Hari ini telah berlangsung mesyuarat tersebut di Bilik Kayangan Budi PPD Sepang dengan dipengerusikan oleh tuan Ketua PPD Sepang sendiri Tn Hj Mat Jah bin Roslan. Selain dari pegawai-pegawai di PPD, ia turut disertai oleh wakil MGB Sepang, MPSM Sepang, wakil Persatuan Pegawai Pencen dan wakil Yang Dipertua PIBG.
Sambutan peringkat daerah Sepang akan dibuat secara karnival pada hari Sabtu, 23 Mei 2015 di Dewan Orang Ramai BBST. Seramai kira-kira 2000 orang guru dijangka hadir namun sehari sebelum itu akan diadakan sesi senamrobik di Stadium MPS.
Sekolah boleh membuat sambutan pada 18 Mei 2015 (Isnin) memandangkan 16 Mei ialah hari Sabtu.
Wakil MGB yang hadir ialah En. sukimin bin Juki (Pengerusi), En. Low Sze Kee (wakil Magab SJKC), En Ishak Noh (Setiausaha) dan Pn Teoh Ai Theng (Bendahari).
No comments:
Post a Comment