... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

28.1.16

Mesyuarat Agung MGB Daerah Sepang kali ke-23

Alhamdulillah selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Sepang buat kali ke-23 yang diadakan di Nilai Springs Golf Club. Tiada sebarang pemilihan dilakukan pada tahun ini. Namun banyak usul dan cadangan telah dilontarkan oleh ahli yang akan dibawa ke pihak PPD Sepang dalam masa terdekat.
   Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua MGB Negeri Selangor; En. Mohd. Alwan bin Ginen. Terima kasih banyak diucapkan kepada En. Alwan kerana sudi memenuhi undangan kami walaupun Tuan YDP sedang menghadiri majlis di JPN Selangor. Kehadiran tuan amat bermakna buat kami dan menjadi inspirasi kepada Guru-Guru Besar Daerah Sepang untuk terus komited dengan tanggungjawab dan amanah yang diberi.
   Majlis ini juga turut meraikan persaraan En. M. Tamilsekaran; mantan Guru Besar SJK(T) Dengkil yang baru saja bersara seminggu yang lalu. Semoga Mr. Tamil berbahagia di samping keluarga dan sukses dalam apa jua kerjaya yang dilakukan.
   Terima kasih kepada AJK Pelaksana majlis hari ini. Sehingga berjumpa lagi di AGM MGB Sepang tahun depan, Selamat Maju Jaya buat semua..









27.8.15

Melawat YB Shahrum di Hospital

Dengan diketuai oleh Timbalan Pengerusi MGB Sepang En. Kamsani Sahlan, seramai lima orang anggota MGB Sepang telah menziarahi YB Tuan Shahrum Dato' Haji Mohd. Sharif di Pusat Pakar UKM, Hospital Canselor Tuanku Muhriz Cheras.

Didoakan semoga YB segera sembuh dan terus memberi khidmat bakti kepada rakyat.


Dari kiri: En. Sukimin, Pn. Hajah Wan Nor fadriah, Pn. Hajah Sa'diah, En. Kamsani dan Pn. Hajah Rohaidah


Turut sama menziarahi YB ialah ADUN Kota Damansara Hajah Halimaton Saadiah Bohan





Mesyuarat AJK MGB

Mesyuarat AJk MGB Sepang telah diadakan di Dewan Makan Sekolah Seri Puteri pada 25 Ogos 2015 bagi membincangkan persiapan Majlis Jasamu Dikenang 2015 yang akan diadakan pada 2 September 2015 di Nyonya Valley, Cyberjaya.  Pada kali ini MGB akan meraikan persaraan En. Pat Yoon (SJKC Sin Min) dan Pn. Hajah Kamaliah bt. Palil Osman (SK Bukit Bangkong).  Selain itu undang juga dipanjangkan kepada Guru Besar yang telah bertukar daerah iaitu Pn. Bijealetchumy, En. Quan, Pn. Teoh dan Pn. Ooi.




23.8.15

Menziarah En. Azwan Muhamad

Pada 21 Ogos 2015 MGB Sepang sempat membuat kunjungan ke rumah En. Azwan Muhamad di Dengkil yang baru menjalani pembedahan membuang apendiks.  Beliau yang merupakan pegawai di Pusat Khidmat Wakil rakyat DUn Dengkil.

Semoga beliau segera sembuh.








12.7.15

MERKUR1 2015: The Champion

Pada 11 Julai 2015 bersamaan 24 Ramadan 1436 telah berlangsung Program MERKUR1 2015: The Champion di Auditorium Parcel E, Putrajaya.  Program MERKUR1 yang merupakan kerjasama tiga pihak iaitu MGB Sepang, PPD Sepang dan DUN Dengkil kini memasuki tahun kedua ia dilaksanakan.  Pada tahun ini MERKUR1 menumpukan kepada program The Champion yang dilhamkan oleh {engarah Pendidikan Selangor En. Zainuren Hj. Mohd. Nor Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Shahrum bin Dato' Haji Shariff ADUN Dengkil yang merupakan penyumbang kepada program MERKUR1.
 
Pendaftaran Peserta dan Para Jemputan





En. Ragu, Guru Besar SJKT Ladang Ampar tenang sedang mendaftar

Di Bilik Menunggu