ini, terdapat beribu-ribu aplikasi dalam talian percuma lain yang boleh dipasang dalam Google Drive ini seperti Floorplanner dan Fusion.
Chromebook tidak terjejas oleh virus kerana tiada ruang untuk virus bertapak di dalamnya disebabkan tiadanya cakera keras. Ia menggunakan aplikasi dalam talian yang dilengkapkan dengan pengimbas virus. Oleh itu pengguna Chromebook tidak perlu mengeluarkan kos untuk membeli perisian antivirus. Kesimpulannya jika anda 'pening' dalam melayani masalah serangan virus, maka Chromebook adalah satu alternatif terbaik untuk melupakan masalah tersebut.
Semoga dengan kehadiran Chromebook ini akan merancakkan lagi aktiviti-aktiviti berkaitan ICT di alam pendidikan negara kita dalam usaha membina generasi yang mampu bersaing dalam abad 21 selari dengan anjakan ke-7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia..
- Tulisan ini berdasarkan pengetahuan dan pandangan penulis semata-mata. Sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan, penulis meminta maaf.
30.8.13
Majlis Sambutan Hari Raya PPD Sepang
Pada 29 Ogos 2013, hari Khamis dari pukul 12 hingga 3 petang telah berlangsung majlis ini di hadapan Pejabat Pendidikan Daerah Sepang.
26.8.13
PENAMBAH BAIKKAN SKIM FAEDAH PERSARAAN (1968-2012)
| Pejawat awam boleh membuat permohonan bersara awal pilihan. Bagi guru, mereka perlu melalui dua lapisan kelulusan iaitu Kementerian Pendidikan dan JPA. Apabila bersara, seseorang itu akan mendapat jenis bayaran iaitu:
Untuk mengira amaun yang bakal diterima apabila bersara, bolehlah mengiranya di laman web ini. Boleh hubungi JP di talian 0388854636/7. Jadual berikut dipetik dari laman web jpapencen | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
21.8.13
31.7.13
Perbincangan ringkas GB Sepang
Mesyuarat dan perbincangan tidak semestinya perlu diadakan di tempat formal. Sebaliknya ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan bila-bila masa jua. Contohnya, Guru-Guru Besar Daerah Sepang tadi telah mengadakan sedikit perbincangan rasmi setelah selesai menghadiri program PPD - Ikatan Kasih Ramadan (IKRAM) di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA. Perbincangan ini bertempat di sudut masjid tersebut bagi membincangkan beberapa perkara dan isu semasa...
Perbincangan 'lantai bulat' yang santai
15.7.13
PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DATA OPERASI GURU
![]() |
| Klik untuk ke laman wen e-Operasi |
PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DATA OPERASI GURU
Sistem Maklumat Guru Modul e-OPERASI telah dibuka untuk tujuan pengemaskinian di peringkat sekolah mulai 15 Julai 2013 hingga 31 Julai 2013. Maklumat Guru, Anggota Kumpulan Pelaksana, Murid, Kelas dan Penawaran Subjek Elektif perlu disemak dan dikemaskini.
TINDAKAN MAKLUM BALAS PENEMPATAN GURU (MPG_1)
Pengetua /Guru Besar yang telah menerima guru baharu lantikan tetap 1 Julai 2013 dikehendaki membuat tindakan di Maklumbalas Penempatan Guru Baharu sebelum 15 Julai 2013.
TINDAKAN MAKLUM BALAS PENEMPATAN GURU PERTUKARAN (MPG_2)
Pengetua /Guru Besar yang telah menerima guru bertukar 1 Julai 2013 dikehendaki membuat tindakan di Maklumbalas Penempatan Guru Pertukaran sebelum 15 Julai 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)




