Sistem Naik Pangkat atau e-Pangkat merupakan satu sistem aplikasi dalam talian yang berintegrasi dan komprehensif bagi melaksanakan proses pemangkuan, pertukaran jawatan kenaikan pangkat dan memantau serta mengemaskini data-data kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Pada masa ini semua maklumat peribadi guru telahpun dimasukkan ke dalam pangkalan data sistem tersebut. Namun maklumat-maklumat lain seperti Maklumat Pengisytiharan Harta, PTK, Akademik dan lain-lain lagi (rujuk rajah di bawah) masih belum diisi. Oleh itu setiap sekolah dikehendaki memastikan Pembantu Tadbir memasukkan butiran-butiran lain tersebut seperti tarikh lantikan, tarikh pengisytihatan harta dan lain-lain. Namun pengisian maklumat prestasi akan dilakukan oleh JPN. Selepas PT mengemaskinikan maklumat-maklumat tersebut, Penolong Kanan (Pentadbiran) akan menyemaknya sebelum Guru Besar mengesahkannya.
Nombor Kad Pengenalan: | XX0124-XX-XX64 |
Nama: | SYARIFAH NOORIZAN BT MOHD ISA |
Maklumat Peribadi | Maklumat Akademik |
Maklumat Pengisytiharan Harta | Maklumat Pengalaman Kerja |
Maklumat PTK | Maklumat Prestasi Maklumat Prestasi Khas |
Maklumat Peminjam Tegar | Maklumat Keutuhan SPRM |
Maklumat Perkhidmatan AKS / CUTI / PPPLD/PPPS | Maklumat Tindakan Tempoh Cubaan Berdenda / Tatatertib |
Penilaian bagi laluan cemerlang |
Bagi semua guru, pastikan semua maklumat diri anda dikemaskini agar apabila iklan kenaikan pangkat dikeluarkan tidak akan timbul masalah untuk mengisi borang permohonan ini secara online.
No comments:
Post a Comment