... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

15.3.11

Aplikasi eOperasi


Aplikasi eOperasi

Aplikasi atas talian eOperasi  akan menjadi salah satu aplikasi utama dalam pengurusan di Kementerian Pelajaran Malaysia.  Sehingga kini terdapat empat submodul di dalam aplikasi tersebut iaitu:

  1.  Pertukaran guru (dalam dan luar daerah, luar negeri) - e-GTukar
  2. ABM Perjawatan 2013
  3. Sistem Maklumat Murid (SMM)
  4. ePangkat (pautan e-Pangkat ini ditambah pada 29 Jun 2011)

Mengemaskini Maklumat Diri

*SEMUA GURU kecuali Guru Sandaran Tidak Terlatih dikehendaki mendaftar dan mengemaskinikan maklumat peribadi masing-masing.  Untuk mendaftar, sila masuk ke Sistem Pertukaran Guru dahulu (e-GTukar).  Setelah mendaftar di situ, anda akan memperoleh ID dan kata laluan.  Gunakan ID dan kata laluan ini untuk masuk ke dalam sistem eOperasi bagi mengemaskinikan maklumat masing-masing.  Tarikh pengemaskinian maklumat bermula pada 1 hingga 27 Mac 2011.  Selepas jam 12 tengah malam 27 Mac 2011, tiada sebarang kerja pengemaskinian dibenarkan.  Oleh itu semua maklumat yang terdapat di dalam sistem mulai saat itu akan dianggap sebagai rasmi.

Untuk mengemakinikan maklumat diri, para guru perlu mendaftar diri di eGTukar sama ada guru tersebut ingin mohon tukar ataupun tidak.  Setelah mendaftar, masuk ke dalam sistem untuk menyemak butir diri dan mengemaskinikan sesetengah maklumat seperti alamat rumah dan nombor telefon.  Bagi maklumat lain seperti ikhtisas dan gred gaji, guru perlu maklumkan kepada PK1 (BUKAN Guru Data!).  Mengemaskinikan butiran tersebut ialah tugas PK1 dan selepas dikemaskini, PK1 perlu memaklumkan kepada Guru Besar.  Guru Besar perlu mengesahkannya untuk memastikan maklumat itu adalah tepat. Semua kerja-kerja mengemaskini dan pengesahan  perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada 27 Mac 2011.
* Semua guru bermaksud termasuk guru kontrak, KDC dan "praktikum".

Jika masih menghadapi masalah untuk membuat pengemaskinian data, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dengan menghantar emel kepada:
En. Fauzi di fauzirv@yahoo.com atau Pn. Roslina di ros_ellyna@yahoo.com

1 comment: