- Sekolah perlu melaksanakan Kem Literasi Al-Quran atau program yang seumpamanya bagi semua murid tahun enam yang masih berada di Iqra' 1 - 4.
- Buku/Kad Rekod Bacaan Murid mestilah ditanda dengan menggunakan pen sama ada berdakwat biru atau merah. Bagi yang sudah menguasai sukatan yang ditetapkan buku/kad mereka hendaklah ditanda dengan pen berdakwat biru manakala yang belum menguasai atau Baca Ikut Guru (BIG) dengan menggunakan pen berdakwat merah
- Buku Rekod Pemulihan Jawi mestilah dikemaskini dari masa ke semasa. Rekod terdahulu hendaklah disimpan dalam fail sebagai rujukan
- Pelaksanaan program Tasmik mestilah dilaksanakan di luar jadual waktu rasmi persekolahan (rujuk Buku Panduan Dasar Program j-QAF, KPM m.s. 4)
- Guru Pendidikan Islam dan GPI program j-QAF wajib dilibatkan dengan Program Tasmik, manakala guru lain digalakkan untuk membantu sekiranya berkemampuan
- Guru yang terlibat dengan Program Tasmik mestilah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah dan dikira waktunya serta perlu membuat catatan dalam Rancangan Pelajaran Hariannya.
Majilis Guru Besar (MGB) Sepang dianggotai oleh 24 orang Guru Besar (GB) Sekolah Kebangsaan (SK), 7 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 8 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Ini bermakna MGB terbahagi kepada 3 iaitu MGB SK, MGB SJKC dan MGB SJKT. Namun ketiga-tiganya bergabung di bawah satu bumbung MGB Sepang yang mana secara automatiknya ia diketuai oleh Pengerusi MGB SK dan dibantu oleh dua orang Naib Pengerusi iaitu Pengerusi MGB SJKC dan Pengerusi MGB SJKT.
3.9.10
Program j-QAF
Jangan lupa:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment