... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

15.3.11

Pertukaran Guru Jun 2011

Tiada sebarang proses pertukaran guru yang dibuat selain daripada dua musim pertukaran yang sedia ada iaitu Januari dan Jun.  Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di e-gTukar.  Sehubungan itu, pastikan semua maklumat peribadi masing-masing telah dikemaskini terlebih dahulu seperti yang dinyatakan di sini.  Sila semak dan kemaskininya dengan Guru PK1 sebelum 27 Mac 2011.

ID dan kata laluan adalah kekal kepada mereka (Guru dan Guru Besar) yang sudah sedia mendaftar dengan sistem e-gTukar ini.  Bagi Guru Besar baru, sila mendaftar di eGTukar. Setelah memperoleh ID dan kata laluan, barulah boleh boleh bertindak sebagai pengesah dalam permohonan pertukaran ini.

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.  Adalah diingatkan bahawa pada waktu ni tiada lagi kerja pengemaskinian data boleh dilakukan.

Guru Besar perlu membuat pengesahan sebelum 1 Mei 2011 dan JPN dan PPD mula bermesyuarat pada 2 Mei 2011.  Pastikan para guru yang ingin bertukar agar membuat permohonan awal agar dapat mengelakkan kesesakan talian pada saat-saat akhir. Setelah permohonan dibuat, segera hantar cetakan borang kepada Guru Besar untuk dibuat pengesahan.

Kali ini tiada disediakan CD dan manual panduan. Sila muat turun dari sistem sendiri


No comments:

Post a Comment