... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

30.11.10

e-Penyata Gaji

Rujukan: Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil 3 Tahun 2010

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah membangunkan Sistem ePenyata Gaji dan ePenyata Pendapatan Tahunan. Sistem ini adalah bagi memberi kemudahan kepada:

Penjawat awam untuk:
i. Menjana dan mencetak Penyata Gaji Bulanan
ii. Menjana dan mencetak Penyata Pendapatan Tahunan

Sehubungan itu, Pejabat Perakaunan tidak akan mencetak dan mengedarkan Penyata Gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan mulai Oktober 2010. Pejawat Awam dikehendaki mendapatkan maklumat-maklumat tersebut dengan mendaftar di laman web www.anm.gov.my

Cara Mendaftar:

1. Layari laman web Jabatan Akauntan Negara di http://www.anm.gov.my/
2. Klik e-PENYATA GAJI
3. Klik Pertama Kali Mendaftar (isi semua maklumat)
4. Klik Daftar Masuk
5. Lepas daftar masuk akan keluar skrin penyata gaji
6. Klik di bahagian sendiri untuk memaparkan penyata gaji atau penyata pendapatan
7. Klik pada penyata gaji (ia boleh disimpan atau dibuka)

Penyata gaji boleh diakses lebih awal 5 hari dari tarikh keluar gaji.
Pejawat Awam yang baru bertugas boleh mengakses sehari awal dari cukup tempoh 1 bulan.

http://www.anm.gov.my/public_html/bm/default/epenyata.php

29.11.10

08.11.2010: Senarai Pengurusan Tertinggi Pendidikan

Y.A.B. TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN
Menteri Pelajaran Malaysia
(Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran),


Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok Barat,Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.



Y.B. DATUK IR. DR. WEE KA SIONG
Timbalan Menteri Pelajaran I

Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 10, Blok E8, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.


Y.B. DR. HAJI MOHD. PUAD ZARKASHI
Timbalan Menteri Pelajaran II

Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 10, Blok E8, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.





Y.Bhg. Dato' Dr. Rosli b. Mohamed

Ketua Setiausaha KPM

(mulai 29 Oktober 2010)



Y.Bhg. Dato' Abdul Ghafar b. Mahmud

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

(mulai 8 November 2010)


En. Sulaiman bin Wak
Pengarah Pelajaran Selangor

Hj. A.Rahman b. Hj. Ngit
Pegawai Pelajaran Daerah Sepang

Tahniah KPPM Baru


Pengarah Institut Aminuddin Baki Datuk Abdul Ghafar Mahmud telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baru bagi menggantikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang bersara wajib pada 4 November 2010 yang lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelantikan itu, yang berkuat kuasa hari ini, adalah selaras dengan peruntukan 144(3) Perlembagaan Persekutuan.

"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan beliau (Abdul Ghafar) sebagai Ketua Pengarah Pelajaran
Gred Utama Turus III," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Tan Sri Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki Abdul Ghafar dalam bidang pendidikan, pengetahuan selain kompetensinya.

"Saya percaya pengalaman, pengetahuan serta komitmen beliau akan membolehkannya melaksanakan tugas seperti mana yang diperuntukkan oleh Akta Pendidikan 1996," kata Muhyiddin.

Muhyiddin turut merakamkan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan Alimuddin sepanjang 34 tahun berkhidmat dalam bidang pendidikan.

Abdul Ghafar, 56, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari University of East Anglia, Norwich, United Kingdom dan Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya.

Beliau memulakan perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran pada 1 Mei 1977.

Sepanjang perkhidmatannya dalam bidang pendidikan, Abdul Ghafar telah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Atase Pendidikan di Jabatan Penuntut Malaysia, Washington, Amerika Syarikat (1989), Pengarah Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran (2007) dan Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran pada 2008.

22.9.10

Memakai Pakaian Rasmi Sukan Sepanjang Hari

Rujukan: KP/KPPM/5 (49) bertarikh 26 Julai 2010



KEBENARAN KHAS KEPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID YANG MELAKSANAKAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK) MEMAKAI PAKAIAN RASMI SUKAN SEPANJANG HARI.

Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010 memutuskan agar semua guru dan murid di sekolah rendah dan menengah yang melaksanakan mata pelalajaran PJK dikehendaki memakai pakaian sukan yang sesuai seperti berikut:
  1. Guru - memakai T-shirt berkolar, seluar sukan (track bottom) serta memakai kasut sukan dan berstokin putih
  2. Murid - memakai T-shirt berkolar atau tidak berkolar, seluar sukan (track bottom) serta memakai kasut sukan dan berstokin putih
Kementerian Pelajaran Malaysia juga bersetuju memberi kelonggaran kepada guru dan murid yang melaksanakan mata pelajaran tersebut untuk memakai pakaian sukan sepanjang hari berkenaan.

Secara ringkasnya kalau ada mata pelajaran Pendidikan Jasmani pada hari tersebut, guru dan murid perlu memakai pakaian yang ditetapkan dan dibolehkan terus memakainya sepanjang hari tersebut.

Cuti Sakit dan Tidak Hadir Bertugas

http://www.spa.gov.my/portal/page?_pageid=53,51354&_dad=portal&_schema=PORTAL


4. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Ketua Jabatan (KJ) jika pegawai memperolehi sijil sakit palsu dan adakah wajar seorang Ketua Jabatan meluluskan cuti sakit bagi kakitangan yang mengemukakan sijil sakit dari klinik swasta?

  1. Perlu diingat bahawa sijil sakit yang dikeluarkan oleh seseorang pengamal perubatan berdaftar (doktor) itu adalah sebagai satu perakuan/pengesahan bahawa pegawai kurang sihat dan disyorkan berehat pada tarikh yang dinyatakan.
  2. Jika KJ bersetuju dengan pendapat doktor itu maka pegawai bolehlah diluluskan cuti sakit.
  3. Pada tarikh pegawai disahkan tidak sihat itu mereka sepatutnya berehat di rumah atau di hospital.
  4. Jika dapat dibuktikan pegawai memperolehi sijil sakit secara tipu/palsu, atau mereka didapati tidak sakit seperti yang dilaporkan oleh doktor, maka KJ boleh tidak meluluskan cuti sakit seperti yang dipohon dan mengesyorkan tindakan tatatertib diambil terhadap mereka.
  5. Dengan tindakan di atas KJ tidak mempersoalkan integriti doktor yang memeriksa pegawai. Sebaliknya KJ hanya mempersoalkan integriti pegawai terbabit.


7. Pegawai hanya datang pagi dan petang untuk mengetip kad perakam waktunya. Beliau sebenarnya tidak bertugas. Bolehkah pegawai dikenakan tuduhan ‘tidak hadir bertugas’?

Tuduhan yang sesuai dikenakan kepada pegawai ialah TIDAK HADIR BERTUGAS. Jika tuduhan ini boleh dibuktikan melalui saksi dan bukti berdokumen yang lain (jika ada) yang dapat memperlihatkan tempoh masa beliau tidak bertugas, kesalahan ini sama seriusnya dengan kesalahan tidak hadir bertugas.


3.9.10

Program j-QAF

Jangan lupa:
  1. Sekolah perlu melaksanakan Kem Literasi Al-Quran atau program yang seumpamanya bagi semua murid tahun enam yang masih berada di Iqra' 1 - 4.
  2. Buku/Kad Rekod Bacaan Murid mestilah ditanda dengan menggunakan pen sama ada berdakwat biru atau merah. Bagi yang sudah menguasai sukatan yang ditetapkan buku/kad mereka hendaklah ditanda dengan pen berdakwat biru manakala yang belum menguasai atau Baca Ikut Guru (BIG) dengan menggunakan pen berdakwat merah
  3. Buku Rekod Pemulihan Jawi mestilah dikemaskini dari masa ke semasa. Rekod terdahulu hendaklah disimpan dalam fail sebagai rujukan
  4. Pelaksanaan program Tasmik mestilah dilaksanakan di luar jadual waktu rasmi persekolahan (rujuk Buku Panduan Dasar Program j-QAF, KPM m.s. 4)
  5. Guru Pendidikan Islam dan GPI program j-QAF wajib dilibatkan dengan Program Tasmik, manakala guru lain digalakkan untuk membantu sekiranya berkemampuan
  6. Guru yang terlibat dengan Program Tasmik mestilah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah dan dikira waktunya serta perlu membuat catatan dalam Rancangan Pelajaran Hariannya.
Pihak sekolah hendaklah memastikan bahawa semua murid Tahun 6 program j-QAF dapat membaca al-Quran dengan baik sebelum menamatkan pembelajaran di sekolah rendah

Musim Apa Sekarang NI?

Jangan lupa:
  1. Pemohonan tukar guru melalui sistem egTukar. Pastikan buat pengesahan
  2. Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh oleh murid Tahun 6. Jangan lupa sahkan borang permohonan murid yang memohon. Tarikh tutup permohonan online ialah 15 Oktober 2010. Senarai SBP.