... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

31.8.13

Chromebook dan Pendidikan di Malaysia


Pada Google I/O, salah satu perkara yang menarik perhatian ramai pengguna tempatan adalah berkenaan dengan nama Malaysia yang disebut ketika pengumuman berkaitan Chromebook dalam pendidikan.


Chromebook adalah sebuat gajet yang fizikalnya kelihatan sama seperti komputer riba (laptop) namun hakikatnya terdapat perbezaan yang besar antara kedua-duanya. Chromebook tidak mempunyai cakera keras dan ini menjadikannya tiada sebarang installation perisian dan simpanan fail boleh dilakukan ke atasnya. Adakah ini bermakna pengguna tidak boleh memasang perisian antivirus, Microsoft Office dan sebagainya? Jawapannya Ya. Lalu bagaimana  Mengapa? Jawapan yang paling mudahnya ialah disebabkan ia tidak mempunyai cakera keras. Bukankah itu dua perisian asas yang kebiasaannya wajib dipasang pada sesebuah komputer?  Lalu bagaimana kita boleh menggunakan perisian pejabat (seperti Word, Excel, Powerpoint) jika kita tidak boleh memasang pada Chromebook?  Juga bagaimanakah cara Chromebook menentang serangan virus?

Chromebook dan MacBook Air

Kedua-duanya kelihatan serupa namun Chromebook tiada cakera keras


Chromebook dilengkapi Google Chrome OS


Chromebook menggunakan Google Chrome OS sebagai sistem pengoperasiannya dan Google Chrome Browser sebagai pelayar webnya. Kedua-duanya dibangunkan dengan menggunakan sistem terbuka (Open Source). Google Chrome OS dihasilkan menjurus ke arah ciri-ciri pantas, mudah dan selamat. Sementara pelayar web Google Chrome Browser pula dibina untuk menghasilkan pelayar yang selamat, pantas dan stabil. Chromebook dilengkapi dengan sambungan USB. Ini membolehkan storan luar seperti external hard disk, thumb drive, card reader dan sebagainya boleh disambung ke Chromebook.


Pada masa ini Chromebook boleh disambungkan ke internet (rangkaian) dengan menggunakan kabel (RJ45), teknologi tanpa wayar 4G dan juga WiFi. Untuk model yang dibekalkan ke sekolah, tiada penyambung RJ45.  Sambungan internet amat penting bagi Chromebook memandangkan tanpa capaian internet maka storan di awan tidak dapat dicapai. Banyak syarikat menyediakan storan di awan secara percuma seperti Skydrive, Slideshare, Scribd, dan Dropbox. Goggle juga menyediakan storan di awan yang dikenali sebagai Google Drive. Setiap pemilik akaun gmail akan diberi ruang simpanan (storan) percuma sebanyak 15 Gb. Selain itu, ia juga menyediakan perisian dalam talian (online) pejabat percuma yang dinamakan sebagai Google Apps. Di antara aplikasi Goole Apps ialah Document (seperti Word pada Microsoft Office), Presentation (Powerpoint), Worksheet (Excel) dan Drawing (Paint). Selain daripada aplikasi asas ini, terdapat beribu-ribu aplikasi dalam talian percuma lain yang boleh dipasang dalam Google Drive ini seperti Floorplanner dan Fusion

Chromebook tidak terjejas oleh virus kerana tiada ruang untuk virus bertapak di dalamnya disebabkan tiadanya cakera keras.  Ia menggunakan aplikasi dalam talian yang dilengkapkan dengan pengimbas virus.  Oleh itu pengguna Chromebook tidak perlu mengeluarkan kos untuk membeli perisian antivirus.  Kesimpulannya jika anda 'pening' dalam melayani masalah serangan virus, maka Chromebook adalah satu alternatif terbaik untuk melupakan masalah tersebut. 



Semoga dengan kehadiran Chromebook ini akan merancakkan lagi aktiviti-aktiviti berkaitan ICT di alam pendidikan negara kita dalam usaha membina generasi yang mampu bersaing dalam abad 21 selari dengan anjakan ke-7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.


- Tulisan ini berdasarkan pengetahuan dan pandangan penulis semata-mata.  Sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan, penulis meminta maaf.




No comments:

Post a Comment