Majilis Guru Besar (MGB) Sepang dianggotai oleh 24 orang Guru Besar (GB) Sekolah Kebangsaan (SK), 7 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 8 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Ini bermakna MGB terbahagi kepada 3 iaitu MGB SK, MGB SJKC dan MGB SJKT. Namun ketiga-tiganya bergabung di bawah satu bumbung MGB Sepang yang mana secara automatiknya ia diketuai oleh Pengerusi MGB SK dan dibantu oleh dua orang Naib Pengerusi iaitu Pengerusi MGB SJKC dan Pengerusi MGB SJKT.
25.1.17
Undangan ke Majlis Persaraan En. Azman bin Mokhtar dan Pn. Rokiah Yaacob
Hari ini bakal mencatat sejarah buat daerah Sepang apabila pasangan suami-isteri akan mengadakan majlis persaraaan mereka serengak di sekolah masing-masing. En Azman merupakan Guru Besar di SK Salak sementara isterinya Pn Rokiah pula adalah Guru Besar SK Taman Pantai Sepang Putra.
6.1.17
20.12.16
Taklimat Persediaan Akhir Tahun 2016 dan Awal Tahun 2017
Mesyuarat berlangsung pada 20 Disember 2016 di Bilik Gemilang Puri PPD Sepang
26.7.16
Taklimat Penyelarasan Program Peningkatan Prestasi UPSR 2016
Taklimat diadakan di PPD Sepang pada 26 Julai 2016. Dipengerusikan oleh En Alias bin Awang. Disampaikan oleh En Redzuan Mahadi.
Turut hadir ialah YM Tengku Badli Tengku Husain, Lafiy & Zafira Motivation.
Turut hadir ialah YM Tengku Badli Tengku Husain, Lafiy & Zafira Motivation.
9.6.16
Menyemak Keputusan Peperiksaan Anak di Laman Web KPM
Para ibubapa/penjaga boleh menyemak keputusan peperiksaan anak masing-masing di laman web SAPS Kementerian Pendidikan dengan klik di sini.
Pengguna hanya perlu memasukkan no MyKid anak masing-masing, selain dari memilih Sekolah Rendah dan tahun 2016.
Selepas itu pilih jenis peperiksaan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Papar Slip Keputusan atau Papar markah Peperiksaan. Keputusan peperiksaan anak tuan/puan akan dipaparkan. Untuk mencetak paparan tersebut anda hanya perlu klik pada butang/logo Cetak.
Pada Slip Keputusan ada dicatatkan Keputusan. Untuk makluman, terdapat 5 jenis keputusan iaitu:
Pada Slip Keputusan ada dicatatkan Keputusan. Untuk makluman, terdapat 5 jenis keputusan iaitu:
- Cemerlang
- Baik
- Memuaskan
- Mencapai Tahap Minimum
- Belum Mencapai Tahap Minimum
Bagi menentukan Kedudukan Dalam Kelas/Darjah, SAPS hanya mengambil kira mata pelajaran teras sahaja iaitu:
Untuk mengetahui bagaimana kaedah SAPS memberi nombor kedudukan dalam kelas (KDK), bolehlah klik pautan di blog MGB Selangor.
- Bahasa Melayu Pemahaman
- Bahasa Melayu Penulisan
- Bahasa Inggeris Pemahaman
- Bahasa Inggeris Penulisan
- Matematik
- Sains
Untuk mengetahui bagaimana kaedah SAPS memberi nombor kedudukan dalam kelas (KDK), bolehlah klik pautan di blog MGB Selangor.
6.6.16
Subscribe to:
Posts (Atom)

