... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

31.1.12

1BestariNet: Panduan Persediaan Awal Sebelum Pemasangan

Projek 1BestariNet adalah projek jalur lebar capaian internet bagi semua sekolah di seluruh negara untuk mengakses bahan pembelajaran dengan menggunakan platform Virtual Learning Environment (VLE).

Sekolah akan dapat mengakses internet dengan menggunakan peralatan Customer Premise Equipment (CPE) yang dibekalkan oleh syarikat YTL.  CPEnya adalah terdiri daripada Zoom (3+1 unit) dan 4G dongle (20 unit).  Semua kawasan utama iaitu makmal komputer, bilik guru, pejabat pengurusan dan pentabdbiran sekolah, pusat sumber,  dan common area boleh mencapai internet termasuk kawasan asrama jika asrama dalam kawasan sekolah.

Skop projek juga adalah termasuk membuat dan memastikan Rangkaian Dalaman Setempat atau LAN sedia ada disambungkan ke CPE dan boleh berfungsi serta dapat mencapai internet. Di samping itu, pihak syarikat juga perlu memastikan peralatan komputer sekolah yang tidak termasuk dalam sistem LAN sedia ada juga dapat mencapai Internet dengan menggunakan penyelesaian syarikat sendiri berdasarkan dapatan kajian mereka.

Semua komputer dalam dan bukan dalam rangkaian LAN perlu boleh mengakses internet serta wajib juga ke Virtual Learning Enviroment (VLE).



Sebagai langkah proaktif, sekolah bolehlah bersedia lebih awal dengan:
  1. melantik seorang guru atau kakitangan yang akan memastikan pemasangan dilakukan mengikut standard yang telah ditetapkan.  Guru/kakitangan ini perlu memahami semua keperluan dan merangka pelan tindakan yang meliputi dari kerja pemasangan hinggalah penggunaan.
  2. menentukan lokasi-lokasi untuk ditempatkan Zoom agar kawasan utama termasuk dalam lingkungan cakupan akses internet.
  3. mengenal pasti punca sambungan elektrik bagi memudahkan pemasangan ZOOM. Sila pastikan bahawa pihak kontraktor menggunakan sambungan (extension cable sendiri) dari punca kuasa yang tidak dikongsi dengan peralatan lain atau dedicated switch atau extension switch berasingan.


Gambaran kawasan cakupan akses internet melalui 1BestariNet di sekolah


    30.1.12

    Learning Management System (LMS)

    Inisiatif yang dikhususkan untuk sekolah ini juga merupakan salah satu usaha yang kurang dimaklumkan terlebih dahulu kepada sekolah.  Sehingga sekarang walaupun telah menerima peralatan, pihak sekolah masih belum ditaklimatkan tentang kegunaan, matlamat dan arah tuju program ini.  Oleh itu bagi mereka yang tiba-tiba dikunjungi oleh pihak pembekal, sila fahami serba sedikit mengenainya agar memudahkan menguruskannya. 


    Pengenalan
    Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau lebih dikenali sebagai Learning Management System (LMS) merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
    LMS yang sedang dilaksanakan ini merupakan sebuah projek kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM ) dan MAMPU. Pada tahun 2004, MAMPU telah merintis Learning Management System (LMS) di bawah Inisiatif Open Source Software (OSS). Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), KPM ialah penyelaras projek rintis tersebut di tiga (3) buah sekolah, iaitu:
    bullet SMK Aminuddin Baki
    bullet SMK Seri Titiwangsa
    bullet SK Putrajaya Presint 9 (1)
    Pihak MAMPU telah menjalankan Post Implementation Review (PIR) pada tahun 2007. Berdasarkan hasil dapatan dari PIRtersebut, MAMPU telah mencadangkan penambahbaikan ke atas sistem yang telah dirintiskan. Rentetan itu, pada tahun 2009, satu tender untuk menambahbaik LMS dan memperluaskan ke 50 buah sekolah telah dikeluarkan. Sekali lagi, pihak BTP telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pelaksanaan projek ini. 

    target Objektif
    bullet Menyediakan kemudahan e-learning kepada sekolah.
      bullet Memudahkan capaian dan penggunaan bahan-bahan P&P KPM kepada sekolah.
        bullet Menyokong hasrat kerajaan memperluaskan penggunaan Open Source Software(OSS) di kalangan agensi Kerajaan.

          mouse Skop Projek
          bullet 50 sekolah (rendah & menengah);
          bullet Penambahbaikan LMS sedia ada;
          bullet Pembekalan dan pemasangan LMS ;
          bullet Pembekalan dan pemasangan 20 PC, 1 server, 1 pencetak, dan 1 scanner;
          bullet Pembekalan dan pemasangan Content Server di Pusat Data KPM;
          bullet Pemindahan teknologi dan latihan;
          bullet Perkhidmatan Meja Bantuan LMS;
          bullet Waranti dan penyenggaraan. 

          cal Tempoh pelaksanaan projek ini (25 Mac 2009-24 Mac 2013):
          bullet dua (2) tahun pelaksanaan
          bullet dua (2) tahun penyenggaraan 

          Sekolah-sekolah terlibat
          Negeri
          Bil. SekolahJUM.
          SK
          SMK
          SMT
          SMS
          SMKA
          SBP
          Kuala Lumpur
          1
          2
          1



          4
          Melaka


          1



          1
          Negeri Sembilan

          1
          5



          6
          Johor




          1

          1
          Perak

          1
          3



          4
          Putrajaya
          1





          1
          Terengganu
          15
          7

          1
          3

          26
          Selangor

          1
          5


          1
          7
          JUMLAH :
          17
          12
          15
          1
          4
          1
          50

          -Petikan dari laman web Sistem Pengurusan Pembelajaran


          Unit Pemodenan Tadbiran dan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang bertanggungjawab dalam mengurus tender untuk membekal, menghantar, memasang, menguji, mentauliah dan menyelenggara Perkakasan dan Perisian Projek Peluasan Pelaksanaan Learning Management System ini telah menganugerahkannya kepada Nexbis Sdn. Bhd. [JPM(S)400-13/5 Jld. 12 bertarikh 23 Jun 2011] bagi tempoh pelaksanaan selama 18 bulan (1 Julai 2011 - 31 Disember 2012).

          Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran melalui suratnya KP(BPSH-PKICT)103/020/27(32) bertarikh 27 Oktober 2011 telah memilih 70  buah sekolah di Zon Tengah (Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka) untuk menyertai fasa peluasan projek ini.  Berikut ialah sekolah-sekolah dari daerah Sepang yang terpilih:
          1. BBA9224 - Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana
          2. BBA9226 - SK Cyberjaya
          3. BBA9205 - SK Kg. Baharu Lanjut
          4. BBA9213 - SK Dato' Abu Bakar Baginda
          5. BEA9602 - SMK Seri Sepang
          6. BEA9604 - SMK Bandar Baru Salak Tinggi
          7. BEA9609 - SMK Cyberjaya
          Latihan penggunaan LMS untuk meningkatkan keupayaan guru-guru agar mereka dapat mengunakan LMS dalam proses P&P akan dilaksanakan selama 5 hari antara 13 Februari hingga 23 Mac 2012 mengikut jadual seperti yang diedarkan melalui surat KP(BTP-AP)8816/1/2 Jld. 7 (59) bertarikh 19 Januari 2012.  Setiap sekolah diminta mencalonkan seorang Pentadbir Sistem dan dua orang penyelaras kandungan bagi mata pelajaran bahasa dan mata pelajaran Sains & Matematik..

          Calon Pentadbir Sistem perlu mempunyai kriteria sebagai guru yang mempunyai banyak pengetahuan ICT atau berkelulusan ICT serta amat berminat dengan LMS.  Sementara kriteria bagi calon Penyelaras Kandungan pula ialah guru yang mempunyai pengalaman mengajar 10 tahun atau lebih serta amat berminat dalam e-learning.  Sebagai satu usaha menyokong MBMMBI, pihak sekolah diminta mencadangkan guru yang mengajar Tingkatan 1 atau Tahun 4.  Mereka perlu melaksanakan latihan dalaman kepada guru-guru lain di sekolah.

          Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran iaitu En. Ahmad bin Sudin (03-20986136) atau En. Ramli bin Basir (03-20987822) atau menghantar e-mel ke ap@moe.edu.my.

