Post by Sukimin Juki.
Majilis Guru Besar (MGB) Sepang dianggotai oleh 24 orang Guru Besar (GB) Sekolah Kebangsaan (SK), 7 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 8 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Ini bermakna MGB terbahagi kepada 3 iaitu MGB SK, MGB SJKC dan MGB SJKT. Namun ketiga-tiganya bergabung di bawah satu bumbung MGB Sepang yang mana secara automatiknya ia diketuai oleh Pengerusi MGB SK dan dibantu oleh dua orang Naib Pengerusi iaitu Pengerusi MGB SJKC dan Pengerusi MGB SJKT.
24.8.14
13.8.14
Kursus Penghasilan Bahan Persembahan Berkesan
Kursus Penghasilan Bahan Persembahan Berkesan
Objektif kursus:
1. Memperoleh kemahiran membina persembahan visual
- powerpoint
2. Faham teknik dan proses dalam menyedia persembahan visual
yang bermutu dan berkesan
3. Merancang dan melaksanakan persembahan elektronik yang
bermutu dengan menggunakan ICT bagi penyampaian yang berfokus dan berkesan
Lokasi: IAB Enstek
Tenaga Pengajar:
- Cik Faizatoen bt. Hji Zulkernain (Pengurus)
- Pn Hajah Rosmah Ab. Rani
- Pn Sharifah Nor Syed Abd Rahman
Seramai 20 orang Guru Besar/Penolong Kanan Sepang menghadiri Kursus Penghasilan Bahan Persembahan Berkesan di Institut Aminuddin Baki, Enstek. Pendaftaran pada 11 Ogos dan kursus berlansung pada 12 hingga 14 Ogos 2014. Kursus ini hanya melibatkan Guru Besar dari daerah Sepang dan negeri Melaka. Berikut ialah senarai Guru Besar daerah Sepang yang dipanggil untuk menhadiri kursus ini:
- En. Ishak Noh
- En. Pat Yoon
- En. Low Sze Kee
- Pn. Lim Swee Eng
- Pn. Ooi Gek Yian
- En. Zanuddin Sanuan
- En. Kamsani Sahlan
- En. Quan Seng Hin
- En. Mohd Rahman Rabingan
- Pn. Teoh Ai Theng
- Pn. Siti Habsah Ahmad - wakilkan Penolong Kanan En. Azmin
- En. Zahari Mohd. Noor - wakilkan Penolong Kanan
- Pn. Ana Liza Zainudin - wakilkan Penolon Kanan
- Pn. Hajah Rumiah Abdul Jalil
- Pn. Hajah Rohaidah Mohd Ali
- Pn. Hajah Noredzan Ab. Bakar
- Pn. Hajah Sa'diah Hussin
- Pn. Hajah Wan Nor Fadriah
- En. Sukimin Juki
- Pn. Rokiah Yaacob
12.8.14
Mesyuarat Penyelarasan Guru Besar Daerah Sepang
Sebagai salah satu langkah dalam Program Transformasi Daerah (District Transformation Program) di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 203-2025, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang telah mengadakan pertemuan di antara Sektor Pengurusan Sekolah dan semua Guru Besar. Mesyuarat pertamanya telah didakan pada 11 Ogos 2014 dari pukul 8.30 pagi hingga 1 tengah hari di Bilik Gemilang Puri PPD Sepang.
Dalam mesyuarat ini perbincangan secara dua hala benar-benar dapat dilaksanakan dalam erti kata yang sebenar. Rata-rata Guru Besar memandang positif terhadap inisiatif ini dan berharap ia dapat dimanfaatkan secara optimum oleh kedua-dua pihak.
4.7.14
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 4
Sila klik di pautan berikut untuk muat turun DSKP Tahun 4:
2.7.14
Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Shahrum (ADUN Dengkil)
Semalam telah berlangsung majlis berbuka puasa bersama Yang Berhormat Tuan Shahrum Dato' Haji Shariff di Hotel Aston, Bandar Baru Nilai. YB telah menjemput warga pendidik yang terdiri daripada pegawai-pegawai di Pejabat Pendidikan daerah Sepang, Guru-guru Besar, Pengetua-pengetua dan Yang dipertua PIBG sekolah-sekolah dalam DUN Dengkil.