          Nota:
          Di SK Taman Putra Perdana sehingga hari ini telah menerima satu unit (kecuali dinyatakan):
          1. Server - IBM x3500 M3
          2. Monitor - wide screen TFT
          3. UPS - Prolink PRO902 2000VA Online
          4. Switch - unmanaged DLink DES1024A 24 ports (2 unit) 
          5. Pengimbas - HP Scanjet G3110 Photo Scanner
          6. Pencetak - HP LaserJet P1606dn
          *Item no. 1 hingga 4 telah diterima pada 8 Disember 2011 sementara item no. 5 dan 6 diterima pada 10 Januari 2012.
          Skop kerja yang telah diterima oleh sekolah ini bagi kesemua peralatan di atas oleh syarikat ialah setakat membekal dan menghantar. Bagi kerja pemasangan, pengujian dan pentauliahan masih belum dibuat.
          Aliran kerja berkaitan perkakasan yang telah dibuat oleh syarikat: membekal √, menghantar √, memasang, menguji, mentauliah dan menyelenggara

          Nexbis Sdn. Bhd. (757140-A)
          Level 16, Nexbis Tower,
          UOA Damansara II
          No. 6, Changkat Semantan
          Damansara Heights
          50490 Kuala Lumpur
          Tel: 03-20821000
          Faks: 03-20821001
          Web: www.nexbis.com

          Kad Pengenalan Keahlian MGB Negeri Selangor

          Semua Guru Besar diminta mengisi borang Maklumat Guru Besar yang telah diedarkan melalui pigeon hole sekolah maing-masing.  Sila lengkapkan dan mengembalikannya kepada Pengerusi MGB Sepang En. Yahaya b. Om selewat-lewatnya pada 7 Februari 2012 (Selasa).  Bersama-sama borang tersebut, sertakan  sekeping gambar berukuran paspot (terkini) dan penghantaran boleh dibuat melalui pigeon hole SK Bandar Baru Salak Tinggi di PPD Sepang.  Semua perbelanjaan membuat kad ini akan ditanggung oleh MGB Selangor.

          20.1.12

          Perbandingan Kelajuan Capaian Internet

          Bandingkan kelajuan kedua-dua jalurlebar ini:


          Jalurlebar: Celcom 


          Jalurlebar: YES + FTTS

          Boleh mengujinya di sini

          MBMMBI: Bahan edaran



          Dua CD tersebut adalah untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris setiap satunya sementara CD yang satu pula adalah penerangan mengenai MBMMBI. Pastikan di sekolah masing-masing ada kesemua CD ini dan sebaiknya digunakan oleh guru mengikut kesesuaian.


          Sehingga kini, hanya 3 jenis CD di atas ini yang telah diedarkan ke sekolah.

          Pengurusan Hal Ehwal Murid

          Jabatan Pelajaran Selangor telah mengeluarkan buku panduan ini dengan tujuan untuk membantu sekolah dan juga pasukan pemantau dalam meningkatkan kualiti pengurusan Hal Ehwal Murid di sekolah.   Buku ini mengandungi enam instrumen semakan bagi bidang-bidang yang berikut:
          1. Senarai Semak Pengurusan Disiplin
          2. Senarai Semak Pengurusan Asrama
          3. Senarai Semak Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
          4. Senarai Semak Pengurusan Biasiswa
          5. Senarai Semak Pengurusan Kesihatan
          6. Senarai Semak Pengurusan Bilik Operasi SPBT
          Hasil pemantauan, sekolah akan dinilai mengikut skema SKPM sama ada mendapat pencapaian Gemilan, Cemerlang, Harapan, Sederhana, Lemah ataupun Sangat Lemah.  Satu laporan ketakakuran dan tindakan pembetulan akan dikeluarkan kepada pihak sekolah.  Selain itu borang maklum balas dan cadangan penambahbaikan juga akan diberikan.

          19.1.12

          KSSR Lengkapi Kemahiran Hadapi Cabaran

          KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.


          Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu (2011) bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris.

          KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.

          Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

          Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan Kementerian Pelajaran.

          Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?
          KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.
          KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).


          KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

          Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu? 
          Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan.

          Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas? 
          Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.

          Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris?
          Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.

          Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
          KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM  (Bahagian Pembangunan Kurikulum) atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283.

          Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P?

          KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P.

          Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?

          Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

          - Berita Harian 29/12/2011|