| Bersama YB, penceramah, PPD Sepang |
| Pak Abu kebetulan meraikan sebulan perkahwinan |
| Pak Abu dan Tn Hj Zahidi |
| Tuan PPD Sepang |
| YB sedang mengusik En. Supian, Pengarah Kolej Vokasional Sepang |
| Juadah moreh |
| Selfie Timbalan PPD, Guru BEsar dan Pengarah |
20.6.14
Taklimat Program Tautan Ilmu PPD Sepang
Pada hari ini, 20 Jun 2014 (Jumaat) telah diadakan taklimat mengenai program Tautan Ilmu. Majlis yang dilancarkan oleh Timbalan PPD Sepang, Tuan Haji Mutalib Tomran dihadiri oleh semua Guru Besar. Ia turut dihadiri sama oleh SISC+ dan pasukan think tank PPD Sepang.
Program ini memberi tumpuan kepada usaha untuk memastikan semua murid menguasai kemahiran 3M di sekolah rendah. Ia selari dengan program LINUS.
12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI
Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
Konstruk 2 : Keupayaan membilang
Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.
Klik di sini untuk mendapatkan minit curainya.
Program ini memberi tumpuan kepada usaha untuk memastikan semua murid menguasai kemahiran 3M di sekolah rendah. Ia selari dengan program LINUS.
12 KONSTRUK LITERASI
KONSTRUK
|
KEUPAYAAN
|
1
|
Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
|
2
|
Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
|
3
|
Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
|
4
|
Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
|
5
|
Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
|
6
|
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
mengandungi suku kata tertutup’ng’.
|
7
|
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.
|
8
|
Keupayaan membaca dan menulis perkataan mengandungi vokal berganding.
|
9
|
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi
digraf dan konsonan bergabung.
|
10
|
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
|
11
|
Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
|
12
|
Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
|
12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI
Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
Konstruk 2 : Keupayaan membilang
Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.
Klik di sini untuk mendapatkan minit curainya.
19.6.14
Mesyuarat AJK MGB Sepang
Hari ini telah diadakan mesyuarat AJK Majlis Guru Besar Sepang di Bilik Mesyuarat SK Taman Seroja pada pukul 2.30 petang. Senarai kehadiran:
| Kehadiran mseyuarat hari ini |
- En. Sukimin bin Juki (Pengerusi)
- En. Kamsani bin Sahlan (Timbalan)
- En. Ishak Noh (Setiausaha)
- En. Low Sze Kee (Naib Pengerusi)
- Pn. Hajah Noredzan A.Bakar (tuan rumah)
- En. Mohd. Rahman bin Rabingan
- Tn. Haji Mohd. Rasid bin Hamid
- Pn. Pushpa a/p D.Raman
- Pn. Ana Liza binti Zainudin (turut hadir)
Agenda:
- Perutusan Pengerusi
- Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
- Perkara-perkara berbangkit (maklum balas minit mesyuarat yang lepas)
- Pembentangan kertas kerja/isu/laporan
- Hal-hal lain
- Penutup
Mesyuarat tertumpu dalam membincangkan pelaksanaan program MERKUR1 bagi DUN Sungai Pelek dan DUN Batu Laut. Program kerjasama antara PPD Sepang dan MGB Sepang ditaja oleh ADUN Dengkil YB Shahrum bin Dato' Mohd. Sharif. Sejurus sebelum mesyuarat, cek bernilai RM3000 telah diserahkan oleh pihak di pejabat DUN Dengkil kepada pengerusi. Selain itu isu semasa seperti PBS, Fail Meja dan laporan MMI juga dibincangkan sama.
| Cek RM3000 dari YB Shahrum Dato Mohd Sharif yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi MGB En. Kamsani Sahlan kepada wakil MERKUR1 DUN Sg Pelek & DUN Batu Laut Pn. Hajah Noredzan A.Bakar |
| Hangat membincangkan bagaimana nak melaksanakan MERKUR1 di sekolah-sekolah DUN Sg Pelek dan DUN Batu Laut |
Terima kasih kepada tuan rumah, Puan Hajah Noredzan yang menaja makan yang sungguh enak dan menyelerakan.
| Deraf keputusan akhir mesyuarat mengenai pelaksanaan MERKUR1 |
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.15 petang.
Minit Mesyuarat
Subscribe to:
Posts (Atom)